Sepanjang aku berada di bumi down under ni, aku berkesempatan untuk ke tempat salji beberapa kali. Biasalah orang melayu tak pernah tengok salji. Dapat peluang pergi dan pegang sendiri salji yang putih melepak tu, memang tak bagi 'can' la. Aku pergi 4 kali di 4 tempat yang berbeza. Yang bestnya setiap kali aku pergi, aku mengalami pengalaman yang berbeza.
Showing posts with label melbourne. Show all posts
Showing posts with label melbourne. Show all posts
Sunday, August 10, 2014
Tuesday, April 29, 2014
Sambutan ANZAC DAY di Australia
Sambutan ANZAC Day diadakan pada 25 April setiap tahun. ANZAC adalah singkatan kepada Australian and New Zealand Army Corps. Sambutan hari ANZAC disambut dengan penuh meriah di seluruh Australia. Tujuannya adalah bagi memperingati perjuangan anggota tentera gabungan Aust dan NZ ketika Peperangan Dunia Pertama khususnya pertempuran di Gallipoli, Turki.
Friday, April 25, 2014
Kembara ke negara orang Bah 5 - Rumah baru
URUSAN PENTADBIRAN DIRI
Semasa minggu kedua aku di
bumi kangaru ni, aku dalam
proses mendapatkan rumah sewa. Aku bernasib baik pihak syarikat sudah
menguruskan berkenaan sewa rumah. Apa yang aku tahu, agak sukar untuk memohon
rumah sewa di sini. Ada banyak syarat-syarat ketat yang perlu dipatuhi ditambah
dengan borang permohonan yang berhelai-helai. Aku mendapat panggilan daripada
pihak ejen rumah memaklumkan alamat rumah aku. Keesokkan harinya aku bertemu
dengan pihak ejen di rumah tersebut untuk melihat dan membuat pemeriksaan. Jika
aku berpuas hati dengan rumah tersebut, rumah tu akan jadi rumah sewa aku
selama aku berada di sini. Sejujurnya, aku ni bukanlah jenis yang cerewet
sangat. Tambahan pulak, rumah di sini dah memang cantik dan bersih sebelum
penyewa baru masuk. Itulah guna ejen rumah tu.
Rumah yang aku dapat ialah rumah teres dalam satu kawasan perumahan yang
agak tenang. Laluan depan rumah pun tak sibuk sebab jalan mati di hujung. Ok
la, takde banyak kereta lalu lalang. Sambil meninjau dalam rumah, ejen tersebut
memberi penerangan mengenai syarat-syarat dan macam-macam hal berkenaan rumah.
Waktu untuk buang sampah (ada tiga tong sampah untuk sampah yang berbeza),
penggunaan heater, elektrik dan gas, pemotongan rumput (tak boleh biar
panjang), siram/basahkan rumput yang kering ketika musim panas (untuk
mengelakkan kebakaran) dan lain-lain hal lagi.
Pemeriksaan oleh ejen rumah akan dibuat setahun sekali untuk memastikan
keadaan rumah adalah baik dan seperti sedia ada.
| Laluan masuk ke kawasan rumah. Gambar masa musim luruh. |
Friday, April 18, 2014
Kembara ke negara orang Bah 4 - Hari Pertama Bekerja
HARI PERTAMA BEKERJA
Aku tiba di tempat baru lebih
kurang jam 9.40 pagi dan disambut oleh staf di sana. Berdebor jugak rasanya ni.
Aku dibawa ke tempat penginapan sementara sebelum aku berpindah masuk ke rumah
sewa. Penginapan sementara ni macam asrama je. Sorang sebilik tapi berkongsi
tandas. Jam 10 pagi aku dibawa berjumpa bos baru aku. Errr..nerves jugak
jadinya. Tapi bos ni memang simple la. Jumpa pun kat tempat minum pagi je.
Sembang-sembang sambil berkenalan. Ramai jugak staf yang ada pada masa tu.
Tiba-tiba rasa macam diperhatikan pulak.
Friday, March 28, 2014
Kembara ke negara orang Bah 3 - Minggu Orientasi
MINGGU PENGENALAN (FAMILIARISATION WEEK)
Minggu pengenalan aku bermula
seawal pagi Isnin 14 Jan 13. Selepas sarapan, kami bergerak ke bilik taklimat
dan disambut oleh staf di sana. Taklimat pertama yang kami terima ialah
taklimat keselamatan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran dan
sebagainya. Kemudian kami di bawa melihat di sekitar kawasan tu. Tak besar
pun..ada dua bangunan 2 tingkat je. Kemudian kembali ke bilik taklimat untuk
sesi tadah telinga seterusnya. He he.
Sesi taklimat hari pertama selesai
jam 4.15 petang. Aku terus balik ke bilik penginapan dan tido. Rasa macam
melayang-layang lagi badan aku ni. Kawan-kawan aku yang lain pun ada yang tido,
ada yang menonton tv. Tak biasa lagi aku tengok tv di Australia ni. Rasa lain
pulak. Mungkin dah biasa tengok Astro kot. Malam tu takde aktiviti lain selain
online dan buat sedikit revision. Sebab esoknya kami ada ujian bahasa inggeris.
Wajib lulus ooo, kalau tak kena hantar balik. Pengsan!
Friday, March 21, 2014
Kembara ke negara orang Bah 2 - Bumi Melbourne
| Pandangan kawasan tanah kontang Australia dari udara |
Aku selamat mendarat di Tullamarine Airport, Melbourne pada jam 9.30 malam. Perasaan aku pada masa tu agak bercampur. Sebelum datang ke sini, aku dah dimaklumkan mengenai pemeriksaan imigresen dan kastam di sini yang agak ketat. Di dalam kapal terbang, borang incoming passengers card diedarkan dan perlu di isi oleh semua penumpang. Macam-macam benda dia tanya. Nasihat aku, jawaplah dengan jujur.
![]() |
| Incoming Passenger Card |
Disebabkan keadaan di balai ketibaan agak sesak dengan orang ramai, kami (aku dan rakan-rakan) mengambil masa yang agak lama untuk mencari pemandu yang akan menjemput dan membawa kami ke tempat penginapan. Selepas tiga kali aku ulang-alik kawasan tu barulah aku perasaan seorang mamat berdiri di tepi pintu keluar dengan memegang sign nama syarikat aku bekerja. Boleh pulak dia lepak kat tepi, penat aku pusing cari. Kami di bawa ke kawasan penginapan iaitu sebuah kondo 4 bilik. Memang ngam2 je la untuk kami berempat. Perjalanan ke tempat penginapan mengambil masa kira-kira 30 minit. Tak jauh sangat la dengan airport. Selama seminggu aku akan berada di sini bersama kawan-kawan yang lain untuk sesi penyesuaian dan pengenalan. Lebih kurang macam orientasi la. Memandangkan aku sampai di Melbourne pada hari Sabtu, esoknya ada satu hari untuk berjalan-jalan sebelum bermulanya minggu orientasi pada hari Isnin. Aku dan rakan-rakan mengambil peluang ni untuk ke bandar Melbourne. Tujuan utama ialah untuk membeli prepaid card untuk membuat panggilan ke Malaysia dan juga melihat bandar Melbourne CBD.
BANDAR MELBOURNE CBD
Dari tempat penginapan, kami menaiki train ke bandar Melbourne. Cuaca masih lagi sejuk pada pendapat aku. Kad myki diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan train, tram atau bas di sini. Nasib baik, mesin untuk membeli kad ni ada di train station. Myki juga boleh dibeli di 7 Eleven dengan bayaran AUD$6. Aku top up AUD$10 untuk perjalanan aku hari tu.
Aku sampai di Flinders Station lebih kurang jam 10 pagi. Masih belum ramai orang pagi tu. Sasaran pertama ialah prepaid sim card. Jumpa satu kedai yang jual sim card untuk international call. Ada banyak pilihan sebenarnya. Lebara, Lycamobile, Telstra dan macam-macam lagi. Selalunya tuan kedai yang jual ni bukan warga Australia tapi warga asing yang dah dapat PR. Aku memilih Lebara atas cadangan kawan-kawan kerana charge panggilan ke Malaysia yang murah. Peringatan! Tak semua prepaid card ni boleh buat pangilan ke Malaysia. Lebih baik pastikan dengan penjual sebelum beli. Dah dapat prepaid card, terus call isteri tersayang di Malaysia. Sejak sampai malam tadi, belum dapat menghantar khabar berita lagi. Rasanya line Celcom aku ni dah automatik roaming tapi tak nak pakai la. Kang kena charge mahal kang naya je. Lebih baik pakai prepaid ni je. Untunglah aku datang zaman teknologi tanpa sempadan. Kalau zaman 70an macam mana lah agaknye ye.
Kami menghabiskan masa dengan berjalan-jalan dan bergambar. Macam pelancong pulak jadinya. Teruja jugak sebab pertama kali sampai. Selalu tengok dalam tv je. Melbourne weh...jauh tu kalau nak datang saja-saja. Habis setiap ceruk jalan kami redah, habis semua benda aku amik gambar. Dah penat berjalan, akhirnya perut pun dah mula berdendang sayang. Jumpa satu kedai makanan Halal (bila aku cuba cari balik, sampai sekarang aku tak jumpa dah kedai ni). Masih tak biasa dengan makanan lain, perut melayu aku ni memilih nasi lemak ayam dengan harga AUD$10. Standard la harga tu untuk makanan di sini. Kami makan di bahagian luar sebab nak tengok-tengok pemandangan kononnya. Satu kejadian yang tak pernah berlaku di Malaysia. Tiba-tiba ada seekor anjing (dan tuannya) datang menghampiri sebatang pokok 3 langkah daripada tempat kami makan. Anjing tu dengan selambanya kencing kat pokok tu dan terus blah. Cis! Kurang ajor punya anjing. Tak nampak ke aku tengah makan ni. Aku telan jugak makanan sampai habis sebab lapar dan dah bayar mahal untuk nasi lemak tu.
Kami pulang ke tempat penginapan lewat petang. Di tempat penginapan tu ada disediakan makan. 3 kali sehari. Petang tu balik dari bandar semua dah malas nak makan. Mata pun macam mengantuk je. Aku terus balik bilik berehat.
Bersambung hari pertama di minggu orientasi...
Monday, March 17, 2014
Kembara ke negara orang - satu pengalaman baru.
Jarang sekali aku bercerita pasal kehidupan aku dalam blog ni. Rasanya macam takde sapa pun nak baca kisah hidup aku. Aku lebih suka bercerita pasal kehidupan secara umum. Tapi bila bro Asmar aka duniajam kata, catatan ni bukan sahaja untuk pembaca di luar sana tapi untuk kenangan kita dan mungkin anak cucu kita. Aku rasa betul jugak cakap dia tu.
Selain daripada gambar, catatan bertulis ni juga adalah satu catatan penting. Kalau kita tengok pada sejarah pun, catatan bertulis banyak merungkai misteri di sebalik sesuatu penemuan. Bila gambar digabungkan dengan catatan bertulis, hasilnya pasti lebih ummpph.
Aku mengembara ke negara kangaru atas urusan kerja. Majikanku menghantar aku ke sana untuk menimba ilmu dan mendapatkan pengalaman kerja dalam suasana yang berbeza. Agak mengejutkan buat aku yang tak pernah ke luar negara. Passport pun takde. Tiba-tiba kena pergi dan hidup selama 2 tahun....di Melbourne, Australia.
Labels:
australia,
bercuti,
berjalan-jalan,
down under,
imigresen,
kangaroo,
kangaru,
kembara,
koala,
melbourne,
santai,
sijil,
sijil kelakuan baik,
visa,
wisma putra
Subscribe to:
Posts (Atom)











