Saturday, March 19, 2011

Fenomena 'Super Moon'

Mungkin ada yang tak sedar iaitu pada hari Sabtu ni (19 Mac 2011) satu kejadian yang dipanggil fenomena 'Supermoon' akan berlaku di Bumi .

APA ITU SUPERMOON?

Supermoon adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.

BERAPA JARAK BULAN DAN BUMI PADA FENOMENA SUPERMOON?

Bulan akan berada lebih dekat dengan bumi iaitu 356,577 kilometer berbanding jarak purata adalah 384,403 kilometer pada waktu waktu biasa. Jadi bulan berada 27,826 kilometer lebih dekat dengan bumi dan daya tarikan graviti bulan akan memberi kesan kepada pergerakan di bumi. Kita sedia maklum tentang kejadian pasang surut air laut berpunca dari graviti bulan dan kedudukan yang lebih dekat ini dikhuatiri akan menyebabkan air laut meningkat ke tahap yang lebih serius dan mengundang tsunami.

KAITAN DENGAN BENCANA ALAM

Fenomena ini diramalkan akan mengundang bermacam macam malapetaka dan bencana dibumi. Tetapi hanya Allah yang menentukan segala galanya. Di bawah ini adalah sedikit maklumat mengenai fenemona ini.

Supermoon, Syzygy & Adi Bulan
Walaupun pada dasarnya saya boleh memahami sedikit-sebanyak fenomena ini tetapi baru kali ini mengetahui bahawa supermoon, syzygy atau adi bulan merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada fenomena berkenaan.

Supermoon adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.

Syzygy pula adalah istilah yang paling kerap digunakan oleh ahli astronomi bagi menggambarkan kedudukan objek dalam sistem suria, terutamanya yang melibatkan penyelarasan atau penjajaran tiga atau lebih objek dalam sistem suria (dengan kata lain objek berada dalam satu garis lurus).

Istilah adi bulan (bahasa Melayu) juga turut digunakan bagi menggambarkan fenomena tersebut.

Adakah Supermoon/Syzygy adalah fenomena biasa?
Ia adalah fenomena alam yang jarang berlaku, tetapi tidak juga boleh dianggap luar biasa kerana keadaan itu boleh diramal berdasarkan pergerakan bulan dan bumi. Fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Pada tahun ini (2011), ahli astronomi meramalkan ia akan berlaku sekali lagi, iaitu pada 19 Mac.

Adakah fenomena ini bakal menyebabkan bencana alam?
Semasa fenomena ini berlaku kedudukan bulan akan berada terlalu hampir dengan bumi, iaitu pada kedudukan 356,577 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa. Richard Nolle (seorang ahli astrologi yang mengendalikan laman astropro.com), menggelarnya sebagai “supermoon ekstrim”. Menurut ramalan beliau, pada ketika itu berkemungkinan badai besar (tsunami), gempa bumi, letusan gunung berapi, air pasang besar dan bencana alam lain akan berlaku. Sama seperti Tsunami yang melanda Aceh (Indonesia) pada 26 Disember 2004 berlaku lebih kurang 2 minggu sebelum fenomena supermoon pada Januari 2005.

Video penerangan mengenai fenomena Super Moon.




Sumber 1
Sumber 2

0 comments:

Post a Comment