Thursday, December 30, 2010


JUARA!!!
TAHNIAH KPD PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA KERANA MENJUARAI KEJOHANAN AFF PIALA SUZUKI. MALAYSIA BERJAYA MENEBUS KEKECEWAAN 1996 KETIKA KITA TEWAS 0-1 KPD THAILAND.
SYABAS MALAYSIA!!!

Bermasalah hutang kad kredit??Ketahui teknik efektif guna kad kredit
di sini >> kadkredit


Tuesday, December 28, 2010

Kenangan tahun 80an

Saper yang lahir hujung tahun 70an dan awal 80an mesti teringat kenangan masa kecik2 dulu kan...kat sini aku ada beberpa benda/permaianan/rancangan tv yg disiarkan dulu masa aku kecik2..bila tgk ni teringat zaman kanak2...syoknye la hai..takde pikir masalah negara langsung...nak main je kejenye....


Sape yang tak tahu permainan kat atas ni..dulu aku paling terer main tudung botol tu.sanggup meredah panas terik pegi kedai mamak cari tudung botol..sampai ke sekolah pun main lagi, siap buat liga. Samala dgn baling tin tu..permaianan paling best bile ptg..main jentik bola pulak main kat sekolah lepas final exam. Cikgu pun dah tak kisah dah..lantak korang la nak main...jgn gaduh sudah.. :-)



kamera yang paling canggih zaman kanak2...bile tekan tangkai tepi tu, gambar dia pun bertukar..ada mcm2 gamba dlm kamera ni...canggih2..


Permainan kad pun glamer zaman ni...boleh duduk berjam-jam utk main..cukup mudah, yang penting ada kurang2 3 org (sorang2 takleh main la)..

Game paling hangat dan menjadi rebutan ramai suatu ketika dulu...Western Bar...
Dapur dulu-dulu..pakai minyak gas kalau tak silap aku.



Kalau demam, ni la obatnya..


Buku paling glamer tulisan Enyd Bylton (betol ke aku eja nama dia?)..selalu paw buku abg aku dulu..rasanya habis semua siri aku baca..



Monday, December 13, 2010

Proton and Perodua Car at KLIMS 2010

Baru-baru ni ada satu motorshow diadakan di PWTC. Aku tak berkesempatan nak pegi. Just dpt tgk daripada internet jer..ape boleh buat..dah kene keje. Dgr cerita byk kete2 yg canggih manggih (betul ke ayat aku nih) dgn model yg jgk canggih :-) ada pada pameran ni..dan yg menariknya adalah kete2 buatan Malaysia la, apa lagi kalau bukan kerete keluaran Proton dan Perodua. So kpd sesiapa yg nasib sama mcm aku yg tak sempat nak pegi tgk, kat bawah ada sikit gambar kete akan datang (future car) keluaran Proton (Pahlawan Series) dan Perodua. Check It Out!

Proton Tuah. Kete ni ala ala Proton Persona la. Mungkin Proton akan keluarkan kereta ni utk menggantikan Proton Persona.


Ini adalah Proton Jebat. Modifikasi daripada kereta Mitsubishi Lancer (habis la Inspira pas ni).

Proton Kasturi. Sekali imbas tgk macam Saga BLM. Mungkin adik dia kot.


Proton Lekiu. Kereta ni special sikit sebab yang ni SUV-concept car. Ada kerjasama dgn Lotus.

Perodua Bezza. Kereta next generation daripada Perodua. Lebih canggih dgn interior yang luas. Aku suka tgk pintu depan yg boleh bukak luas dan pintu belakang stail sliding.

images thanks to paultan.

Bermasalah hutang kad kredit??Klik di sini >> kadkredit



Wednesday, November 10, 2010

Proton Inspira

Proton telah membuat pelancaran rasmi kereta Proton Inspira yang terbaru. Saksikan Proton Inspira Launch - Vehicle Unveiling

Thanks to paultan.org





Bermasalah hutang kad kredit??Klik di sini >> kadkredit

Sunday, November 7, 2010

Teknik EFEKTIF Guna Kad Kredit


"Mahukah Anda Pelajari Bagaimana Menukarkan
Kad Kredit Daripada MUSUH Kepada KAWAN
Yang 'Menyelamatkan' Hidup Anda.. Seterusnya TIDAK Perlu Bimbang Soal Hutang Lagi..?"


Salam Sejahtera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Berikan saya masa satu minit untuk saya yakinkan kepada anda bahawa kad kredit bukanlah musuh, sebaliknya adalah kawan kepada sesiapa sahaja termasuk anda jika "tahu cara sebenar" menggunakannya!
Diluar sana terdapat ramai pakar kewangan dan banyak buku yang menakut-nakutkan anda bahawa apabila memiliki kad kredit, anda pasti akan berdepan dengan masalah tunggakkan hutang yang amat kritikal kelak!Biar saya beritahu perkara sebenar kepada anda... HANYA orang yang "kurang bijak" dan "tidak tahu" menggunakan kad kredit sahaja akan berdepan dengan masalah tersebut. Mereka inilah yang menjadikan kad kredit sebagai MUSUH selepas puas menggunakannya.
Kawan..., saya sendiri memiliki kad kredit dan menjadikannya sebagai KAWAN BAIK saya. Hati saya gembira dan seronok setiap kali menggunakannya.. "tak fikir pun fasal hutang.."
"Biar Saya Tunjukkan Bagaimana Menjadikan Kad Kredit Sebagai Kawan Yang Paling Anda Sayangi!"
Memperkenalkan.. sebuah laporan ISTIMEWA dari saya...

"EKSLUSIF : Teknik EFEKTIF Guna Kad Kredit"(...kini kad kredit bukan lagi musuh anda...!")

AMARAN : Laporan ini TERHAD kepada 200 unit sahaja!
(ebook ini daam format PDF dan berbahasa Melayu)



Monday, October 18, 2010

New Nokia Smartphone - Nokia N8


Nokia's latest smartphone, The Nokia N8, intuitively connects to the people, places and services that matter most. With the Nokia N8, people can create compelling content, connect to their favorite social networks and enjoy on-demand Web TV programs and Ovi Store apps.

Social networking is second nature to the Nokia N8. People can update their status, share location and photos, and view live feeds from Facebook and Twitter in a single app directly on the home screen. Calendar events from social networks can also be transferred to the device calendar.

The Nokia N8 introduces a 12 megapixel camera with Carl Zeiss optics, Xenon flash and a large sensor that rivals those found in compact digital cameras. Additionally, the Nokia N8 offers the ability to make HD-quality videos and edit them with an intuitive built-in editing suite. Doubling as a portable entertainment center, people can enjoy HD-quality video with Dolby Digital Plus surround sound by plugging it into their home theatre system. The Nokia N8 enables access to Web TV services that deliver programs, news and entertainment from channels like CNN, E! Entertainment, Paramount and National Geographic. Additional local Web TV content is also available from the Ovi Store.

The Nokia N8 comes with free global Ovi Maps walk and drive navigation, guiding people to places and points of interest in more than 70 countries worldwide.

Friday, October 15, 2010

Proton Inspira


Yessa!!!Akhirnya Proton telah mengeluarkan 'baby' terbaru mereka. PROTON INSPIRA. Satu perkongsian teknologi dengan Mitsubishi yang telah menghasilkan satu kenderaan sedan baru untuk Proton.

Sesiapa yang berminat, boleh buat tempahan dari sekarang. Hanya RM1,000.00. Harga yang ditawarkan Proton adalah bermula daripada RM79,888.00 OTR untuk 1.8l manual hingga tak lebih RM95k untuk Top Line. Pelancaran rasmi INSIPRA akan diadakan pada 10 Nov 10.

Petikan daripada paultan.org:


Proton has unveiled that Proton Inspira will be the official name for its Proton Waja replacement model, which has until now been only referred to by its internal codename, the Proton P3-90A.

The Proton Inspira is developed from a Mitsubishi Lancer with the choice of a Mitsubishi’s 4B10 1.8 liter engine with a 5-speed manual, a Mitsubishi 4B10 1.8 liter engine with a 6-speed virtual ratio CVT gearbox, or a top of the range 2.0 liter 4B11 engine with the same CVT transmission with added steering column paddle shifters.

At launch, the Inspira will have about 26% local content at launch, with the aim of raising it to 40% within the next few months and straight up to 65% within a year from the launch date once the local vendors have been fully prepped. It is built at Proton’s MVF plant.

Available in red, white, black or silver, the new Proton Inspira is now open for booking at any Proton dealer with a deposit of RM1,000. As an appreciation to early birds, Proton will be offering a 2 year (50,000km) free service package worth RM1,658 including parts and labor to those who take delivery of their brand new Proton Inspira for bookings made by the 15th of November 2010 that are delivered before the 31st of December 2010.

The tentative pricing starts from RM79,888 OTR for the 1.8 manual up to not more than RM95k for the top of the line. The 1.8 CVT will be somewhere in the middle. The official pricing will be unveiled at the official launch by the 10th of November 2010.

The photos above and after the jump provided by Proton is the only thing we can show you for now as there is an embargo that we must respect and official images will only be provided closer to the launch date in early November 2010.

Thursday, September 23, 2010

Nicol David Lakar Sejarah

Nicol bersama piala Kejohanan Dunia. Kemenangan ke-5 beliau.

Ratu Skuasy negara dan pemain no 1 dunia, Nicol David telah melakar kejayaan bersejarah dengan menyamai rekod Sarah Fitz-Gerald untuk menjuarai Kejohanan Dunia sebanyak 5 kali. Nicol telah mengalahkan pilihan keempat, Omneya Abdel Kawy dalam straight game 11-5, 11-8, 11-6 dalam final yang berlangsung di Sharm El Sheikh, Mesir.

Kejayaan Nicol secara tak langsung mengharumkan nama Malaysia di serata dunia. Warga Malaysia khususnya atlet sukan negara kita perlu manjadikan kejayaan Nicol sebagai inspirasi untuk memajukan diri. Bukan senang nak jadi pemain no 1 dunia, apatah lagi nak cipta sejarah menang 5 kali dalam Kejohanan Dunia. Nampak macam best je tgk Nicol menang setiap kejohanan, tp penat lelah dan pengorbanan dia dalam latihan hanya dia dan jurulatihnya saja yang tahu. Tahniah buat Datuk Nicol Ann David kerana kejayaan bergelar juara dunia 5 kali.

Berita daripada laman rasmi World Squash.


Malaysia’s Nicol David captured her fifth World Open title with another commanding performance as she beat local favourite Omneya Abdel Kawy in straight games in the final.

The petite Malaysian superstar coninued the form she has shown throughout the tournament, looking supremly calm and confident, stroking the ball to all four corners and accelerating when necessary.

Kawy couldn’t get a foothold in the match until the second game which she led 3-0 and 6-3, but David was unruffled, and didn’t so much step it up as tighten it up – it was still the same controlled, unhurried game, but she looked less and less likely to lose a point.

The third was soon effectively decided with David taking leads of 3-1 and 7-2 before closing out the match.

So after 30 minutes David takes a record-equalling fifth World Open title, cruised through the tournament without dropping a game, and looks even more dominant than she has been for the last four year – worrying indeed for the rest, but what a gift she is for Malaysia.

“My focus was strong throughout the tournament, ” she said after the match. “I really wanted this. I didn’t want to let it slip.”


Sumber:

http://www.sohosquareworldopen.com/2010/?p=1530


Friday, September 17, 2010

High Definition Multimedia Interface - HDMI


Hari ni aku nak cerita sikit pasal High Definition Multimedia Interface (HDMI). Apa benda HDMI ni? Kalau nak tahu, HDMI ni satu antaramuka (interface) atau penyambung yang banyak diguna di tv baru (LCD,LED atau plasma). Kalau tv lama yang kotak besar tu, susah la nak jumpa port HDMI ni sebab benda ni adalah dalam format digital. Macam gambar kat bawah ni.

nampak tak port HDMI tu?

Kalau korang nak tahu, pengasas kepada HDMI ni ialah Hitachi, Matsushita Electric Industrial (Panasonic/National/Quasar), Philips, Silicon Image, Sony, Thomson (RCA) dan Toshiba. Pembangunan teknologi HDMI ni bermula pada tahun 2002 lagi. Tujuannya adalah untuk menghasilkan penyambung AV (AV connector) yang compatible dengan antaramuka DVI (Digital Video Interface). Dulu mula-mulanya tv yang canggih-canggih ni atau dikenali sebagai High Definition TV (HDTV) pakai format DVI-HDCP dan DVI-HDTV. HDMI ni dicipta untuk meningkatkan keupayaan yang ada pada DVI-HDTV dengan penyambung (connector) yang lebih kecil dan berkeupayaan lebih tinggi. Pada tahun 2004, HDMI telah mula dijual dan digunakan dengan meluas di seluruh dunia dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga PC Magazine telah menganugerahkan HDMI anugerah “Technical Excellence Award” dalam kategori Home Theater. Selebihnya korang baca la sendiri kat bawah ni. Tapi bahasa tu tak dapat nak dialihkan. Susah nak alih bahasa teknologi ni. Lagi pening nak baca. Selamat membaca ye..

HDMI (High-Definition Multimedia Interface) is a compact audio/video interface for transmitting uncompressed digital data. It represents a digital alternative to consumer analog standards, such as radio frequency (RF) coaxial cable, composite video, S-Video, SCART, component video, D-Terminal, or VGA. HDMI connects digital audio/video sources—such as set-top boxes, upconvert DVD players, HD DVD players, Blu-ray Disc players, AVCHD camcorders, personal computers (PCs), video game consoles such as the PlayStation 3, Xbox 360, and AV receivers—to compatible digital audio devices, computer monitors, and digital televisions.


HDMI has quickly become the standard for connecting consumer electronic devices together and was pioneered by a group of companies including Sony, Philips, Hitachi and Matsushita. HDMI supports standard, enhanced, or high-definition video as well as multi-channel digital audio on a single industry standard cable. HDMI is capable of carrying any type of compressed audio data such as Dolby or DTS. HDMI can transmit all HDTV standards and supports 8 channel digital audio and up to 5Gbps (Giga bits per second ) bandwidth.


What video types does HDMI support?

The HDMI standard can support exisiting high definition video formats of 720p, 1080i and 1080p.
It also has the potential to support enhanced definition formats such as 480p as well as the more common formats such as PAL and NTSC.


What video formats are supported?

720p is the resolution of 1280x720 pixels. The p stands for progressive format.

1080i is the resolution of 1920x1080 pixels. The i stands for interlaced format.

1080p is the resolution of 1920x1080 pixels.

480p is the resolution of 640x480 pixels with an aspect ratio of 4:3.


What cables does HDMI support?

A standard Type-A HDMI connector has 19 pins. A Type-B definition also exists which has 29 pins and is targeted at carrying expanded digital signals for video resolutions greater than 1080p.


Is HDMI backwardly compatible with DVI?

Importantly the Type A HDMI connector is backwardly compatible with the existing DVI video input that is used on most modern PC video cards.





Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/HDMI
http://www.whatishdmi.com/

Wednesday, September 15, 2010

Hari Ulangtahun Angkatan Tentera Malaysia


SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE 77
KEPADA SELURUH WARGA
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA.

TENTERA BENTENG
PERTAHANAN NEGARA!!!




Hari Malaysia


16 September telah pun diisytiharkan sebagai Hari Malaysia. Banyak sebab kenapa tarikh ini dipilih. Antaranya ialah tarikh tersebut iaitu pada 16 September 1963 adalah tarikh Malaysia ditubuhkan (dahulu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu) dan juga kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura (menarik diri pada tahun 1965) menjadi sebuah negara bernama Malaysia. Penggabungan tersebut menyebabkan penduduk Malaysia menjadi penduduk berbilang bangsa iaitu Melayu, Cina, India serta penduduk Sabah dan Sarawak. Jadi, sempena Hari Malaysia ni aku nak cerita sikit pasal keunikan yang ada antara kita berbilang kaum. Paling mendapat perhatian (selain macam2 jenis makanan) pastinya pakaian serta tarian setiap kaum. Di sini aku senaraikan serba sedikit pakaian tradisional dan tarian kaum2 yang ada di Malaysia. Kalau ada yang tersilap fakta tu...harap dimaafkan ye.


PAKAIAN


Melayu
Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang. Walau bagaimanapun, setiap negeri mempunyai keunikan dan perbezaan dalam pakaiannya.


Cina

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak.


India

Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata. Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.


Sarawak

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak “Bumi Kenyalang” ini terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pada pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian tradisional bagi lelaki Melayu. baju ini dipadankan dengan samping songket tenunan Sarawak. Wanita Melayu pula memakai Baju Kurung dan kain sarung songket serta tudung kerengkam. Lelaki Melanau pula memakai baju satin hitam yang digandingkan dengan samping broked dan hiasan kepala kopiah Jawa. Wanitanya memakai Bajau Baban lengan lebar berwarna hitam dan kain songket Sarawak serta hiasan diri dari emas dan perak juga.


Sabah

Busana tradisional “negeri di bawah bayu” ini menggambarkan kekayaan hasil tangan seperti tenunan bersulam ‘linangkit’ dan kreativiti manik dan labuci serta pelbagai hiasan seperti hiasan kepala ‘sarempak’, hiasan leher ‘mandapun’, penutup kuku ‘keku’, tali pinggang berserta pending ‘ingkot pangkat’ juga selendang. Bagaimanapun, suku kaum berbeza yang tinggal di kawasan yang berdekatan lazimnya memakai pakaian tradisional yang serupa. Antara perhiasan yang paling menarik termasuklah topi anyaman wanita Kadazan-Dusun, dastar kaum Bajau, dan tengkolok suku kaum Lotud yang menandakan jumlah isteri lelaki yang memakainya. Kemahiran menghias pakaian dan cara berpakaian yang kemas dan cantik menjadikan koleksi pakaian negeri Sabah hebat, unik dan amat menarik perhatian.


Baba Nyonya

Pendatang Cina yang berkahwin dengan penduduk Melayu selalunya memakai pakaian kebaya yang anggun. Baju buatan tangan ini memerlukan kepakaran bagi menyulam corak-corak yang kelihatan seakan-akan renda yang halus. Hiasan utama baju kebaya adalah sulaman tebuk lubang di mana garisan corak motif bunga di jahit manakala bahagian tengah dasar kain yang tidak terjahit pula ditebuk. Ini menghasilkan hiasan yang seakan-akan renda yang halus, yang dikenakan pada bahagian leher, lengan, hujung blaus serta dua bucu segitiga di bahagian depan baju yang dikenali sebagai lapik.


TARIAN


Zapin
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.


Tarian Dabus

Tarian ini berasal dari negeri Perak dan dipercayai mula dimainkan di negeri Perak sejak 300 tahun yang lalu. Ada beberapa pendapat yang mempertikaikan kemasukkan senitari dabus ke bumi Perak. Satu pendapat mengatakan dabus dipercayai dibawa masuk terus ke Perak oleh Ahmad Mahyuddin yang berasal dari Parsi (Baghdad) sekitar tahun 1785. Pendapat kedua mengatakan permainan dabus telah di bawa ke Indonesia melalui Pasai di Aceh sebelum dikembangkan ke Pasir Panjang, Perak oleh Nakhoda Lembang yang berguru daripada saudagar Fakir Muhammad dari India. Satu lagi pendapat mengatakan Ahmad Mahyuddin telah bertemu dengan Nakhoda Lembang pada tahun 1785 dan telah bersama-sama memperkembangkan kesenia dabus ke Perak di Pasir Panjang seawal tahun 1700.Tarian ini mula berkembang di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Lumut, dan juga di Sungai Nipah Baroh serta Sungai Balai Baroh, Teluk Intan, Perak.


Mak Yong Melayu

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.


Kuda Kepang

Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.


Joget
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.


Tarian Lilin

Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan.


Tarian Singa

Tarian Singa (bahasa Cina: pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian – sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.


Tarian Naga

Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi mempertunjukkan persembahan yang penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat.


India Bharata Natyam

Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.


Bhangra
Banghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya Banghra adalah sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini ianya memainkan peranan dalam pelbagai sambutan kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan dan sambutan Tahun Baru. Tarian ini lazimnya adalah berdasarkan tema-tema romantis, di mana nyanyian serta tarian yang diiringi paluan dholo, iaitu sejenis gendang bermuka dua, menjadikan tarian Banghra sangat menghiburkan.


Sumazau
Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlalan serta pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang terbang.


Ngajat
Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.


Datun Julud

Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di Sarawak. Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran. Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai. Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh seorang penari wanita, menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan sayap burung suci tersebut.


Tarian Buluh

Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali. Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas. Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa tersepit.


Orang Asli

Tarian Orang Asli Semenanjung Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan kerohanian mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh pawang dalam upacara menghubungi dunia roh. Tarian tersebut termasuklah tarian Genggulang kaum Mah Meri, tarian Berjerom kaum Jah-Hut, serta Sewang oleh kaum Semai dan Temiar.


Farapeira
Farapeira adalah sebuah tarian masyarakat Portugis yang pantas dan seringkali diiringi alat muzik seperti gitar dan tamborin. Tarian ini persembahkan oleh pasangan penari yang memakai pakaian tradisional Portugis.


Branyo
Tarian Branyo, yang lebih perlahan dan bersopan daripada tarian Farapeira, lebih diminati warga Portugis yang sudah berumur. Penari lelaki yang berpakaian ala koboi dan penari perempuan yang berpakaian baju kebaya tradisional dengan sarong batik, menari dengan perlahan mengikut rentak gendang serta biola.



Memang Malaysia penuh warna-warni dan ceria. Sama-samalah kita berdoa agar negara kita terus maju dalam keadaan aman dan damai. Amin.

Sumber:

http://kebudayaan.kpkk.gov.my

http://www.tourism.gov.my

http://www.arkib.gov.my

http://ms.wikipedia.org/wiki


Tuesday, September 14, 2010

Cara memotong kuku mengikut Sunnah

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Jadi kepada semua umat Islam, hendaklah kita mengikut hari2 yang disarankan ketika hendak memotong kuku. Tertib memotong kuku seperti yang disunnahkan adalah seperti gambarajah di bawah:



New Waja Replacement

The right pic is believed to be the new Proton car that is going to replace Waja. This elusive “Waja Lancer” soon to be launched was spotted near Masjid Kapitan Keling in Penang. The left pic is the Mitsubishi Lancer 2.0 GT. Proton is going to make a Mitsubishi-like design (re-badge of a Mitsubishi Lancer) in the new Waja but with smaller engine. It is believed that Proton will go for 1.8 litre engine for more competetive prices and will use local vendors for the internal components.

Hope that this new so called "Waja Lancer" will give a better image for Proton and give more confidence to the buyer. The cooperation between Proton and Mitsubishi Motor Corporation (MMC) surely will produce a better sedan model and will be able to compete with other vehicle sedan in the market.

Source:
http://paultan.org
http://www.automagazined.com

Monday, September 13, 2010

Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

Polis hari ini mengesahkan empat daripada lapan suspek yang ditahan berhubung kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mengaku memukul keempat-empat mangsa sehingga mati.

Malah, suspek terbabit turut mengaku telah menahan, membunuh dan membuang abu mayat kesemua mangsa ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Morib dekat sini.

Sehingga kini, polis juga percaya senjata yang digunakan oleh pembunuh kejam terbabit turut dimusnahkan sehingga menjadi abu bagi menghapuskan bukti. - Utusan Malaysia 13 Sep.

Millionaire businesswoman Datuk Sosilawati Lawiya and her three male companions were held at a poultry farm, beaten and murdered and their remains
burnt to ashes.

This was the startling revelation by police yesterday who have given up hope of finding the four missing victims alive after a search which took almost two weeks.

There are no remains to recover as the victims’ ashes were scattered in a river in Sungai Gadong, near Tanjung Sepat here, although police forensic teams are combing the poultry farm looking for bones for DNA identification. NST, 13th Sep 10

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgx3uoV_OXTbNNvdgCCNM6fHw-2GCGPU3MOjvbNT2gqpDVLlf6UveDOW5T1yUVZmV7rQ8fj66H1yiHs3jI1LgTR5jViaV5FFpofnzUc_HlUGL40QANXSm_LP27c0e7wqPgGaIQwMdp-MTlD/s400/s.jpg

Pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 lagi amat mengejutkan semua rakyat Malaysia. Bukan sahaja kerana mangsa seorang yang dikenali tetapi juga kerana cara pembunuhan yang kejam. Kejadian pembunuhan ini pastinya mengingatkan kita pada pembunuhan kejam yang pernah berlaku sebelum-sebelum ini. Tp tak confirm lagi abu mayat yg polis jumpa tu.Masih tunggu keputusan ujian DNA.

Makin maju negara, makin banyak jenayah berat yang berlaku. Pelik la. Mungkin ini la yang dikatakan kesan pembangunan...mempengaruhi psikologi @ kepala hotak manusia (saper2 yang ada ilmu pasal psikologi/mental boleh la kongsi2). Dah mcm negara maju pulak. Di negara maju, stiap minit ada je kes bunuh, rompak @ jenayah berat yg berlaku. Harap negara kita tak la sampai tahap jadi mcm tu. Biarlah tak berapa maju (bukan tak maju k)..tapi aman damai. Nak pegi mana2 pon tak risau. Semoga roh mangsa dicucuri rahmat-Nya. Amin.

Monday, June 14, 2010

PROLINK Glee TA-009



Syarikat Prolink, sebuah syarikat dari Singapura telah mengeluarkan netbook terbaru mereka iaitu Glee TA0-09. Syarikat yang terkenal dengan produk networking ini telah mengambil inisiatif untuk menembusi pasaran netbook yang semakin mendapat tempat di kalangan pengguna. Rekabentuk yang menarik dan hanya seberat 1.1kg, Syarikat Prolink percaya bahawa pengguna akan berasa selesa dan seronok menggunakan netbook ini. Harga yang ditawarkan bagi netbook ini ialah RM888.00 sahaja.

Tuesday, April 20, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat

Buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT hasil tulisan Dato' Ismail Kamus ini adalah satu panduan lengkap Fardhu Ain yang boleh digunapakai dan menjadi rujukan kita. Segala isi kandungan di dalam buku ini tersertakan dengan panduan lengkap dan gambar-gambar yang memudahkan kita memahami apa yang diterangkan. Antara isi kandungan buku ini merangkumi syariat ketika kelahiran, kehidupan alam remaja, munakahat, muamalat, amalan solat, zikir serta doa dan adab di dalam Islam.

Buku ini patut dimilik oleh setiap umat Islam sebagai sumber rujukan. Boleh didapati di semua kedai-kedai buku.

Thursday, April 15, 2010

MyIman D818 (Telefon Bimbit Al-Quran Digital)

http://gadgets.emedia.com.my/img/MyImanD818.JPG


Syarikat MyIman Technolgy (M) Sdn Bhd telah mengeluarkan MyIman D818, telefon bimbit pertama yang dilengkapi dengan Al-Quran digital 30 juzuk. Anda boleh mendengar, membaca dan menghayati alunan suara Sheikh Saad al-Ghamidi aau membaca sendiri serta melihat terjemahan ayat pada telefon ini dengan beberapa klik yang mudah.

Di datangkan dengan dua warna iaitu hitam dan putih, kelebihan telefon ini selain daripada Al-Quran digital ialah telefon ini mampu memuatkan 2 kad sim dan boleh menampung kad T-Flash 2 Gb. Ciri-ciri lain telefon ini adalah seperti berikut:

  • Dual band GSM 900, DCS 1800
  • 2 kad sim aktif
  • skrin sentuh 2.2″ TFT LCD 262K warna
  • Kamera 1.3 MP & perakam video
  • SMS, MMS, GPRS & internet
  • Memori eksternal T-flash 2 GB
  • MP3 & MP4, radio FM, bluetooth
Harga yang ditawarkan bagi mendapatkan telefon istimewa ini adalah cukup menarik iaitu RM390.00 sahaja. Bayangkan dengan harga yang sungguh istimewa ini anda boleh beribadah dengan mendengar atau membaca ayat-ayat Al-Quran di mana sahaja anda berada pada ila-bila masa. Anda boleh dapatkan telefon ini di sini.

Rujukan:
- Majalah PC keluaran Mac 2010.
- http://telefonquran.airgau.net/ciri-ciri/myiman-d1808/
- http://mygadgets.my/product.php?id=465

Sunday, March 14, 2010

Minyak Wangi Munif Hijjaz

TERBARU DI PASARAN!!
HARUMAN WANGIAN MUNIF HIJJAZ.


Minyak Wangi Munif Hijjaz

"Haruman minyak wangi terbaru ini diinspirasikan dengan wangian berjenama antarabangsa dan terkini!! Sekali guna, harumannya semerbak dan wangiannya sungguh memikat! Anda pasti TIDAK menyesal!!"

Munif Hijjaz Sdn. Bhd. telah mengeluarkan minyak wangi terbaru yang lebih murah dan setara dengan jenama antarabangsa! Wangiannya dihasilkan dan diinspirasikan daripada beberapa jenama yang terkenal dan menjadi pilihan ramai.


Mengapa anda mesti memilih haruman minyak wangi Munif Hijjaz ini??
  • dibotolkan khas dengan 18 jenis haruman yang setara dengan minyak wangi antarabangsa!
  • 100% ketulenan patinya diakui tanpa campuran alkohol dan tanpa pencairan.
  • keharumannya tahan sepanjang hari.
  • tidak sama dengan minyak attar biasa.
  • tidak seperti minyak wangi yang lain, ianya mengandungi 8ml dalam satu botol tunggal bagi setiap kotak.
  • boleh dibawa solat dan HALAL
  • botol "Miniature Roll On" yang mudah digunakan.
  • lebih 150 kali penggunaan bagi setiap botol.

Minyak Wangi Munif Hijjaz

Haruman Minyak Wangi Munif Hijjaz ini Tahan Lama Ke?

Ya! Sudah pastinya tahan lama kerana ianya menggunakan pati yang tulen dan merupakan rahsia kepada keharumannya yang kekal sepanjang hari. Untuk kekal lebih lama dengan wangian Munif Hijjaz ini, anda hanya perlu sapukan pada pakaian dan kulit serta elakkan dari berjemur di tengah panas matahari!.


Dapatkan hari ini untuk kegunaan sendiri atau hadiah kepada suami/isteri tersayang.
Klik di sini untuk tempahan.
http://bit.ly/cFqhqz