Salam sejahtera buat semua..
"Sikit-skit,lama-lama jadi bukit"
Ingat tak lagi pepatah dulu-dulu pasal berjimat cermat @ menabung ni?? AI ada membaca buku-buku atau artikel berkenaan menabung untuk simpanan dan kecemasan. Kebanyakan penulis meletakkan dana kecemasan sebanyak 3 ke 6 bulan jumlah gaji korang. Dana kecemasan ni kita guna bila ada kecemasan macam kereta rosak yang nak kena repair yang banyak, anak/isteri masuk wad atau lain-lain lagi. Apa maksud 3 ke 6 bulan?? Maknanya kalau gaji korang RM3,000 sebulan, dana kecemasan korang sekurang-kurang berjumlah RM18,000 iaitu RM3k x 6 bulan. Kalau korang berjaya simpan RM18k, korang bolehla tarik nafas lega. Jadi apa-apa hal, at least ada dana kecemasan nak cover. Kalau takde, menggagau jugak nak carik duit, kan??
Kalau asyik menyimpan je, bila nak enjoy dengan duit gaji tu??? Penat tau keje nih….mungkin ada yang cakap macam tu. Korang kene la paham, AI suruh simpan 10% je dari gaji, ada 90% lagi daripada gaji korang kan….
Jadi, post akan datang, AI akan senaraikan pecahan 90% lagi tu untuk apa….Tunggu….
p/s: Menabung ni bukan utk orang muda umur 20an je….yang umor 30 dan 40an pun boleh menabung mcm yg AI cadangkan tu. Tak ada istilah terlambat dalam menabung. Jadi, mulakan lah langkah pertama korang hari ni jgk.
0 comments:
Post a Comment