Salam sejahtera buat semua.
Sape-sape yang dah menamatkan zaman sekolah mesti teringat zaman sekolah korang kan? Tambah yang dah bekerja 2-5 tahun. AI sendiri pun kadang-kadang teringat jugak. Tambah-tambah bila lalu kat tepi sekolah & tgk gelagat budak sekolah. Mesti AI tersenyum sendiri pastu cakap dalam hati “aku dulu pun macam tu jgk kot”.
Ada banyak kenangan zaman sekolah ni. Kenangan yang best, kenangan yang tak best....dalam banyak-banyak kenangan ada satu kenangan yang AI tak boleh lupa ialah kenangan AI, kawan dan lagu. AI ingat lagi, ada beberapa jenis genre muzik dan artis yang telah ‘diperkenalkan’ kepada AI oleh kawan sekolah AI ni.
Masa AI tingkatan 2, ada seorang classmate AI yang minat gilers dengan Pakcik MJ [dah meninggal dah pun]. Hampir tiap-tiap hari AI dengar dia nyanyi lagu MJ ni sampai AI pun boleh hafal. Sebelum ni, AI selalu jgk tgk video klip lagu MJ kat tv. Memang tak dinafikan video dia memang best dgn gaya tarian ala-ala ada lipas dalam seluar yg takde lagi orang lain buat. Tapi AI takde la minat sangat sampai la sahabat AI yg kipas susah mati MJ ni mendekatkan lagi AI dengan lagu-lagu MJ. Tiba-tiba rasa sedap plak lagu dia walaupun kekadang tak paham dia cakap apa.
Masuk tingkatan 3, AI berpecah masuk kelas lain. Tak jumpalah sahabat fanatik MJ ni. Kalau nak jumpa pun, jumpa masa rehat kat kantin jela. Tapi masa ni, di kelas baru AI, ada lagi sorang hamba Allah yg sgt taksub [wah, taksub ke?] dgn lagu genre rap/hip hop. Punyalah minat sampai terbawak-bawak ke pakaian. Kalau jumpa kat luar sekolah memang lain sangat dengan seluar besar dan capnye. Sahabat AI yang ni dah perkenalkan kat AI keistimewaan lagu-lagu genre rap yang lebih byk bercakap dari menyanyi tu. Dia ni memang sangat minat dgn bidang muzik sampaikan ambik degree pun dalam bidang muzik jgk. Pernah muncul sekejap di arena muzik tanah air tapi sekarang dah senyap. Mungkin kerja belakang tabir kot. Masa zaman AI dulu, kumpulan rap/hip hop kat Malaysia tak byk lagi. Paling top masa ialah kumpulan KRU je la. AI pun terpengaruh sampai pergi cari kaset [err,zaman tu kaset lagi ye] album KRU Oh La La. Tiap-tiap hari dgr kat walkman masa nak pergi tuisyen, hehe...
Masuk tingkatan 4, AI tukar sekolah...masuk sekolah asrama. Berkenalan pulak dgn peminat kipas susah mati kumpulan The Beatles. Ha’ah, jangan tak percaya ada yang minat kumpulan dari British ni. Tak dinafikan zaman kegemilangan kumpulan ni dulu memang diaorg digilai peminat seluruh dunia. [ye ke seluruh dunia? cuba tanya penduduk Tibet tgk, diaorg kenal ke tak] Memang mamat ni macam oldies sikit la. Muka ganas tp jiwa org lama. Jadi, dekat dgn dia membuatkan AI kenal dgn lagu-lagu macam A Hard Day’s Night, Help! She Loves You dan byk lagi la. Sebenarnya, walaupun The Beatles dah takde, tapi lagu-lagu diaorg sampai sekarang masih berkumandang lagi di copong-copong radio.
Last sekali, sahabat sekelas AI masa tingkatan 4 & 5. Doktor gigi yang juga pemilik blog Dunia Jam [AI baru tahu dia ni amat gila dgn jam] ni memperkenalkan AI kepada lagu-lagu nasyid. Ya, sejuk je bila baca kan? Kumpulan nasyid yang terkenal masa tu [AI rasa la terkenal] ialah kumpulan The Zikr [yg kemudiannya telah dikomersialkan dgn nama Raihan]. Masa tu genre nasyid masih nak menyelit dalam industri muzik tanah air terutama genre nasyid kontemporari [betul ke AI tulis ni]. Kumpulan The Zikr ni dah lama ada cuma AI je baru tahu masa tu, hehe. Sahabat AI ni memang minat gilars dengan nasyid sampai dia ajak AI menyanyi buat lagu, rakam pakai walkman. Harharhar, takleh lupa kenangan kami bergabung ‘mensumbangkan’ suara. Harmonilah kononya.
Ada lagi beberapa sahabat/kenalan AI yang memperkenalkan lagu-lagu atau artis luar negar kepada AI. Sebelum ni AI banyak terdedah dgn artis tempatan je. Kawan-kawan AI ni lah yang membuka minda AI kepada dunia muzik yang lain. Betul la kata org tua-tua....jauh perjalanan,luas pengalaman. Lagi banyak kawan kita, lagi banyak benda yang akan kita belajar secara sedar atau tak sedar.
Sebagai penutup, meh layan lagu daripada kumpulan The Zikr. Layannnnn....
0 comments:
Post a Comment