Friday, April 18, 2014

Kembara ke negara orang Bah 4 - Hari Pertama Bekerja

HARI PERTAMA BEKERJA

Aku tiba di tempat baru lebih kurang jam 9.40 pagi dan disambut oleh staf di sana. Berdebor jugak rasanya ni. Aku dibawa ke tempat penginapan sementara sebelum aku berpindah masuk ke rumah sewa. Penginapan sementara ni macam asrama je. Sorang sebilik tapi berkongsi tandas. Jam 10 pagi aku dibawa berjumpa bos baru aku. Errr..nerves jugak jadinya. Tapi bos ni memang simple la. Jumpa pun kat tempat minum pagi je. Sembang-sembang sambil berkenalan. Ramai jugak staf yang ada pada masa tu. Tiba-tiba rasa macam diperhatikan pulak.


Selepas minum pagi, aku di bawa ke sekitar kawasan bangunan pejabat. Aku masih belum dapat kad akses, terpaksa pakai kad akses pelawat. Susah jugak nak masuk ke dalam bangunan ni. Selepas makan tengah hari, aku di beri taklimat berkenaan tempat kerja bersama-sama beberapa orang staf baru yang lain. Ada juga orang lain rupanya, ok la tu. Ingatkan taklimat ni sehari je, rupa-rupanya seminggu. Punyalah lama. Macam jenis taklimat termasuk keselamatan pekerjaan dan persekitaran, kebakaran, ancaman pengganas/penceroboh bersenjata (tak pernah ada taklimat macam ni di Malaysia), pengambilan alkohol yang berlebihan, tanda-tanda stress dan macam-macam lagi la. Ada yang menarik dan ada juga yang agak membosankan. Bukan tajuk yang bosan tapi gaya penyampaian yang kurang menarik.

Sesuatu yang menarik, waktu kerja di sini memang mengikut waktu. Masuk kerja jam 7.30 pagi, balik jam 4.15 petang. Aku pulak dah terbiasa kerja sampai lewat petang dan kadang-kadang sampai ke malam. Bila balik awal ni jadi macam pelik pulak.

Minggu pertama berlalu dengan pantas. Sedar-sedar dah pun hujung minggu. Rancangan aku pada minggu tersebut ialah car hunting. Kereta adalah satu keperluan apatah lagi untuk yang dah bekeluarga. Aku kena pastikan aku dah membeli kereta sebelum isteri dan anak aku sampai. Aku bercadang untuk menaiki train ke Moorabbin iaitu tempat yang terkenal dengan kedai kereta terpakai. Rasanya lebih daripada 10 kedai di kawasan tersebut. Belum sempat aku naik train, salah seorang rakan aku menelefon. Rupa-rupanya dia pun dalam perjalanan ke Moorabbin untuk tujuan yang sama. Dia datang bersama jiran barunya, orang Melayu Malaysia yang dah lama menetap di sini. Fuh, pucuk dicita, ulam mendatang. Senang sikit pergerakan bila ada orang tolong bawak.

Disebabkan had laju di sini hanya 50-60kmj sahaja, kami mengambil masa hampir 2 jam untuk tiba di Moorabbin. Sampai sahaja di kedai kereta, jadi rambang mata aku tengok harga pelbagai jenis kereta yang ada. Patutla ramai yang cadangkan pada aku untuk bawa pulang kereta ke Malaysia. Memang jauh lebih murah dan keadaan kereta pun sangat cantik walaupun kereta yang berusia lebih 5 tahun. Sempat juga aku berangan sambil duduk dalam kereta Honda Accord Euro Spec tahun 2008. Memang rasa macam nak beli je. He he.

Kami pusing-pusing beberapa sebelum balik. Aku tak beli, Cuma bertanya mengenai proses dan prosedur untuk membeli. Nasib baik  salesman di sini sporting. Tak beli pun dia layan juga. Payah jugak nak beli kereta dengan dokumen yang terhad ni. Apatah lagi kalau nak buat loan. Kalau beli cash senang sikit la.

Dalam perjalanan balik, kami singgah di bandar Melbourne. Diaorang bawak aku ke satu kedai runcit yang menjual barang-barang Asian. Banyak jugak barang dapur macam kicap, sos cili, sos tomato dan lain-lain dijual di sini. Siap ada tanda halal JAKIM lagi. Aku tak beli apa-apa sebab aku dah bawak berkotak-kotak dari Malaysia.  Lepas tu kami singgah kedai makan Indonesia, Es Teller 77 untuk makan tengah hari. Jarang aku makan makanan Indonesia ni, rasanya ni baru kali kedua atau ketiga kot.


Lepas makan, diaorang meneruskan perjalanan balik. Aku pulak pusing-pusing bandar sekejap sebelum balik ke tempat penginapan aku. Rasa sunyi pulak dok sorang-sorang di negara orang ni. Rindu isteri dan anak di Malaysia, hu hu.

Urusan pentadbiran diri di entri akan datang. Rumah baru. Yeay!....


0 comments:

Post a Comment