Saturday, January 28, 2012

Terbaru Dari Pakcik Nokia ~ Nokia Lumia 900

Salam sejahtera buat semua,

Dah lama kita tak dgr produk telefon pintar Nokia kan? Sekarang ni di negara kita yang tgh femes ialah telefon pintar daripada Apple, Blackberry dan Samsung. Jadi nampak Pakcik Nokia dah mula menggerakkan promosi utk kembali bersaing dalam terknologi telefon pintar generasi baru.

Kalau Samsung telah joint venture dgn pakcik google dan hasilkan OS Android 4.0 Ice Cream Sandwich pada telefon Samsung Galaxy Nexus (boleh baca review kat SINI), Nokia pun tak ketinggalan dgn menjalankan kerjasama dgn Wonderpet abang Microsoft untuk menghasilkan OS Window Mobile 7.5 atau Mango.

Banyak peminat kipas susah mati Nokia ternanti nanti kemunculan telefon ni. Keupayaan OS Mango ni dah terbukti pada telefon Nokia Lumia 800 iaitu adik kepada Lumia 900. Disebabkan kerjasama dgn abang Microsoft, maka Nokia Lumia mempunyai keupayaan browsing internet yang cukup lancar selain dilengkapi dgn keupayaan speed 4G LTE. Nokia Lumia 900 telah diumumkan pada CES 2012 di negara penjajah negara org :-) dan dijangka akan mula dijual pada bulan Mac 2012. Di Malaysia mungkin hujung tahun la kot.

Ciri-ciri menarik Lumia 900 ni ialah skrin besar 4.3 inci AMOLED dan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass. Kepada sesiapa yang tak tahu...Gorilla Glass ni dicipta utk perlindungan skrin telefon daripada calar atau pecah. Setakat terjatuh atau kena toreh dgn benda tajam tu, takde hal punyelah. Boleh tgk video kat SINI. Selain daripada tu. Nokia Lumia 900 juga dilengkapi kamera utama 8MP Carl Zeiss dan kamera kedua 1.3MP.

Daripada respon yang AI baca, ramai yang minat dgn produk Nokia sebab kucewa dgn ketahanan bateri telefon Samsung, Blackberry dan Apple. Betul ke tak, AI tak pasti sebab AI tak pernah pakai. Telefon Nokia di Malaysia ni memang dah femes sejak penghujung tahun 90an lagi. Tak dinafikan ketahanan telefon jenama Nokia memang dah terbukti. Jadi kita tgk je la adakah bro Nokia Lumia 900 ni berjaya ke tak menambat hati warga Malaysia bila dah release nanti. Jom, check out review Nokia Lumia 900.








0 comments:

Post a Comment