Friday, March 21, 2014

Kembara ke negara orang Bah 2 - Bumi Melbourne

Kembara ke bumi MelbourneBUMI MELBOURNE

Pandangan kawasan tanah kontang Australia dari udara

Perjalanan ke Melbourne mengambil masa lebih kurang 8 jam. Disebabkan flight aku pagi, aku bergerak awal ke KLIA. Seingat aku seawal jam 6.30 pagi. Aku lebih suka sampai awal dan rileks di KLIA daripada tergesa-gesa dan kelam kabut di airport. Semua ahli keluarga berkumpul di KLIA. 2 tahun aku akan berjauhan dengan sanak keluarga. Rasanya dua tahun jugak la aku tak balik. Lupa pula nak bagitau, selain aku ada 3 lagi rakan sekerja yang akan bersama-sama aku ke sana tapi kami akan bekerja di tempat yang berbeza-beza. Ok la sikit, takde la aku sorang-sorang bila dah sampai sana nanti.

Aku selamat mendarat di Tullamarine Airport, Melbourne pada jam 9.30 malam. Perasaan aku pada masa tu agak bercampur. Sebelum datang ke sini, aku dah dimaklumkan mengenai pemeriksaan imigresen dan kastam di sini yang agak ketat. Di dalam kapal terbang, borang incoming passengers card diedarkan dan perlu di isi oleh semua penumpang. Macam-macam benda dia tanya. Nasihat aku, jawaplah dengan jujur.

Incoming Passenger Card
Tiga kali aku di tahan untuk pemeriksaan kad yang aku isi dalam kapal terbang. Beberapa perkara yang aku declare di dalam borang tu ditanya untuk kepastian. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Cuaca di Melbourne pada ketika itu agak sejuk bagi aku yang baru menjejakkan kaki. Kalau tak silap suhu lebih kurang 18-20 darjah celcius.

Disebabkan keadaan di balai ketibaan agak sesak dengan orang ramai, kami (aku dan rakan-rakan) mengambil masa yang agak lama untuk mencari pemandu yang akan menjemput dan membawa kami ke tempat penginapan. Selepas tiga kali aku ulang-alik kawasan tu barulah aku perasaan seorang mamat berdiri di tepi pintu keluar dengan memegang sign nama syarikat aku bekerja. Boleh pulak dia lepak kat tepi, penat aku pusing cari. Kami di bawa ke kawasan penginapan iaitu sebuah kondo 4 bilik. Memang ngam2 je la untuk kami berempat. Perjalanan ke tempat penginapan mengambil masa kira-kira 30 minit. Tak jauh sangat la dengan airport. Selama seminggu aku akan berada di sini bersama kawan-kawan yang lain untuk sesi penyesuaian dan pengenalan. Lebih kurang macam orientasi la. Memandangkan aku sampai di Melbourne pada hari Sabtu, esoknya ada satu hari untuk berjalan-jalan sebelum bermulanya minggu orientasi pada hari Isnin. Aku dan rakan-rakan mengambil peluang ni untuk ke bandar Melbourne. Tujuan utama ialah untuk membeli prepaid card untuk membuat panggilan ke Malaysia dan juga melihat bandar Melbourne CBD.

BANDAR MELBOURNE CBD

Dari tempat penginapan, kami menaiki train ke bandar Melbourne. Cuaca masih lagi sejuk pada pendapat aku. Kad myki diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan train, tram atau bas di sini. Nasib baik, mesin untuk membeli kad ni ada di train station. Myki juga boleh dibeli di 7 Eleven dengan bayaran AUD$6. Aku top up AUD$10 untuk perjalanan aku hari tu.



Aku sampai di Flinders Station lebih kurang jam 10 pagi. Masih belum ramai orang pagi tu. Sasaran pertama ialah prepaid sim card. Jumpa satu kedai yang jual sim card untuk international call. Ada banyak pilihan sebenarnya. Lebara, Lycamobile, Telstra dan macam-macam lagi. Selalunya tuan kedai yang jual ni bukan warga Australia tapi warga asing yang dah dapat PR. Aku memilih Lebara atas cadangan kawan-kawan kerana charge panggilan ke Malaysia yang murah. Peringatan! Tak semua prepaid card ni boleh buat pangilan ke Malaysia. Lebih baik pastikan dengan penjual sebelum beli. Dah dapat prepaid card, terus call isteri tersayang di Malaysia. Sejak sampai malam tadi, belum dapat menghantar khabar berita lagi. Rasanya line Celcom aku ni dah automatik roaming tapi tak nak pakai la. Kang kena charge mahal kang naya je. Lebih baik pakai prepaid ni je. Untunglah aku datang zaman teknologi tanpa sempadan. Kalau zaman 70an macam mana lah agaknye ye.

Kami menghabiskan masa dengan berjalan-jalan dan bergambar. Macam pelancong pulak jadinya. Teruja jugak sebab pertama kali sampai. Selalu tengok dalam tv je. Melbourne weh...jauh tu kalau nak datang saja-saja. Habis setiap ceruk jalan kami redah, habis semua benda aku amik gambar. Dah penat berjalan, akhirnya perut pun dah mula berdendang sayang. Jumpa satu kedai makanan Halal (bila aku cuba cari balik, sampai sekarang aku tak jumpa dah kedai ni). Masih tak biasa dengan makanan lain, perut melayu aku ni memilih nasi lemak ayam dengan harga AUD$10. Standard la harga tu untuk makanan di sini. Kami makan di bahagian luar sebab nak tengok-tengok pemandangan kononnya. Satu kejadian yang tak pernah berlaku di Malaysia. Tiba-tiba ada seekor anjing (dan tuannya) datang menghampiri sebatang pokok 3 langkah daripada tempat kami makan. Anjing tu dengan selambanya kencing kat pokok tu dan terus blah. Cis! Kurang ajor punya anjing. Tak nampak ke aku tengah makan ni. Aku telan jugak makanan sampai habis sebab lapar dan dah bayar mahal untuk nasi lemak tu.



Kami pulang ke tempat penginapan lewat petang. Di tempat penginapan tu ada disediakan makan. 3 kali sehari. Petang tu balik dari bandar semua dah malas nak makan. Mata pun macam mengantuk je. Aku terus balik bilik berehat.

Bersambung hari pertama di minggu orientasi...

3 comments:

Kujie said...

Ini kembara bekerja ye...kalau 2 tahun tu

Ahmad Ijat said...

Ye Kak. 2 tahun mengembara mencari rezeki kat sini. InsyaAllah hjg tahun ni balik Malaysia.

Ammar Yasir said...

Bestnya dapat merantau ke negeri orang

Post a Comment