Salam sejahtera buat semua.
Ini adalah post ulangan. Saje nak share dan ingatkan diri sendiri. ^_^
Beberapa bulan yang lepas, AI berpeluang mendengar ceramah pengurusan kewangan daripada penasihat kewangan AKPK atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Kalau nak tau lebih lanjut mengenai AKPK, boleh layari laman web ni >> www.akpk.org.my.
Selain penerangan mengenai bidang tugas AKPK, Mr Raju [penceramah pada hari tu] banyak menekankan mengenai aspek pengurusan kewangan yang betul. AI rasa tips yang Mr Raju bagi ni amat bagus untuk dikongsikan dengan semua orang. Rasanya ramai yang dah tau tips-tips ni. Apa yang AI buat ialah post kan semula untuk ingatkan sape-sape yang terlupa. Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan dalam menguruskan kewangan anda.
P – B = Lebihan. Apa tu?? P tu ialah Pendapatan. B ialah Belanja. Maka apa yang terhasil ialah apabila pendapatan ditolak dengan perbelanjaan, hasil yang dapat ialah lebihan. Kalau lebihan positif, maknanya anda ada duit lebih. Kalau lebihan negative macam AI, maknanya anda telah berbelanja lebih daripada pendapatan anda. Oleh itu, anda kenalah kurangkan berbelanja. Kenal pasti apa yang kurang perlu untuk dibeli dan barang keperluan yang patut dibeli.
Dana Kecemasan. Dana kecemasan ni ialah simpanan bulanan anda untuk anda gunakan ketika kecemasan. Selalunya digalakkan anda membuat potongan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda. Kalau pendapatan RM2,500, potonglah RM250. Jumlah dana ni pulak perlulah sekurang-kurangnya 6 bulan gaji anda. Jadi kalau ambik contoh pendapatan kat atas tu, jumlah dana kecemasan anda ialah sekurang-kurangnya RM 15,000.
Selesaikan semua hutang. Tak dinafikan hampir semua orang di Malaysia berhutang. Paling kurangkan mesti ada hutang bank untuk pinjaman hire purchase(beli kereta) atau pinjaman perumahan. Maksud selesai hutang ni ialah cuba selesai hutang-hutang kecil anda (jika ada) terlebih dahulu. Selesaikan secepat mungkin sebelum waktunya. Contoh jika anda anda membuat pembelian barangan secara ansuran, pastikan anda cuba selesaikan secepat mungkin. Untuk pinjaman yang lebih besar nilainya, cuba buat bayaran lebih setiap bulan. Kalau bulanan sepatutnya bayar RM900, anda cuba buat bayaran RM1,000. Bayaran lebihan RM100 ni sebenarnya akan membantu anda untuk jangka masa panjang. [ada pengiraan berkenaan perkara ni yang AI tak akan terangkan dalam post ni].
Menabung dan melabur. Menabung adalah amalan yang sangat baik untuk diamalkan. Tetapi menabung sehaja tidak mencukupi. Anda perlu menabung dan kemudian melabur untuk menambah pendapatan anda. Contoh perlaburan yang anda boleh buat ialah di skim cepat kaya Tabung Haji, ASB, koperasi yang berdaftar atau di dalam saham amanah (unit trust). Apabila anda melabur duit tabungan anda, anda sebenarnya telah membiarkan duit anda ‘membiak’ secara automatik. Jangan melabur tempat yang tak tentu pasal pulak k…
Bina Kekayaan. Dengan tabungan dan perlaburan yang anda dah buat tadi, inilah masanya untuk anda membina kekayaan. Dengan disiplin diri dan tekad untuk menguruskan duit anda dan membina kekayaan, anda pasti berjaya. Apa yang perlu anda buat ialah melabur dan melabur semula (invest and re-invest).
Tu jelah yang AI nak kongsikan bersama anda semua. Harap dapat memberi manfaat kepada anda semua.
“A budget is people telling their money where to go instead of wondering where it went – John Maxwell”
0 comments:
Post a Comment