Sunday, April 6, 2014
Friday, March 28, 2014
Kembara ke negara orang Bah 3 - Minggu Orientasi
MINGGU PENGENALAN (FAMILIARISATION WEEK)
Minggu pengenalan aku bermula
seawal pagi Isnin 14 Jan 13. Selepas sarapan, kami bergerak ke bilik taklimat
dan disambut oleh staf di sana. Taklimat pertama yang kami terima ialah
taklimat keselamatan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran dan
sebagainya. Kemudian kami di bawa melihat di sekitar kawasan tu. Tak besar
pun..ada dua bangunan 2 tingkat je. Kemudian kembali ke bilik taklimat untuk
sesi tadah telinga seterusnya. He he.
Sesi taklimat hari pertama selesai
jam 4.15 petang. Aku terus balik ke bilik penginapan dan tido. Rasa macam
melayang-layang lagi badan aku ni. Kawan-kawan aku yang lain pun ada yang tido,
ada yang menonton tv. Tak biasa lagi aku tengok tv di Australia ni. Rasa lain
pulak. Mungkin dah biasa tengok Astro kot. Malam tu takde aktiviti lain selain
online dan buat sedikit revision. Sebab esoknya kami ada ujian bahasa inggeris.
Wajib lulus ooo, kalau tak kena hantar balik. Pengsan!
Friday, March 21, 2014
Kembara ke negara orang Bah 2 - Bumi Melbourne
| Pandangan kawasan tanah kontang Australia dari udara |
Aku selamat mendarat di Tullamarine Airport, Melbourne pada jam 9.30 malam. Perasaan aku pada masa tu agak bercampur. Sebelum datang ke sini, aku dah dimaklumkan mengenai pemeriksaan imigresen dan kastam di sini yang agak ketat. Di dalam kapal terbang, borang incoming passengers card diedarkan dan perlu di isi oleh semua penumpang. Macam-macam benda dia tanya. Nasihat aku, jawaplah dengan jujur.
![]() |
| Incoming Passenger Card |
Disebabkan keadaan di balai ketibaan agak sesak dengan orang ramai, kami (aku dan rakan-rakan) mengambil masa yang agak lama untuk mencari pemandu yang akan menjemput dan membawa kami ke tempat penginapan. Selepas tiga kali aku ulang-alik kawasan tu barulah aku perasaan seorang mamat berdiri di tepi pintu keluar dengan memegang sign nama syarikat aku bekerja. Boleh pulak dia lepak kat tepi, penat aku pusing cari. Kami di bawa ke kawasan penginapan iaitu sebuah kondo 4 bilik. Memang ngam2 je la untuk kami berempat. Perjalanan ke tempat penginapan mengambil masa kira-kira 30 minit. Tak jauh sangat la dengan airport. Selama seminggu aku akan berada di sini bersama kawan-kawan yang lain untuk sesi penyesuaian dan pengenalan. Lebih kurang macam orientasi la. Memandangkan aku sampai di Melbourne pada hari Sabtu, esoknya ada satu hari untuk berjalan-jalan sebelum bermulanya minggu orientasi pada hari Isnin. Aku dan rakan-rakan mengambil peluang ni untuk ke bandar Melbourne. Tujuan utama ialah untuk membeli prepaid card untuk membuat panggilan ke Malaysia dan juga melihat bandar Melbourne CBD.
BANDAR MELBOURNE CBD
Dari tempat penginapan, kami menaiki train ke bandar Melbourne. Cuaca masih lagi sejuk pada pendapat aku. Kad myki diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan train, tram atau bas di sini. Nasib baik, mesin untuk membeli kad ni ada di train station. Myki juga boleh dibeli di 7 Eleven dengan bayaran AUD$6. Aku top up AUD$10 untuk perjalanan aku hari tu.
Aku sampai di Flinders Station lebih kurang jam 10 pagi. Masih belum ramai orang pagi tu. Sasaran pertama ialah prepaid sim card. Jumpa satu kedai yang jual sim card untuk international call. Ada banyak pilihan sebenarnya. Lebara, Lycamobile, Telstra dan macam-macam lagi. Selalunya tuan kedai yang jual ni bukan warga Australia tapi warga asing yang dah dapat PR. Aku memilih Lebara atas cadangan kawan-kawan kerana charge panggilan ke Malaysia yang murah. Peringatan! Tak semua prepaid card ni boleh buat pangilan ke Malaysia. Lebih baik pastikan dengan penjual sebelum beli. Dah dapat prepaid card, terus call isteri tersayang di Malaysia. Sejak sampai malam tadi, belum dapat menghantar khabar berita lagi. Rasanya line Celcom aku ni dah automatik roaming tapi tak nak pakai la. Kang kena charge mahal kang naya je. Lebih baik pakai prepaid ni je. Untunglah aku datang zaman teknologi tanpa sempadan. Kalau zaman 70an macam mana lah agaknye ye.
Kami menghabiskan masa dengan berjalan-jalan dan bergambar. Macam pelancong pulak jadinya. Teruja jugak sebab pertama kali sampai. Selalu tengok dalam tv je. Melbourne weh...jauh tu kalau nak datang saja-saja. Habis setiap ceruk jalan kami redah, habis semua benda aku amik gambar. Dah penat berjalan, akhirnya perut pun dah mula berdendang sayang. Jumpa satu kedai makanan Halal (bila aku cuba cari balik, sampai sekarang aku tak jumpa dah kedai ni). Masih tak biasa dengan makanan lain, perut melayu aku ni memilih nasi lemak ayam dengan harga AUD$10. Standard la harga tu untuk makanan di sini. Kami makan di bahagian luar sebab nak tengok-tengok pemandangan kononnya. Satu kejadian yang tak pernah berlaku di Malaysia. Tiba-tiba ada seekor anjing (dan tuannya) datang menghampiri sebatang pokok 3 langkah daripada tempat kami makan. Anjing tu dengan selambanya kencing kat pokok tu dan terus blah. Cis! Kurang ajor punya anjing. Tak nampak ke aku tengah makan ni. Aku telan jugak makanan sampai habis sebab lapar dan dah bayar mahal untuk nasi lemak tu.
Kami pulang ke tempat penginapan lewat petang. Di tempat penginapan tu ada disediakan makan. 3 kali sehari. Petang tu balik dari bandar semua dah malas nak makan. Mata pun macam mengantuk je. Aku terus balik bilik berehat.
Bersambung hari pertama di minggu orientasi...
Monday, March 17, 2014
Kembara ke negara orang - satu pengalaman baru.
Jarang sekali aku bercerita pasal kehidupan aku dalam blog ni. Rasanya macam takde sapa pun nak baca kisah hidup aku. Aku lebih suka bercerita pasal kehidupan secara umum. Tapi bila bro Asmar aka duniajam kata, catatan ni bukan sahaja untuk pembaca di luar sana tapi untuk kenangan kita dan mungkin anak cucu kita. Aku rasa betul jugak cakap dia tu.
Selain daripada gambar, catatan bertulis ni juga adalah satu catatan penting. Kalau kita tengok pada sejarah pun, catatan bertulis banyak merungkai misteri di sebalik sesuatu penemuan. Bila gambar digabungkan dengan catatan bertulis, hasilnya pasti lebih ummpph.
Aku mengembara ke negara kangaru atas urusan kerja. Majikanku menghantar aku ke sana untuk menimba ilmu dan mendapatkan pengalaman kerja dalam suasana yang berbeza. Agak mengejutkan buat aku yang tak pernah ke luar negara. Passport pun takde. Tiba-tiba kena pergi dan hidup selama 2 tahun....di Melbourne, Australia.
Labels:
australia,
bercuti,
berjalan-jalan,
down under,
imigresen,
kangaroo,
kangaru,
kembara,
koala,
melbourne,
santai,
sijil,
sijil kelakuan baik,
visa,
wisma putra
Tuesday, December 31, 2013
Tahun Baru 2014 dan Zakat
Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru 2014. Asal masuk tahun baru je mesti orang pikir pasal azam. Tiap-tiap tahun buat azam tapi tercapai ke tak...raj tahu la. Aku percaya ramai yang terlupa pasal satu perkara penting menjelang tahun baru iaitu Zakat. Apabila dah cukup setahun maka terdapat beberapa perkara yang perlu kita lakukan berkenaan dengan zakat.
Zakat ialah rukun Islam ketiga. Rasanya tu semua orang tau. Tapi ada orang yang masih kurang jelas dan ada yang tak tau jenis-jenis zakat selain zakat fitrah yang di bayar masa bulan Ramadhan tu.
Pengertian Dari Segi Bahasa
Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
Pengertian Dari Segi Syarak
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
Jenis-jenis zakat:
1. Zakat pendapatan
2. Zakat wang simpanan
3. Zakat KWSP
4. Zakat saham / pelaburan
5. Zakat emas dan perak
6. Zakat perniagaan
7. Zakat binatang ternakan
8. Zakat hasil pertanian
9. Zakat hasil laut
10. Zakat rikaz dan ma'din
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 267: “Wahai orang-orang yang beriman, Belanjakanlah (zakat) (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu"
Jadi, sempena tahun baru 2014 ni...jangan lupa tunaikan kewajipan anda untuk membayar zakat (jika cukup haul dan nisabnya). Wallahualam.
Klik sini utk kalkulator zakat. -- >> http://m.zakat.com.my/#ScreenKalkulator
Sumber:
http://www.e-zakat.com.my/info-zakat/pengertian-zakat/
http://www.maidam.gov.my/zakat/index.php/kutipan-zakat/jenis-jenis-zakat
http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Zakat
http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=13&j=3
Labels:
2014,
azam,
azam tahun baru,
jenis zakat,
jenis-jenis zakat,
tahun baru,
tahun baru 2014,
zakat
Monday, December 23, 2013
BR1M 2014 Datang Lagi
Salam sejahtera buat semua.
2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000-RM4,000. (RM450.00).
Sesiapa yang layak untuk memohon, jangan lupa untuk sediakan dokumen berikut:
BR1M 2014 telah di buka buat semua yang layak memohon bermula 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014. Syarat kelayakan untuk memohon BR1M adalah seperti berikut:
Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2014
1. Warganegara Malaysia.2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000-RM4,000. (RM450.00).
3. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah. (RM650.00).
4. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
5. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah. Tidak mempunyai tanggungan.
6. Pelajar IPT selaku Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014.
Sesiapa yang layak untuk memohon, jangan lupa untuk sediakan dokumen berikut:
1. Salinan MyKad bagi pemohon; dan
2. Salinan MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
• Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima sedia ada dan pemohon baru boleh melayari laman web LHDN dan mengisi borang BR1M 2014 secara online. Sila klik di sini -->>
https://ebr1m.hasil.gov.my
Subscribe to:
Posts (Atom)














