Tuesday, April 29, 2014

Sambutan ANZAC DAY di Australia

Sambutan ANZAC Day diadakan pada 25 April setiap tahun. ANZAC adalah singkatan kepada Australian and New Zealand Army Corps. Sambutan hari ANZAC disambut dengan penuh meriah di seluruh Australia. Tujuannya adalah bagi memperingati perjuangan anggota tentera gabungan Aust dan NZ ketika Peperangan Dunia Pertama khususnya pertempuran di Gallipoli, Turki.

Friday, April 25, 2014

Kembara ke negara orang Bah 5 - Rumah baru

URUSAN PENTADBIRAN DIRI

Semasa minggu kedua aku di bumi kangaru ni, aku dalam proses mendapatkan rumah sewa. Aku bernasib baik pihak syarikat sudah menguruskan berkenaan sewa rumah. Apa yang aku tahu, agak sukar untuk memohon rumah sewa di sini. Ada banyak syarat-syarat ketat yang perlu dipatuhi ditambah dengan borang permohonan yang berhelai-helai. Aku mendapat panggilan daripada pihak ejen rumah memaklumkan alamat rumah aku. Keesokkan harinya aku bertemu dengan pihak ejen di rumah tersebut untuk melihat dan membuat pemeriksaan. Jika aku berpuas hati dengan rumah tersebut, rumah tu akan jadi rumah sewa aku selama aku berada di sini. Sejujurnya, aku ni bukanlah jenis yang cerewet sangat. Tambahan pulak, rumah di sini dah memang cantik dan bersih sebelum penyewa baru masuk. Itulah guna ejen rumah tu.  Rumah yang aku dapat ialah rumah teres dalam satu kawasan perumahan yang agak tenang. Laluan depan rumah pun tak sibuk sebab jalan mati di hujung. Ok la, takde banyak kereta lalu lalang. Sambil meninjau dalam rumah, ejen tersebut memberi penerangan mengenai syarat-syarat dan macam-macam hal berkenaan rumah. Waktu untuk buang sampah (ada tiga tong sampah untuk sampah yang berbeza), penggunaan heater, elektrik dan gas, pemotongan rumput (tak boleh biar panjang), siram/basahkan rumput yang kering ketika musim panas (untuk mengelakkan kebakaran) dan lain-lain hal lagi.  Pemeriksaan oleh ejen rumah akan dibuat setahun sekali untuk memastikan keadaan rumah adalah baik dan seperti sedia ada.

Laluan masuk ke kawasan rumah. Gambar masa musim luruh.

Friday, April 18, 2014

Kembara ke negara orang Bah 4 - Hari Pertama Bekerja

HARI PERTAMA BEKERJA

Aku tiba di tempat baru lebih kurang jam 9.40 pagi dan disambut oleh staf di sana. Berdebor jugak rasanya ni. Aku dibawa ke tempat penginapan sementara sebelum aku berpindah masuk ke rumah sewa. Penginapan sementara ni macam asrama je. Sorang sebilik tapi berkongsi tandas. Jam 10 pagi aku dibawa berjumpa bos baru aku. Errr..nerves jugak jadinya. Tapi bos ni memang simple la. Jumpa pun kat tempat minum pagi je. Sembang-sembang sambil berkenalan. Ramai jugak staf yang ada pada masa tu. Tiba-tiba rasa macam diperhatikan pulak.

Sunday, April 6, 2014