Saturday, December 31, 2011

Samsung Galaxy Nexus telah tiba !!!

Telefon terbaru Samsung dengan OS Android Ice Cream Sandwich [takde nama lain ke nak bagi?] telah tiba. Akhirnya Samsung Galaxy Nexus telah diperkenalkan dalam satu majlis yang diadakan di belakang rumah Kak Limah HongKong. Samsung dgn kerjasama pakcik Google telah mendedahkan telefon pertama dengan sistem operasi generasi akan datang Google, Android 4.0.




AI tak berapa arif pasal teknologi OS dalam smartphone nih tapi dari pembacaan AI, ramai yang ternanti-nanti Samsung Galaxy Nexus ni disebabkan pakcik ice cream yang baru dalam phone tersebut. Android Ice Cream Sandwich atau juga dikenali sebagai Android 4.0 [yang ada sekarang ni Android berapa ntah]. Difahamkan dengan adanya OS baru ni dan juga kerjasama dengan pakcik Google, Samsung Galaxy Nexus akan menjadi antara smartphone paling canggih di permulaan tahun 2012. Antara ciri-ciri lain phone ni ialah paparan 4.65 inci Super AMOLED Plus dengan 1280x720 pixel resolution. 

Bagi yang suka amik gambar sendiri tu, smartphone ni juga dilengkapi dengan kamera belakang 5 megapixel dan kamera depan dengan 1.3 megapixel. Kalau tak silap kamera ni pun canggih jugak sebab kamera phone ni dilengkapi dengan teknologi zero shutter lag iaitu bermaksud bahawa ia tidak mempunyai kelewatan antara apabila anda menekan butang shutter dan apabila kamera sebenarnya memproses gambar.

Lain-lain features korang carik la sendiri k. Tak tau bila akan ada di pasaran Malaysia. Kemungkinan besar tahun depan la. Harga pun belum diumumkan lagi. So,jom kita tgk  dulu review pasal Samsung Galxy Nexus nih. Check it out ~




.
.
.

0 comments:

Post a Comment