Sunday, March 25, 2012

Irma Hasmie Dah Bertunang

Gambar dpd puanbee.com


Akhirnya Irma Hasmie bertemu juga dengan pasangan hidupnya. Selepas kontroversi kes peluk dan putus cinta, Irma yang telah mengubah cara penampilannya telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan iaitu En Reza Syah Azmeer. Tahniah buat Irma dan Reza. Semoga segala urusan perkahwinan dipermudahkan dan segala perancangan menjadi kenyataan Jom baca petikan daripada Berita Harian Online. >> 
SUNGAI BULOH: Perkenalan singkat di Tanah Suci Makkah antara pelakon Irma Hasmie Ibrahim, 30, dengan ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Radzuan, 31, diikat dalam satu majlis pertunangan yang diadakan di kediamannya di Desa Coalfields, Sungai Buloh, di sini, semalam.

Irma yang mengenakan persalinan busana berwarna biru laut rekaan Hatta Dolmat menerima cincin pertunangan daripada bakal ibu mentuanya, Datin Azizah Osman selain enam dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Pihak lelaki membawa set mandian, buah, kek, manisan, persalinan solat, dan persalinan pakaian, manakala pihak perempuan membalas dengan buku-buku agama, sejadah, kek, coklat, manisan, set penjagaan lelaki dan sirih junjung.
Selepas acara menyarung cincin, keluarga kedua-dua pihak berbincang dan bersetuju untuk majlis pernikahan yang akan diadakan pada 1 Julai manakala majlis sebelah lelaki pada 7 Julai ini. Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan di Keramat Mall.

Irma berkata, dia tidak menyangka perkenalan dengan bakal ibu mentuanya ketika mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Februari lalu membawa kepada perkenalan dengan bakal suaminya itu.

“Syukur Alhamdulillah kerana pertemuan yang singkat dan tanpa perancangan yang lama membawa kami untuk bertunang pada hari ini (semalam) dan saya berharap agar perkara yang baik ini dipermudahkan oleh-Nya.

“Di Makkah memang saya mendoakan yang terbaik untuk diri dan tidak menyangka pula saya bertemu jodoh di sana,” katanya. 


Jika anda bertudung dan sukakan fesyen tudung yang terkini dan trendy, klik --->> DI SINI. 




0 comments:

Post a Comment