Tuesday, June 5, 2012

Shinji Kagawa Milik Manchester United

Manchester United telah bersetuju dalam perjanjian untuk menandatangani Shinji Kagawa dari Borussia Dortmund dengan kontrak bernilai 17 juta pound. Kagawa akan menjadi pemain pertama yang menandatangani kontrak sebagai pemain Manchester Uniter bagi musim panas tahun ini oleh Sir Alex Ferguson dalam usaha untuk menyaingi saingan jiran mereka. Rio Ferdinand dalam laman sosial twitter berkata: 
'Welcome to Shinji Kagawa for his transfer to Man Utd. Heres to a succesful time here bro!'
Perjanjian itu adalah tertakluk kepada laporan perubatan pemain serta permit kerja UK. Syarat-syarat ini dijangka dapat diselesaikan menjelang akhir bulan Jun. Maklumat lanjut akan diumumkan oleh pihak pengurusan Manchester United dalam masa terdekat.

Sedikit mengenai latar belakang Kagawa. Beliau mula bermain bola sepak sejak sekolah rendah. Beliau menyertai Kelab Bolasepak Kobe NK dari 1999 hingga 2001 dan Miyagi FC Barcelona di Sendai dari 2001 hingga 2005.  Kelab Cerezo Osaka telah mengesan bakat beliau dan telah menandatangani kontrak ketika beliau berusia 17 tahun. Beliau merupakan pemain pertama di Jepun yang menandatangani kontrak profesional sebelum menamatkan pengajian sekolah tinggi. Pada tahun 2007, beliau menjadi pemain tetap bagi pasukan tersebut tetapi kelab itu terlepas peluang untuk naik ke Divisyen 1 Liga J. Menjelang pertengahan 2010, seorang pemain yang telah bersara iaitu Thomas Kroth telah melihat bakat Kagawa dan akhirnya mengendalikan pemindahan beliau ke Borussia Dortmund.

Selepas Park Ji Sung dari Korea Selatan, pemain dari Jepun pulak telah berjaya menjadi pemain Manchester United. Mungkin ada yang menganggap ini satu pelaburan perniagaan dari segi komersial, tapi AI percaya pelaburan Sir Alex pasti tidak menghampakan seperti mana yang ditunjukkan oleh Park JS. Kita tengok saja lah nanti kelibat Kagawa di Old Trafford. Agak2 apela no jersi Kagawa ni ye?? Hhhmmmm...

P/s: Kalau Denaihati cerita pasal Arsenal, AI plak nak cerita pasal Man Utd, boleh kan? :)

http://www.manutd.com
http://www.dailymail.co.uk
http://en.wikipedia.org

ahmadijat.blogspot.com @ copyright 2012 | shinji kagawa

0 comments:

Post a Comment