Wednesday, June 13, 2012

Juara Euro 2012 Milik Sepanyol?

Euro 2012 telah pun bermula dengan perlawanan pertama melibatkan pasukan Poland menetang pasukan Greece. Setelah beberapa hari, AI tengok banyak keputusan upset dan diluar jangkaan. Paling mengejutkan AI bila pasukan Denmark menang 1-0 dengan Belanda. Siapa sangka Denmark akan menang.
Untuk Euro 2012, AI pilih pasukan Harimau Muda A Sepanyol sebagai pasukan pilihan untuk menjadi johan. Walaupun Sepanyol seri pada perlawanan pertama menentang Itali, AI yakin Spain akan memang perlawanan seterusnya. Kenapa pilih Span? Sebab AI suka cara permainan pasukan Spain. Hantaran pendek yang tepat serta pergerakan lincah di kawasan hadapan petak penalti pasukan lawan memang menarik untuk ditonton. Kadang-kadang tu rasa macam pasukan Barcelona pulak yang main, hehe. AI memang peminat Barcelona (selain Man Utd utl BPL).
Senarai pemain Sepanyol untuk kempen Euro 2012 adalah seperti berikut:
Penjaga Gol : Iker Casillas (Real Madrid), Victor Valdes (Barcelona), Pepe Reina (Liverpool);

Pertahanan: Jordi Alba (Valencia), Raul Albiol, Alvaro Arbeloa, Sergio Ramos (Real Madrid), Juanfran (Atletico Madrid), Gerard Pique (Barcelona), Javi Martinez (Athletic Bilbao);

Tengah: Xavi, Andres Iniesta, Sergio Busquets, Cesc Fabregas (Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), David Silva (Manchester City), Santi Cazorla (Villarreal), Jesus Navas (Sevilla), Juan Mata (Chelsea);

Penyerang: Fernando Llorente (Athletic Bilbao), Fernando Torres (Chelsea), Alvaro Negredo (Sevilla), Pedro (Barcelona)
p/s: Bila la Fernando Torres nak dpt balik sentuhan dia?? Kena mandi bunga mamat ni.. 

Post ni adalah sebahagian daripada entri untuk contest Juara Euro 2012 Pilihan Lelaki Kacak anjuran Denaihati. Selain utk memeriahkan kehangatan Euro 2012, manelah tahu kot2 boleh menag hadiah. :)


Wednesday, June 6, 2012

Tuesday, June 5, 2012

Shinji Kagawa Milik Manchester United

Manchester United telah bersetuju dalam perjanjian untuk menandatangani Shinji Kagawa dari Borussia Dortmund dengan kontrak bernilai 17 juta pound. Kagawa akan menjadi pemain pertama yang menandatangani kontrak sebagai pemain Manchester Uniter bagi musim panas tahun ini oleh Sir Alex Ferguson dalam usaha untuk menyaingi saingan jiran mereka. Rio Ferdinand dalam laman sosial twitter berkata: 
'Welcome to Shinji Kagawa for his transfer to Man Utd. Heres to a succesful time here bro!'
Perjanjian itu adalah tertakluk kepada laporan perubatan pemain serta permit kerja UK. Syarat-syarat ini dijangka dapat diselesaikan menjelang akhir bulan Jun. Maklumat lanjut akan diumumkan oleh pihak pengurusan Manchester United dalam masa terdekat.

Sedikit mengenai latar belakang Kagawa. Beliau mula bermain bola sepak sejak sekolah rendah. Beliau menyertai Kelab Bolasepak Kobe NK dari 1999 hingga 2001 dan Miyagi FC Barcelona di Sendai dari 2001 hingga 2005.  Kelab Cerezo Osaka telah mengesan bakat beliau dan telah menandatangani kontrak ketika beliau berusia 17 tahun. Beliau merupakan pemain pertama di Jepun yang menandatangani kontrak profesional sebelum menamatkan pengajian sekolah tinggi. Pada tahun 2007, beliau menjadi pemain tetap bagi pasukan tersebut tetapi kelab itu terlepas peluang untuk naik ke Divisyen 1 Liga J. Menjelang pertengahan 2010, seorang pemain yang telah bersara iaitu Thomas Kroth telah melihat bakat Kagawa dan akhirnya mengendalikan pemindahan beliau ke Borussia Dortmund.

Selepas Park Ji Sung dari Korea Selatan, pemain dari Jepun pulak telah berjaya menjadi pemain Manchester United. Mungkin ada yang menganggap ini satu pelaburan perniagaan dari segi komersial, tapi AI percaya pelaburan Sir Alex pasti tidak menghampakan seperti mana yang ditunjukkan oleh Park JS. Kita tengok saja lah nanti kelibat Kagawa di Old Trafford. Agak2 apela no jersi Kagawa ni ye?? Hhhmmmm...

P/s: Kalau Denaihati cerita pasal Arsenal, AI plak nak cerita pasal Man Utd, boleh kan? :)

http://www.manutd.com
http://www.dailymail.co.uk
http://en.wikipedia.org

ahmadijat.blogspot.com @ copyright 2012 | shinji kagawa

Friday, June 1, 2012

Golongan Yang Mendapat Doa Para Malaikat

Salam Sejahtera Buat Semua,

Alangkah beruntungnya kita kalau kita didoakan oleh para Malaikat. Ada 11 golongan manusia yang akan didoakan oleh para Malaikat. AI dapat masa pergi kuliah agama di masjid berdekatan rumah AI. Jadi hari ni AI kongsikan dengan semua.

1.  Orang yang menunggu solat dalam keaadaan bersuci di masjid.
2.  Orang yang berada di saf hadapan ketika solat berjamaah.
3.  Orang yang menyambungkan saf.
4.  Orang yang mengucapkan 'Amin' ketika imam selesai membaca Al-Fatihah.
Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia akan di ampuni dosanya yang masa lalu" (Hadis Riwayat Bukhari  dari Abu Hurairah r.a., Sahih Bukhari no. 782)
5.  Orang yang duduk di tempar solat setelah melakukan solat.
6.  Orang yang solat Subuh dan Asar berjemaah.
7.  Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
8.  Orang yang membelanjakan hartanya  ke jalan Allah (infak).
9.  Orang yang sedang makan sahur.
10. Orang yang menziarahi orang yang sakit.
11. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Ada penjelasan terhadap setiap golongan ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, tanyalah uztaz atau alim ulama berdekatan rumah anda. :)

Tuesday, May 22, 2012

Nazmi Faiz Sah Bermain di Portugal

Nazmi Faiz, pemain bola sepak kebangsaan yang baru berumur 17 tahun telah disahkan mengikat kontrak dengan kelab dari Protugal, SC Beira-Mar. Tahniah buat Nazmi kerana menjadi pemain Malaysia dan pemain Asia Tenggara yang pertama bermain di bumi Portugal.

Nazmi yang telah terbang ke sana untuk sesi ujian pemilihan minggu lepas telah melepasi setiap ujian yang dijalankan dengan baik sehingga berjaya menambat hati pengurusan kelas untuk menawarkan kontrak kepada beliau.
“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini. Bermain di Eropah telah lama menjadi impian saya. Trial bersama Beira Mar adalah peluang terbaik saya dan saya telahpun berjaya laksanakannya. Saya sangat gembira serta teruja dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan baru ini”  Ujar beliau.


Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire

Menurut laman rasmi kelab tersebut, Nazmi Faiz sudah lakukan yang terbaik untuk mendapatkan kontrak sehingga Jun 2015 itu. Nazmi seterusnya akan menjadi pemain rasmi kelab tersebut pada bulan Ogos ini apabila usianya mencecah 18 tahun.

Ini adalah satu berita yang menggembirakan bagi seluruh peminat bola sepak tanah air dan rakyat Malaysia. Selepas Safee Sali berjaya di Indonesia, Nazmi pula membawa nama Malaysia ke bumi Portugal. 

TAHNIAH NAZMI!! 

>> Teknik Promosi KILLER dgn Facebook <<

Monday, May 21, 2012

Demam Sukan Tahun 2012

Salam sejahtera buat semua,

Demam sukan kembali lagi. Setelah AI menyepi beberapa bulan, baru sekarang dapat kembali berblog di sini. Post kali ni berkisar kepada dua event besar sukan antarabangsa yang akan berlaku di dunia. Kurang lebih 18 hari lagi, dunia akan digemparkan dengan UEFA Euro 2012 yang akan berlangsung pada 8 Jun 2012. Kemudian, pada 27 Julai 2012 kita akan beralih arah ke London untuk menyaksikan Olimpik 2012.

Sunday, March 25, 2012

Irma Hasmie Dah Bertunang

Gambar dpd puanbee.com


Akhirnya Irma Hasmie bertemu juga dengan pasangan hidupnya. Selepas kontroversi kes peluk dan putus cinta, Irma yang telah mengubah cara penampilannya telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan iaitu En Reza Syah Azmeer. Tahniah buat Irma dan Reza. Semoga segala urusan perkahwinan dipermudahkan dan segala perancangan menjadi kenyataan Jom baca petikan daripada Berita Harian Online. >> 
SUNGAI BULOH: Perkenalan singkat di Tanah Suci Makkah antara pelakon Irma Hasmie Ibrahim, 30, dengan ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Radzuan, 31, diikat dalam satu majlis pertunangan yang diadakan di kediamannya di Desa Coalfields, Sungai Buloh, di sini, semalam.

Irma yang mengenakan persalinan busana berwarna biru laut rekaan Hatta Dolmat menerima cincin pertunangan daripada bakal ibu mentuanya, Datin Azizah Osman selain enam dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Pihak lelaki membawa set mandian, buah, kek, manisan, persalinan solat, dan persalinan pakaian, manakala pihak perempuan membalas dengan buku-buku agama, sejadah, kek, coklat, manisan, set penjagaan lelaki dan sirih junjung.
Selepas acara menyarung cincin, keluarga kedua-dua pihak berbincang dan bersetuju untuk majlis pernikahan yang akan diadakan pada 1 Julai manakala majlis sebelah lelaki pada 7 Julai ini. Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan di Keramat Mall.

Irma berkata, dia tidak menyangka perkenalan dengan bakal ibu mentuanya ketika mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Februari lalu membawa kepada perkenalan dengan bakal suaminya itu.

“Syukur Alhamdulillah kerana pertemuan yang singkat dan tanpa perancangan yang lama membawa kami untuk bertunang pada hari ini (semalam) dan saya berharap agar perkara yang baik ini dipermudahkan oleh-Nya.

“Di Makkah memang saya mendoakan yang terbaik untuk diri dan tidak menyangka pula saya bertemu jodoh di sana,” katanya. 


Jika anda bertudung dan sukakan fesyen tudung yang terkini dan trendy, klik --->> DI SINI. 




Wednesday, March 21, 2012

Kereta Apa La Ni??

WORDLESS WEDNESDAY

Dapat beli kereta ni buat gi pasar pun best jugak ni.

Saturday, March 17, 2012

Rancangan I'm Old Enough

Salam Sejahtera Buat Semua,

Korang pernah tak tengok rancangan Jepun ni? Sekarang ni AI tak pasti plak bila tayangannya tapi dulu AI pernah tengok di TV3.

Friday, March 16, 2012

Shiro juara Raja Lawak Musim ke 6???


Salam sejahtera buat semua.

Malam ni empat kumpulan akan berentap untuk merebut gelaran Juara Raja Lawak Musim ke 6. Siapa lah agaknye yang menang kan? Adakah kumpulan Shiro? Mungkin jgk kumpulan Zero (Pantang Undur Kecuali Operasi)? 2yol atau mungkin juga Cuit???

Friday, March 2, 2012

Kisah Hudud dan masyarakat

Sempena hari Jumaat penghulu segala hari, jom kita dengar penjelasan mengenai hukum Hudud. Semoga kita mendapat manfaat bersama. :-)





Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire

Wednesday, February 15, 2012

Panduan Belanja dan Simpanan Bulanan

Salam sejahtera buat semua.

Ini adalah post ulangan. Saje nak share dan ingatkan diri sendiri. ^_^

Beberapa bulan yang lepas, AI berpeluang mendengar ceramah pengurusan kewangan daripada penasihat kewangan AKPK atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Kalau nak tau lebih lanjut mengenai AKPK, boleh layari laman web ni >> www.akpk.org.my.

Saturday, February 11, 2012

Canon Powershot G12


Canon Powershot G12.
Tak sabar rasanya nak menguji keupayaan sebenar kamera ni.
Cerita selanjutnya........tunggguuu.













Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire

Thursday, February 9, 2012

Kisah Kawan dan Lagu

Salam sejahtera buat semua.

Sape-sape yang dah menamatkan zaman sekolah mesti teringat zaman sekolah korang kan? Tambah yang dah bekerja 2-5 tahun. AI sendiri pun kadang-kadang teringat jugak. Tambah-tambah bila lalu kat tepi sekolah & tgk gelagat budak sekolah. Mesti AI tersenyum sendiri pastu cakap dalam hati “aku dulu pun macam tu jgk kot”.

Wednesday, February 1, 2012

Tempat Menarik Untuk Berbulan Madu

Salam Sejahtera Buat Semua.

Tahun lepas AI ada post pasal kahwin. Jadi, kali ni AI nak bersembang-sembang pulak pasal lokasi berbulan madu. Apsal lambat sgt post antara kahwin dgn bulan madu??? Sajer je...bulan madu tak semestinya betul-betul lepas kahwin...dan tak semestinya satu tempat je. Boleh pegi dua tiga tempat, dua tiga kali kan??? 

Saturday, January 28, 2012

Terbaru Dari Pakcik Nokia ~ Nokia Lumia 900

Salam sejahtera buat semua,

Dah lama kita tak dgr produk telefon pintar Nokia kan? Sekarang ni di negara kita yang tgh femes ialah telefon pintar daripada Apple, Blackberry dan Samsung. Jadi nampak Pakcik Nokia dah mula menggerakkan promosi utk kembali bersaing dalam terknologi telefon pintar generasi baru.

Friday, January 27, 2012

Hukum Salam 1Malaysia- Ustaz Azhar

Salam sejahtera buat semua,
Tazkirah hari Jumaat. Jom layan ceramah dari Ustaz Azhar Idrus berkenaan memberi salam 1 Malaysia.







Semoga kita mendapat manfaat dan diberi hidayah Allah SWT.




Mari bersama-sama Churp Churp membina komuniti anda. >> Klik SINI.

Friday, January 20, 2012

Rancang Perjalanan Anda Semasa Cuti

Tak lama lagi kita akan bercuti panjang [panjang ker?] sempena cuti tahun baru cina. Ok la jgk kan. Dapat rehat 4 hari. Selalunya bila dah cuti panjang ni mesti ada program yang korang rancang kan?? Yang bujang ada programnye, yang dah berkeluarga pun ada program cuti-cutinye jgk.

Sunday, January 1, 2012

Anak Anak Kita

Salam sejahtera buat semua,

Jom layan lagu best dari M Nasir ni. Lagu Anak-Anak Kita ni lagu yang penuh sindiran dan peringatan buat kita. AI suka layan lagu M Nasir ni sebab liriknya yang menarik, penuh makna tersurat dan tersirat. :-)

AI MENGUCAPKAN
SELAMAT TAHUN BARU 2012
KEPADA SEMUA PEMBACA.
SEMOGA TAHUN HADAPAN KEHIDUPAN ANDA AKAN LEBIH BAHAGIA, CEMERLANG DAN DIPENUHI KEBERKATAN SERTA KERAHMATAN ALLAH SWT.

SELAMAT TAHUN 2012!!!