Monday, March 17, 2014

Kembara ke negara orang - satu pengalaman baru.

Kembara ke negara Australia
Jarang sekali aku bercerita pasal kehidupan aku dalam blog ni. Rasanya macam takde sapa pun nak baca kisah hidup aku. Aku lebih suka bercerita pasal kehidupan secara umum. Tapi bila bro Asmar aka duniajam kata, catatan ni bukan sahaja untuk pembaca di luar sana tapi untuk kenangan kita dan mungkin anak cucu kita. Aku rasa betul jugak cakap dia tu.



Selain daripada gambar, catatan bertulis ni juga adalah satu catatan penting. Kalau kita tengok pada sejarah pun, catatan bertulis banyak merungkai misteri di sebalik sesuatu penemuan. Bila gambar digabungkan dengan catatan bertulis, hasilnya pasti lebih ummpph.

Aku mengembara ke negara kangaru atas urusan kerja. Majikanku menghantar aku ke sana untuk menimba ilmu dan mendapatkan pengalaman kerja dalam suasana yang berbeza. Agak mengejutkan buat aku yang tak pernah ke luar negara. Passport pun takde. Tiba-tiba kena pergi dan hidup selama 2 tahun....di Melbourne, Australia.

PERSIAPAN AWAL

Cabaran awal bermula sekitar Sep 12 bila aku mendapat pengesahan daripada bos untuk ke Australia. Aku akan ke sana bersama keluarga pada bulan Jan 13. Maknanya aku ada masa lebih kurang 5 bulan untk buat persiapan. Masa tu macam-macam benda bermain dalam kepala aku. Mana nak letak barang-barang rumah, kereta dan segala macam benda lagi. Rumah sewa perlu dikosongkan. Pening jugak. Alhamdulillah, mak mentua dan kakak ipar sudi membantu menumpangkan barang-barang. Kalau tak, ada jugak aku jual semua benda kat mudah.my. Haha. Ada juga beberapa barangan elektrik yang aku jual kepada kawan-kawan. Aku jual sebab 2 tahun tu satu tempoh yang lama. Kalau aku simpan pun belum tentu boleh pakai bila aku balik nanti. Daripada rosak tak pakai, baik la jual pada kawan-kawan yang nak.

Dokumentasi di Pesuruhjaya Tinggi Australia pun bermula. Disebabkan aku datang untuk berkerja, visa aku tak sama macam orang datang bercuti. Banyak pulak prosedurnya. Perkara yang perlu aku selesaikan untuk permohonan visa ialah buat passport untuk aku, isteri dan anak, pemeriksaan kesihatan dan membuat permohonan sijil kelakuan baik. Pemeriksaan kesihatan hanya boleh dibuat di Gleneagles Hospital, Jalan Ampang. Rm700++ jugak la untuk tiga orang. Lepas tu pegi ke Wisma Putra di Putrajaya untuk permohonan sijil kelakuan baik. Aku pun tak pasti la apa jenis sijil ni. Dah keperluannya macam tu, layankan je. Sijil ni pulak tak dapat serta merta. Kena datang balik lepas dua minggu kalau tak silap aku. Urusan untuk buat passport pula kalau tak silap aku mengambil masa setengah hari. Selepas 5-6 kali aku berulang alik ke Pesuruhjaya Tinggi Australia, akhirnya selesai jugak urusan permohonan visa aku. Kena pulak RM1,700++ untuk visa. Semua perbelanjaan pakai duit sendiri dulu, nanti baru claim. Nasib baik aku ada duit simpanan.



Sepanjang aku menguruskan permohonan visa, aku masih berkerja macam biasa. Urusan dokumentasi dengan pihak majikan pun kena buat jugak. Yelah, aku pergi 2 tahun, mesti la kena ada orang ganti tempat aku tu. Pada masa yang sama, aku dan isteri mula packing barang masuk dalam kotak. Aku terpaksa pecahkan kepada dua. Kotak barang-barang yang nak disimpan dan kotak yang nak di bawa ke sana. Semua urusan ni berlaku sepanjang 4 bulan, hinggalah bulan Dis.

Awal Jan 13, pihak shipping company datang untuk angkut barang. Total kotak aku bawak ke Australia...25 kotak. Separuh daripada kotak tu adalah bahan makanan. Sejarah dalam hidup aku, pertama kali aku beli barang di Mydin sampai 4 troli penuh. Walaupun orang kata di Australia banyak kedai yang menjual barang runcit, tapi aku bawak jugak stok untuk setahun. Australia agak tegas berkenaan barang makanan yang hendak di bawa masuk. Sesiapa yang nak datang ke Australia, pastikan baca syarat-syarat berkenaan barang makanan dan barang-barang lain yang boleh dibawa. Boleh baca di sini http://www.customs.gov.au/

Selepas selesai urusan visa dan barang-barang, barulah rasa lega sikit. 4 bulan tu rasa macam lama, tapi sebenar sekejap je. Persiapan seterusnya ialah membeli pakaian yang bersesuaian. Suhu di Melbourne agak sejuk berbanding tempat lain. Orang kata Melbourne ada 4 musim dalam satu hari. Boleh jadi panas di waktu pagi, kemudian tiba-tiba suhu menurun dan sejuk di waktu petang. Disebabkan Jan adalah musim panas di Australia, aku hanya membeli beberapa helai baju dan jaket untuk kegunaan sebulan yang pertama di sana. Selebihnya aku akan beli di sana, Senang sikit, tak perlu la aku nak angkut semua baju dari Malaysia. Beberapa hari sebelum berlepas, segala persiapan aku termasuk dokumen-dokumen yang perlu di bawa aku dah siapkan. Aku akan pergi dulu. Isteri dan anak akan bergerak sebulan selepas tu. 3-4 kali jugak la aku check dokumen yang nak dibawa, takut ada yang tertinggal. Aku nak pergi bukan sehari dua.

12 Jan 13, jam 1030 pagi....aku berlepas ke Melbourne, Australia dengan penerbangan MH129. Aku ceritakan pengalaman kali pertama menjejak kaki di bumi Down Under pada entri akan datang. Bersambung.....

6 comments:

Ieta Mat Saad said...

tergelak baca sijil kelakuan baik tu. ish, saya suka la baca kisah ni. sy nk masukkan dlm senarai bloglist sy ye? sy tunggu kisah selanjutnya. o ya, trm kasih. sekurg2nya ni ilmu juga buat sy. mn tau 1 day nk ke over sea, dah ada knowledge. thanks a lot again...

Ahmad Ijat said...

Tulah tujuannya. Untuk kongsi pengalaman. Mungkin berguna pada org lain satu hari nanti. :)

Hairul Azni said...

Menarik bro..kisah perjalanan macam ni memang menarik untuk dibaca..saya tunggu untuk sambungan kisah seterusnya pengalaman bro di negara orang..teruskan menulis bro!

Ahmad Ijat said...

Terima kasih bro Hairul. Saya cuba sampaikan yang terbaik. Tak pandai sgt nak menulis ni. :)

FAIZAL KAMARULZAMAN said...

besnya dpt gi australia.....aku x tahu la bila leh gi sana

Ahmad Ijat said...

Alhamdulillah. Rezeki bro. Tak sangka terpilih. :)

Post a Comment