URUSAN PENTADBIRAN DIRI
Semasa minggu kedua aku di
bumi kangaru ni, aku dalam
proses mendapatkan rumah sewa. Aku bernasib baik pihak syarikat sudah
menguruskan berkenaan sewa rumah. Apa yang aku tahu, agak sukar untuk memohon
rumah sewa di sini. Ada banyak syarat-syarat ketat yang perlu dipatuhi ditambah
dengan borang permohonan yang berhelai-helai. Aku mendapat panggilan daripada
pihak ejen rumah memaklumkan alamat rumah aku. Keesokkan harinya aku bertemu
dengan pihak ejen di rumah tersebut untuk melihat dan membuat pemeriksaan. Jika
aku berpuas hati dengan rumah tersebut, rumah tu akan jadi rumah sewa aku
selama aku berada di sini. Sejujurnya, aku ni bukanlah jenis yang cerewet
sangat. Tambahan pulak, rumah di sini dah memang cantik dan bersih sebelum
penyewa baru masuk. Itulah guna ejen rumah tu.
Rumah yang aku dapat ialah rumah teres dalam satu kawasan perumahan yang
agak tenang. Laluan depan rumah pun tak sibuk sebab jalan mati di hujung. Ok
la, takde banyak kereta lalu lalang. Sambil meninjau dalam rumah, ejen tersebut
memberi penerangan mengenai syarat-syarat dan macam-macam hal berkenaan rumah.
Waktu untuk buang sampah (ada tiga tong sampah untuk sampah yang berbeza),
penggunaan heater, elektrik dan gas, pemotongan rumput (tak boleh biar
panjang), siram/basahkan rumput yang kering ketika musim panas (untuk
mengelakkan kebakaran) dan lain-lain hal lagi.
Pemeriksaan oleh ejen rumah akan dibuat setahun sekali untuk memastikan
keadaan rumah adalah baik dan seperti sedia ada.
Laluan masuk ke kawasan rumah. Gambar masa musim luruh. |
Rumah sewa aku ni dalam 3km je
dengan tempat kerja. Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Bagi aku dah sangat
selesa untuk kami satu keluarga. Lebih kurang rumah sewa kat Malaysia je.
Bezanya kat sini ada tanah keliling rumah. Boleh bercucuk tanam, chewah. Pokok
pun banyak. Di depan rumah ada 2 pokok Gumtree iaitu pokok yang menjadi habitat
bagi koala. Haiwan femes di Australia selain kangaru.
Rumah aku masih belum ada bekalan elektrik.
Berdasarkan senarai yang diberi oleh ejen, aku pilih la satu syarikat untuk
bekalkan elektrik dan gas untuk rumah aku. Di sini ada banyak syarikat yang
menawarkan perkhidmatan bekalan elektrik dan gas. Kalau tak puas hati boleh
tukar ke syarikat lain pada bila-bila masa je. Best kan? Kalau rajin tiap-tiap
bulan boleh tukar syarikat. Aku pakai telefon je. Hari ni aku telefon, esok
pagi rumah aku dah ada elektrik dan gas. Untuk pengetahuan, elektrik digunakan
untuk plag, lampu dan penghawa dingin. Gas pulak untuk memasak, memanaskan air
(hot water) dan heater (heater memang sangat diperlukan bila masuk musim sejuk).
Kat sini tak pakai tong gas untuk memasak. Gas disalurkan terus ke dapur
melalui saluran paip bawah tanah. Disebabkan aku hanya berurusan melalui
telefon, nama aku pada sistem syarikat elektrik salah. Salah banyak jugak la.
Mungkin sebutan aku tak sama dengan sebutan mat saleh kat sini menyebabkan dia
tak berapa faham. Belasah je la. Dekat tiga bulan jugak la baru aku dapat
betulkan ejaan nama aku tu. He he.
Aku berpindah masuk sehari selepas
tu tapi perabot belum ada lagi. Pihak syarikat juga menyediakan perabot untuk
rumah aku ni. Kira fully furnished la. Perabot dihantar sehari selepas aku
berpindah masuk. Datang dua orang je untuk angkut semua barang masuk dalam
rumah. Daripada sekecik-kecik barang sampailah sebesar-besar barang macam
katil, peti ais dan mesin basuh. Dua orang punya kerja, siap dalam setengah
jam. Ganas betul mat saleh ni. Aku cuma tunjuk je di mana tempat nak letak. Apa
yang menarik, antara barang yang termasuk dalam senarai perabot ni ialah bbq
set dan mesin rumput. Patutlah ejen rumah pesan rumput kena potong. Dia dah
siap bagi mesin rupanya. Takde alasan la nampaknya.
Selepas meninjau secara maya
beberapa hari, membuat beberapa panggilan dan menjalajah beberapa
kawasan...akhirnya aku berjaya mendapatkan sebuah kereta untuk kegunaan aku di
sini. Kereta Holden Vectra tahun 1999. Tapi lepas dah beli rasa macam takbest
pulak kereta ni. Sebenarnya kereta Holden ni ialah kereta Opel buatan Jerman.
Masuk ke Australia terus tukar nama. Mungkin sebab tak biasa dengan kereta
enjin Jerman ni kot menyebabkan aku rasa tak syok. Malang pulak berbau hangit
bila kereta Holden aku ni kerap kali rosak. Mula-mula radiator bocor, lepas tu
hose pada cooling sistem bocor menyebabkan kereta over heating. Terus head
gasket pulak bocor. Akhirnya sebab dah tak tahan dengar kekerapan rosak
ditambah pulak dengan kadar repair kereta yang gila mahal di sini, aku buat
keputusan kereta dah tak ekonomi untuk dibaiki. Aku buat iklan dalam internet
(macam mudah.my) untuk sapa-sapa yang berminat untuk jadikan spare part. Ada
sorang mamar Maldives berminat nak beli sebab dia mekanik. Nak pakai buat
second car. Ok lah, aku pun jual Holden aku tu pada dia. Sebab dah serik nak
pakai keta Jerman, aku beralih arah pada kereta Jepun pulak. Sekali lagi proses
mencari, meninjau di ruangan maya dan menelefon sana sini, akhirnya aku membeli
sebuah kereta Toyota Camry Altise tahun 2003. Alhamdulillah sampai sekarang
masih berkhidmat dengan baik.
Punca aku memilih Camry ialah
sebab masa kereta aku rosak dulu aku pernah menyewa kereta Toyota Camry untuk
perjalanan ke Canberra dan Sydney. Terasa sangat perbezaan dari segi enjin dan prestasi kereta. Walaupun kereta yang aku beli
tahun 2003 tapi sebenarnya enjinnya masih enjin yang sama dengan Camry yang
baru. Itu dah cukup meyakinkan aku bahawa enjinnya adalah enjin yang berkualiti
dan tahan lasak. Tapi ni pendapat aku je la.
Ketibaan isteri dan anak di entri
akan datang. Bersambung...
2 comments:
Boleh bayangkan bau aroma pokok ketika melalui kejiranan tersebut. Kereta Holden popular di Australia macam nasional car di sana.
Holden ni memang popular tapi dgr kata kilang Holden di sini pun dah kurangkan pekerja.
Post a Comment