Wednesday, September 24, 2014

Ketegangan di Australia mengenai ISIS

Situasi di Australia sekarang ni agak tegang berikutan kenyataan pihak ISIS yang mengancam akan menyerang Australia terutama anggota tenteranya. Perkara ini berlaku kerana penglibatan secara aktif tentera Australia dalam memerangi ISIS. Tempiasnya terkena kepada umat Islam yang menetap di Australia. 

Australian National Islamic Council (ANIC) telah mengeluarkan kenyataan media bagi menyatakan pendirian mereka berhubung isu ISIS ini. ANIC berharap agar hubungan baik antara penduduk berbilang agama di Australia dikekalkan dan tiada sebarang 'islamophobia' yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Berikut adalah kenyataan media daripada ANIC.


Update:

Baru berlaku pada hari Isnin 15 Dis yang lepas, seorang penyokong kuat ISIS telah menjadikan beberapa orang awam sebagai tebusan di sebuah cafe di Sydney.

Kisah berakhir dengan si penjahat dan 2 orang tebusan terkorban dalam kejadian tembak-menembak antara pihak polis dan si penjahat.

Lagi kisah di sini > http://m.dailytelegraph.com.au/news/sydney-siege-hostages-of-lindt-cafe-ordeal-identified/story-fni0cx4q-1227157711900?nk=7dd248f1cd55c2e3410adb412f85fe7c

Sunday, August 10, 2014

Pengalaman bermain salji di Australia




Sepanjang aku berada di bumi down under ni, aku berkesempatan untuk ke tempat salji beberapa kali. Biasalah orang melayu tak pernah tengok salji. Dapat peluang pergi dan pegang sendiri salji yang putih melepak tu, memang tak bagi 'can' la. Aku pergi 4 kali di 4 tempat yang berbeza. Yang bestnya setiap kali aku pergi, aku mengalami pengalaman yang berbeza.

Saturday, July 19, 2014

Berpuasa dan beraya di Melbourne

Salam sejahtera buat semua.

Tahun ni tahun kedua aku menjalani ibadah puasa di Melbourne…dan tahun kedua juga aku beraya di perantauan, sob sob. Secara keseluruhannya, memang sangat berbeza suasana Ramadhan dan Syawal di sini.
 Dulu masa zaman sekolah aku selalu baca paper bahagian Salam Perantauan. Habis semua gambar dan caption aku baca. Dalam hati aku selalu tertanya-tanya, macam manalah agaknya diaorang ni beraya di perantauan. Sekarang, persoalan aku dah terjawab. Hehe

Wednesday, June 11, 2014

Hitam Putih Piala Dunia (World Cup)

Piala Dunia FIFA bagi aku adalah satu kejohanan sukan terbesar dalam dunia. Aku rasa tak ada sukan lain yang memberi kesan yang sangat besar pada kehidupan masyarakat bumi seperti mana Piala Dunia. Kepada sesiapa yang tak tahu, Piala Dunia FIFA ialah kejohanan bola sepak terbesar dan paling berprestij (pada pendapatan aku) di dunia. Jangan terkejut, pernah berlaku kes pemain ditembak mati sebab Piala Dunia ni. 

Tuesday, April 29, 2014

Sambutan ANZAC DAY di Australia

Sambutan ANZAC Day diadakan pada 25 April setiap tahun. ANZAC adalah singkatan kepada Australian and New Zealand Army Corps. Sambutan hari ANZAC disambut dengan penuh meriah di seluruh Australia. Tujuannya adalah bagi memperingati perjuangan anggota tentera gabungan Aust dan NZ ketika Peperangan Dunia Pertama khususnya pertempuran di Gallipoli, Turki.

Friday, April 25, 2014

Kembara ke negara orang Bah 5 - Rumah baru

URUSAN PENTADBIRAN DIRI

Semasa minggu kedua aku di bumi kangaru ni, aku dalam proses mendapatkan rumah sewa. Aku bernasib baik pihak syarikat sudah menguruskan berkenaan sewa rumah. Apa yang aku tahu, agak sukar untuk memohon rumah sewa di sini. Ada banyak syarat-syarat ketat yang perlu dipatuhi ditambah dengan borang permohonan yang berhelai-helai. Aku mendapat panggilan daripada pihak ejen rumah memaklumkan alamat rumah aku. Keesokkan harinya aku bertemu dengan pihak ejen di rumah tersebut untuk melihat dan membuat pemeriksaan. Jika aku berpuas hati dengan rumah tersebut, rumah tu akan jadi rumah sewa aku selama aku berada di sini. Sejujurnya, aku ni bukanlah jenis yang cerewet sangat. Tambahan pulak, rumah di sini dah memang cantik dan bersih sebelum penyewa baru masuk. Itulah guna ejen rumah tu.  Rumah yang aku dapat ialah rumah teres dalam satu kawasan perumahan yang agak tenang. Laluan depan rumah pun tak sibuk sebab jalan mati di hujung. Ok la, takde banyak kereta lalu lalang. Sambil meninjau dalam rumah, ejen tersebut memberi penerangan mengenai syarat-syarat dan macam-macam hal berkenaan rumah. Waktu untuk buang sampah (ada tiga tong sampah untuk sampah yang berbeza), penggunaan heater, elektrik dan gas, pemotongan rumput (tak boleh biar panjang), siram/basahkan rumput yang kering ketika musim panas (untuk mengelakkan kebakaran) dan lain-lain hal lagi.  Pemeriksaan oleh ejen rumah akan dibuat setahun sekali untuk memastikan keadaan rumah adalah baik dan seperti sedia ada.

Laluan masuk ke kawasan rumah. Gambar masa musim luruh.