Sunday, August 10, 2014

Pengalaman bermain salji di Australia




Sepanjang aku berada di bumi down under ni, aku berkesempatan untuk ke tempat salji beberapa kali. Biasalah orang melayu tak pernah tengok salji. Dapat peluang pergi dan pegang sendiri salji yang putih melepak tu, memang tak bagi 'can' la. Aku pergi 4 kali di 4 tempat yang berbeza. Yang bestnya setiap kali aku pergi, aku mengalami pengalaman yang berbeza.

Mount Baw Baw

Tempat pertama yang aku pergi pada musim sejuk tahun lepas (2013). Mount Baw Baw ni terletak kira-kira 150 km daripada Melbourne. Boleh pergi balik hari la. Aku pergi lepas raya. Kira agak2 hujung winter dah masa tu. Pertama kali nak pegi tempat salji ni memang agak cuak sikit la. Tiga empat hari sebelum pergi tu aku sibuk membaca semua tips yang pakcik gugle boleh bagi pada aku sebagai persiapan. Selain persiapan dari segi pakaian, kenderaan juga kena dipersiapkan dengan rantai tayar (snow chain). Rantai perlu dipasang jika salji turun lebat. Aku tak sempat beli, terpaksa la sewa.

Mt Baw Baw agak panas masa aku sampai. Matahari memancor je. Menjelang tengah hari, dah boleh nampak  salji cair. Tapi seronok sebab boleh la main-main dgn salji dan main toboggan.

Lake Mountain

Aku pergi Lake Mountain hari pertama puasa tahun 2014. Aku pergi sebab masa tu teringin sgt nak rasa snowfall. Tahun sebelum tu tak dapat. Bila tengok ramalan cuaca dan suhu, hari tu suhu -1 dan mungkin akan turun salji di kawasan Lake Mountain. Jadi, aku pun buat keputusan dgn org rumah nak redah jgk walaupun puasa.

Mungkin dah rezeki aku kot, sampai je dekat gate Lake Mountain, staf bgtau salji tgh turun. Kena pakai rantai pada tayar. Nasib baik aku dah beli dan teringat nak bawak. Pening jugak masa mula-mula nak pasang chain ni. Lepas pasang, kelajuan kereta dlm 20-30km sejam je. Mula-mula tu takde nampak salji. Hujan macam biasa je. Lagi 10km nak sampai puncak, baru nampak salji turun. Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah. Memang cantik bila tgk salji yg putih mcm kapas tu melayang-layang je jatuh atas cermin kereta aku. Terus excited, kelam kabut amik gambar dan video. Melayu dari kampung tak pernah tgk salji, sekali dapat memang excited la.

Falls Creek

Aku pergi Falls Creek 4 hari lepas raya. Macam yg aku bgtau dlm post sebelum ni, tahun ni aku plan nak beraya di tempat salji. Aku gerak agak lewat. Sbb plan asalnya nak main-main dgn salji je. Tambah pulak aku pergi waktu keje, jd aku agak memang tak ramai org. Cuaca agak berkabus masa aku sampai. Tp masalah masa tu angin pulak kuat sgt. Hampir 70kmj kelajuan angin. Bergoyang-goyang kereta aku kat tempat parking. Sempat jugak la aku main toboggan dgn angin kuat tu.

Mount Hotham

Satu lagi tempat menarik untuk main salji. Aku pegi sehari selepas ke Falls Creek. Mt Hotham dan Falls Creek di daripada banjaran yg sama, cuma berlainan puncak je. Suhu pada pagi tu sgt sejuk. Lebih sejuk dpd hari sebelumnya. Jalan nak ke Mt Hotham ni dikenali sebagai laluan Great Alpine Road (GAR). Puncak Mt Hotham berada di tengah-tengah laluan GAR ni. Lagi 22 km nak sampai puncak, aku dah salji turun. Lepas entrance gate, dah kena pasang chain. Pengalaman baru bagi aku, sepanjang hampir 15km ke puncak...aku meredah salji yg turun. Dah tak nampak jalan masa tu. Putih je. Aku hanya berpandukan tiang oren yg dipacak di sepanjang tebing jalan. Memang agak menakutkan la masa tu. Alhamdulillah, aku selamat naik dan turun dr Mt Hotham. Tp sayang sekali, salji yg lebat menggagalkan plan asal nak main tobonggan. Last2, kami jalan2 sekitar Hotham Central cari sourvenir sambil minum hot chocolate. 



Tu lah pengalaman aku dengan salji. 4 kali pergi, 4 pengalaman yg berbeza. Yg pertama cuaca panas, yg kedua salji turun, yg ketiga angin kencang dan yg keempat salji lebat sampai tak nampak jalan. Syukur pada Allah swt kerana memberi peluang pada aku dan keluarga melalui pengalaman yg sangat berharga ni.

6 comments:

Admin said...

wah bestnya....

AJ said...

Wahh bestnya..teringat pengalaman pertama bermaian salji di scotland

Ahmad Ijat said...

Tok Puteh: Mula-mula memang best. Lepas tu sejuukkkk.. :)

Ahmad Ijat said...

Eyriqazz: Scotland lagi best dan sejuk kot. Jauh di utara tu.

Erinejack said...

Salam
Bole tau agak2 time bile snowfall?ingat nk pegi next year..

syazwan mustafa said...

Salam tuan ahmad ijat. Mohon jasa baik tuan berkongsi pengalaman membawa anak dan sekolah di sana. Insyallah saya akan ke sana. Atau bagai mana saya menghubungi tuan bagi bertanya pertanyaa.

Post a Comment