Wednesday, June 11, 2014

Hitam Putih Piala Dunia (World Cup)

Piala Dunia FIFA bagi aku adalah satu kejohanan sukan terbesar dalam dunia. Aku rasa tak ada sukan lain yang memberi kesan yang sangat besar pada kehidupan masyarakat bumi seperti mana Piala Dunia. Kepada sesiapa yang tak tahu, Piala Dunia FIFA ialah kejohanan bola sepak terbesar dan paling berprestij (pada pendapatan aku) di dunia. Jangan terkejut, pernah berlaku kes pemain ditembak mati sebab Piala Dunia ni. 

Pemain pertahanan Columbia, Andres Escobar ditembak mati 2 minggu selepas beliau menjaringkan gol sendiri yang membawa kepada kekalahan Columbia ketika menentang Amerika Syarikat pada Piala Dunia 1994. Pihak polis Columbia percaya drug lord yang terlibat kalah wang pertaruhan disebabkan jaringan Escobar.

Pemain Korea Selatan yang bermain dengan kelab Itali, Perugia disingkirkan daripada kelab tersebut selepas beliau menjaringkan gol kemenangan semasa Korea Selatan bertemu Itali di pusingan kedua Piala Dunia 2002. Pemilik kelab tersebut menamatkan kontrak Ahn Jung Hwan kerana tak dapat menerima hakikat bahawa pemain tersebut telah menjaringkan gol kemenangan seterusnya menyekat kemaraan Itali ke peringkat suku akhir. Walaupun Kelab Perugia menarik balik tindakan tersebut, Ahn Jung Hwan telah menolak untuk terus bersama kelab Perugia dan memilih kelab Jepun Shimizu S-Pulse.

Selain berita buruk, ada juga perkara menarik mengenai Piala Dunia. Salah satunya ialah pendapatan negara penganjur pastinya naik mendadak dengan kebanjiran penyokong-penyokong yang datang dari segenap pelusuk dunia. Dipercayai hampir setengah juta penyokong akan membanjiri negara penganjur ketika Piala Dunia. Walaupun aku percaya pihak polis mesti kena kerja lebih masa untuk mengawal pemain serta tindak tanduk penyokong di dalam dan di luar stadium tapi kadar tukaran wang asing pasti menaikkan ekonomi negara pengajur. Kalau tak, takde la semua negara berebut nak jadi tuan rumah. Pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, negara tersebut telah menerima Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak $21 billion. Piala Dunia juga membuka peluang pekerjaan kepada hampir 159,000 rakyat Afrika Selatan. Bukan setakat negara penganjur, tapi Piala Dunia juga memberi kesan kepada siaran televisyen (hak penyiaran perlawanan), syarikat jenama sukan (jualan jersi, tshirt, kasut), makanan kesihatan (minuman tenaga) dan lain-lain.

Bagi pemain pulak, Piala Dunia adalah masanya untuk diaorang menunjukkan bakat serta potensi mereka di peringkat tertinggi. Kalau nasib baik, pasti ada kelab-kelab terkemuka menawarkan kontrak jutaan ringgit kepada mereka. El Hadji Diouf, pemain Senegal yang menyerlah ketika Piala Dunia 2002 telah ditawarkan kontrak bernilai $10 juta pound untuk bermain bersama kelab Liverpool. Diouf meninggalkan Liverpool pada tahun 2005 untuk bermain bersama kelab Bolton Wanderers.

Piala Dunia 2014 akan memulakan sepak mulanya Jumaat pagi (4 pagi waktu Malaysia, 6 pagi waktu Australia) dengan perlawanan antara pasukan tuan rumah Brazil bertemu Croatia. Tahun ni aku memilih untuk menyokong Jerman. Takde sebab tertentu, cuma sebab aku dah beli jersi Jerman. Hehe. Tapi aku tetap akan tengok perlawanan pasukan lain, kalau kena dengan masanya lah. Antara pasukan yang menarik perhatian aku ialah pasukan tuan rumah Brazil, England, Jerman, Belanda, Korea, Jepun, Argentina dan penyandang juara Sepanyol.

Kemeriahan Piala Dunia di Australia tak semeriah di Malaysia. Macam tak excited jer orang Oz ni walaupun pasukan Australia ada dalam Piala Dunia. Hampeh betul la. Dah la aku melayan sorang-sorang. Sabor je la.

Tak sabar nak tengok game pertama. Adakah Brazil selaku juara Piala Dunia sebanyak 5 kali mampu mengambil peluang bermain di tempat sendiri untuk muncul juara atau Sepanyol akan mengekalkan kemenangan yang mereka perolehi pada tahun 2010. Tunggu dan lihat.

Demam Piala Dunia bermula.....

0 comments:

Post a Comment