Tahun ni tahun kedua aku menjalani ibadah puasa di Melbourne…dan tahun kedua juga aku beraya di perantauan, sob sob. Secara keseluruhannya, memang sangat berbeza suasana Ramadhan dan Syawal di sini.
Dulu masa zaman sekolah aku selalu baca paper bahagian Salam Perantauan. Habis semua gambar dan caption aku baca. Dalam hati aku selalu tertanya-tanya, macam manalah agaknya diaorang ni beraya di perantauan. Sekarang, persoalan aku dah terjawab. Hehe
Sepanjang hidup sebenarnya dah beberapa kali aku tak balik raya disebabkan aku kena kerja. Balik jugak sebenarnya tapi raya ketiga atau keempat. Lemang dah abis, menu special mak di pagi raya dah takde. 2010 dapat la beraya 2 hari, raya ketiga dah kerja. 2011 raya keempat baru balik. 2012 dapat la raya sehari. Raya kedua dah nak kena gerak balik. 2013 dan 2014 terus tak balik, beraya di perantauan.
Kalau nak kira syahdu, sebenarnya tak dapat balik beraya semasa di Malaysia lagi syahdu berbanding beraya di Melbourne. Sebab di Melbourne tak ada lagu raya berkumandang di corong-corong radio, tak ada bazaar Ramadhan, tak ada orang sibuk cerita pasal baju raya dan kuih raya. Jadi kehidupan di sini berjalan macam biasa je. Berbeza dengan di Malaysia. Di Malaysia memang sangat meriah. Tambah pulak bila tinggal beberapa hari lagi nak raya. Macam-macam aktiviti masa bulan puasa ni. Suasana Ramadhan dengan solat tarawikh, tadarus dan qiamulaail memang tak sama dengan di Melbourne. Walaupun masjid-masjid di sekitar Melbourne juga mengadakan aktiviti yang sama tapi tetap tak sama ’feel’ dia dengan di tempat sendiri. Aktiviti harian dan aktiviti persiapan raya di Malaysia juga memang havoc. Jalan TAR, Masjid India dan SOGO memang dah sinonim menjadi tumpuan orang ramai untuk shopping raya.
Ingat lagi tahun lepas rumah aku jadi tumpuan. Dua orang sahabat aku dengan keluarga datang sehari sebelum raya untuk beraya bersama. Sempat jugak la masak lemang (masak pakai dapur gas je), rendang, nasi impit dan sate. Malam raya tu siap buat barbeque (barbie bak kata orang Aussie). Dengan tiga keluarga berkumpul macam tu dah rasa macam adik-beradik pulak. Tambah lagi dengan riuh rendah budak-budak, terubat la sikit syahdu di pagi raya. Nasib baik takde stok bunga api, kalau tak boleh jugak layan. Walaupun cuaca sejuk disebabkan musim sejuk di Australia pada masa tu, aku tetap pegi solat sunat Aidilfitri dengan baju melayu lengkap. Dah menjadi tradisi keluarga aku sejak aku kecik lagi. Pagi raya mesti berbaju melayu lengkap. Rasanya 4 lapis jugak la baju aku pakai nak cover sejuk tu. Lepas solat, aktiviti bergambar depan rumah. Tapi sebab tak tahan sejuk, lepas amik gambar cepat-cepat lari masuk rumah. Lepas tu aktiviti makan, sembang, makan dan sembang. Apa lagi nak buat. Nak pegi Malaysian Hall pun macam malas je sejuk2 ni. Tambah malas sebab nak kena masuk bandar.
Juadah yg sempat disediakan di hari pertama Aidilftri |
Sambutan tahun ni rasanya sama macam tahun lepas. Cuma dengar-dengar khabarnya, sahabat aku yang dua lagi tu ada plan lain pulak pada raya kedua. Nak pergi beraya atas gunung sambil main salji. Menarik jugak plan tu. Melbourne tak ada salji. Kalau nak main salji kena naik ke kawasan tanah tinggi. Ada banyak lokasi main salji di Melbourne ni. Jarak pulak dalam 100 – 300km. Kalau jadi la plan tu, raya tahun ni memang lain macam sikit la. Bukannya apa, alang-alang dah amik cuti raya tu kan.. terus la lajak amik cuti lebih sikit. Sekarang ni pun Melbourne memang tengah mengalami cuaca sangat sejuk, lebih sejuk berbanding tahun lepas. Memang cun sangat lah kalau nak main-main dengan salji. Lagipun tahun ni je ada peluang. InsyaAllah hujung tahun ni aku akan balik ke Malaysia. So, dah takde peluang nak main salji.
Solat Aidilfitri di Masjid Heidelberg. |
Jadi, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam khususnya warga Malaysia di mana jua anda berada. Semoga bergembira dan berbahagia di hari lebaran nanti.
Maaf Zahir Batin.
0 comments:
Post a Comment