Friday, January 20, 2012

Rancang Perjalanan Anda Semasa Cuti

Tak lama lagi kita akan bercuti panjang [panjang ker?] sempena cuti tahun baru cina. Ok la jgk kan. Dapat rehat 4 hari. Selalunya bila dah cuti panjang ni mesti ada program yang korang rancang kan?? Yang bujang ada programnye, yang dah berkeluarga pun ada program cuti-cutinye jgk.

Sebut pasal cuti panjang tahun baru cina ni, AI tak boleh lupa kenangan masa cuti tahun baru cina beberapa tahun yang lepas. Masa tu AI bawak keluarga balik ke kampung di Ipoh sebab sepupu AI melangsungkan perkahwinan. Sebab cuti panjang punya pasal, highway utara selatan pun panjang jugak jemnye. Kalau tak jem, 3 jam dah boleh sampai..disebabkan jem kat 5 jam lebih baru sampai. Dari Tapah sampai la ke Ipoh, bawak 30km/j jer. Penat tekan clutch tu tak payah citer la. [sebab tu la sekarang AI pakai kete auto].

Tak habis kat situ je, lepas kenduri tu AI terus shoot ke Pulau Pinang sebab besoknye [cuti panjang punya pasal] ada lagi satu kenduri sepupu AI di Alor Setar. So, habis je selesai kenduri dalam pukul 4 lebih tu, AI terus je shoot ke Pulau Pinang dengan gembiranya. Tapi kegembiraan AI tak lama bila lagi sekali jem yang panjang menyambut ketibaan AI di Pulau Pinang. Lepas je tol Juru dah stat dah jem dan kete pun jalan slow giler. Naik basikal lagi laju daripada kete. Paling penat dan tak tahan bila sampai kat tol jambatan Pulau Pinang. Dekat 2 jam AI sangkut sebelum berjaya lepas daripada tol. Tu baru lepas tol, belum naik jambatan lagi. Akhirnya..selepas dah rasa nak tercabut kaki menekan minyak dangan clutch, AI berjaya jugak sampai ke umah abang AI di Pulau Pinang. Sampai dlm keadaan yang penat meredah jem dan lapar yang tak terkira laparnya.

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan ribut di tengah hari. AI ingat kisah jem AI dah abis, rupa-rupanya masih ada lagi jem yang menanti AI. Di mana? Di Alor Setar pulak. Jem masa nak pergi rumah kenduri…dan jem masa nak balik. Pastu, dah sampai jambatan Pulau Pinang lagi sekali meredah jem. Akhir sekali, sepanjang cuti tahun baru cina AI masa tahun tu dipenuhi dengan jem…

So, tahun ni AI akan berjalan jauh lagi sempena cuti panjang ni. Tapi untuk mengelakkan pisang berbuah banyak kali..AI dah ambik beberapa langkah mencegah. Tambahan pulak sekarang ni pihak PLUS pun dah keluarkan cadangan masa bergerak bagi pengguna lebuh raya. Sapa nak tgk boleh klik kat SINI. Jadi AI harap kepada semua, rancanglah perjalanan anda dan memandu lah dengan berhati-hati ketika musim cuti panjang nanti.
Kalau kene jem macam ni, boleh jem kepala otak AI.


0 comments:

Post a Comment