Thursday, April 15, 2010

MyIman D818 (Telefon Bimbit Al-Quran Digital)

http://gadgets.emedia.com.my/img/MyImanD818.JPG


Syarikat MyIman Technolgy (M) Sdn Bhd telah mengeluarkan MyIman D818, telefon bimbit pertama yang dilengkapi dengan Al-Quran digital 30 juzuk. Anda boleh mendengar, membaca dan menghayati alunan suara Sheikh Saad al-Ghamidi aau membaca sendiri serta melihat terjemahan ayat pada telefon ini dengan beberapa klik yang mudah.

Di datangkan dengan dua warna iaitu hitam dan putih, kelebihan telefon ini selain daripada Al-Quran digital ialah telefon ini mampu memuatkan 2 kad sim dan boleh menampung kad T-Flash 2 Gb. Ciri-ciri lain telefon ini adalah seperti berikut:

  • Dual band GSM 900, DCS 1800
  • 2 kad sim aktif
  • skrin sentuh 2.2″ TFT LCD 262K warna
  • Kamera 1.3 MP & perakam video
  • SMS, MMS, GPRS & internet
  • Memori eksternal T-flash 2 GB
  • MP3 & MP4, radio FM, bluetooth
Harga yang ditawarkan bagi mendapatkan telefon istimewa ini adalah cukup menarik iaitu RM390.00 sahaja. Bayangkan dengan harga yang sungguh istimewa ini anda boleh beribadah dengan mendengar atau membaca ayat-ayat Al-Quran di mana sahaja anda berada pada ila-bila masa. Anda boleh dapatkan telefon ini di sini.

Rujukan:
- Majalah PC keluaran Mac 2010.
- http://telefonquran.airgau.net/ciri-ciri/myiman-d1808/
- http://mygadgets.my/product.php?id=465

0 comments:

Post a Comment