Wednesday, February 1, 2012

Tempat Menarik Untuk Berbulan Madu

Salam Sejahtera Buat Semua.

Tahun lepas AI ada post pasal kahwin. Jadi, kali ni AI nak bersembang-sembang pulak pasal lokasi berbulan madu. Apsal lambat sgt post antara kahwin dgn bulan madu??? Sajer je...bulan madu tak semestinya betul-betul lepas kahwin...dan tak semestinya satu tempat je. Boleh pegi dua tiga tempat, dua tiga kali kan??? 
Jadi, berbalik kepada tajuk kat atas tu, kat mana lokasi berbulan madu yang best? Best ni subjektif jgk kan....lain padang, lain belalang...lain org, lain citarasanya. Ada yang suka suasana romantik [bulan madu la katakan], ada yang suka yang adventure [ade ke?]..ada jgk yang suka santai sambil bwk satu family ikut bulan madu [ish3,gangguan la]. Jadi terpulang pada kehendak dan bajet masing-masing. Apa yang AI nak senaraikan ni berdasarkan pengetahuan AI dan ada jgk tempat yg AI sendiri pernah pegi. Mungkin ada lagi tempat lain yg best gilaks yg AI tak masukkan. AI fokuskan kpd dalam negara saje ye, tak main la pegi negara org ni. Kita kena majukan industri pelancongan negara kita..ewah.. 


Pulau Langkawi - AI rasa majoriti org baru kahwin akan pergi Pulau Langkawi. Sebab apa??sebab dia femes kot. Tp yg pastinya memang byk aktiviti bersama yg boleh kita buat di Langkawi. Nak jalan2 pusing pulau [boleh bwk sendiri, kereta sewa murah jer], Island Hoping, pegi Tasik Dayang Bunting, shopping kat pekan Kuah, naik cable car atau sekadar bersantai di Pantai Cenang. Boleh dikatakan Pulau Langkawi ni agak lengkap jgk la pakej nya. Penginapan pun byk...ada yang mahal ada yg murah. Kita pilih la sendiri.


Cameron Highland - Seronok pegi sini sebab tempat ni sejuk. Jadi agak aman, tenang dan mendamaikan dgn tumbuhan hijau serta pokok teh dan strawberry yg bersepah-sepah kat sana. Tak byk aktiviti kecuali pegi ladang teh dan petik strawberry. Ada jgk kedai-kedai utk beli cenderahati. Jgn lupa try makan strawberry dgn madu dan rasa jus strawberry yang...ummpphhhh.


Bukit Tinggi, Pahang - Ni satu lagi tempat sejuk. AI tak pernah sampai lagi Bukit Tinggi ni tp setahu AI byk jgk tempat menarik kat atas tu yg boleh dilawati bersama. Lagi satu, ade jgk pasangan pengantin baru yg buat post wedding photography [menatang ape tuh??] kat sini sebab byk view serta bangunan yg cantik-cantik.


Bangunan dan tempat menarik di Bukit Tinggi, Pahang
Pulau Tioman/ Redang/ Perhentian - Berbeza dgn Pulau Langkawi, pulau peranginan ni tak byk tempat utk dilawati dan tempat shoppingk. Yang ada cuma kedai jual cenderahati je. Pulau-pulau ni lebih sesuai utk pasangan yg adventurous sebab pulau ni boleh buat scuba diving atau snorkeling. Boleh menyelam tgk ikan nemo dan rakan-rakan. Selain tu, pulau-pulau ni jgk amat sesuai utk gelapkan kulit dgn berjemur di tepi pantai. :-)


Melaka Bandar Bersejarah - Bulan madu kat Melaka?? Ceh, tak glemer langsung. Hehe. Tapi Melaka jgk byk tempat menarik utk dijadikan aktiviti bersama. Korang tau tak ada lebih 30 muzium kat Melaka?? Untuk pasangan yang meminati bidang muzium ni, boleh pegi melawat muzium-muzim di Melaka. Sambil melawat, boleh tambah ilmu pengetahuan dan boleh amik gambar bersama,chewah. Kalau penat berjalan, boleh naik beca dgn kadar sewa RM40 sejam. [yg AI pernah naik la]. Kelebihan Melaka ialah ada byk bangunan lama yang bersejarah yg cukup cantik kalau dirakamkan oleh lensa kamera DSLR Nikon D90.


Pulau Pinang -  Ada org kate [org kate, AI tak kate] Pulau Pinang ni syurga makanan. Macam-macam jenis makanan boleh didapati di pulau ni. Nasi kandar tu dah memang wajib tp ada lagi makanan lain mcm nasi dhalca, mee udang Teluk Kumbar [kedai Salwa], roti canai Jalan Travers, pasembor padang kota, pekena sup Hameed [dkt dgn hotel Cititel] dan mcm lagi la.. Paling best nasi kandar line clear kat area Chowrasta. Tp hanya yg berhati waja je yg boleh makan nasi kandar line clear nih. Sebab ape? kena pergi tgk sendiri la ataupun tanya je pakcik google. Jadi amat sesuai utk pasangan yg suka makan ^_^ Selain makanan, byk jgk tempat pelancongan yang boleh korang pergi kat area Pulau Pinang ni. Korang carik la kat dalam internet ye.
Nasi Kandar Line Clear                                  Mee Udang Salwa                                  Sup 'sempoi' Hameed

Sabah/Sarawak - Memang best kalau dapat berbulan madu kat Malaysia Timur [bagi org Semenanjung la]. Tp kos utk berbulan madu kat sini agak tinggi sikit sebab kena naik belon. Kalau pergi Kuching, boleh jalan-jalan kat Waterfront, naik sampan pegi ke seberang & beli kek lapis. Kalau ke Sabah, cuba la ke Karambunai atau Pulau Manukan. Nanti AI buat post khas utk percutian di Malaysia Timur sebab AI pun tak pernah melancong ke sana. [tgh bajet-bajet jgk ni, plan nak pegi tahun ni].

Jadi, itulah sekadar yg boleh AI kongsi tempat berbulan madu. Kalau korang ada cadangan tempat lain yg lagi best dan lagi gempaks...silalah masukkan kat ruangan komen ye. Boleh kita kongsikan bersama apa yang best kat situ. Okeh, enjoys....
.
.
.


Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire





0 comments:

Post a Comment