Friday, July 26, 2013

Perang Badar tanggal 17 Ramadhan

Salam Sejahtera buat semua.

Ni aku copy balik daripada blog aku yang lama (yang aku dah lupa password, huhu). Aku copy dan post balik sebab aku rasa entry bagus untuk kita jadikan iktibar di bulan Ramadhan ni.
Perang Badar
17 Ramadhan adalah tarikh keramat perjuangan umat Islam mempertahankan agama Islam yang suci. Pada tarikh ini lah berlakunya Peperangan Badar. Bayangkan bagaimana keadaan tentera Islam pada ketika itu yang berjumlah 313 orang, berperang menentang tentera kafir Quraisy yang berjumlah 1000 orang dalam keadaan berpuasa. Rasanya semua dah tahu apa keputusan dalam peperangan tersebut tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimana Perang Badar bermula.
Kisahnya bermula apabila Rasulullah SAW membawa tenteranya seramai 313 orang untuk menghalang perjalanan kafilah Quraisy yang berjumlah 1000 orang termasuk tentera upahan. Pada masa itu, rombongan kafir Quraisy dipimpin oleh Abu Sufyan. Khafilah Abu Sufyan dilengkapi dengan 100 ekor unta, tenteranya lengkap berbaju besi dan bilangan unta yang sangat banyak. Sementara tentera Islam pula mempunyai 2 ekor kuda, 70 ekor unta dan hanya bersenjatakan pelepah tamar,cangkul,batang kayu dan batu.
Walaupun serba kekurangan, tentera Islam tetap berpegangn teguh kepada ajaran agama dan yakin dengan perancangan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW telah menghantar 2 orang dengan kuda sebagai pasukan meninjau bagi mengetahui di mana kedudukan tentera kafir Quraisy. Maklumat yang diperolehi membolehkan Rasulullah SAW dan para sahabat membuat perancangan. Perancangan awalnya ialah untuk menduduki Bukit Badar sebagai medan pertempuran. Namun, seorang sahabat telah mencadangkan agar dipindahkan kea rah selatan yang mempunyai sumber air. Di sinilah kunci kemenangan Rasulullah SAW apabila tentera Islam menguasai punca air dan memutuskan punca air yang lain. Dengan ini tentera kafir Quraisy akan menjadi lemah kerana ketiadaan air.
Oleh kerana jumlah tentera kafir Quraisy jauh lebih besar berbanding tentera Islam, Rasulullah SAW telah berdoa kepada Allah SWT. Dalam doanya baginda berkata: “Ya Allah, jika Engkau binasakan pasukan ini (Islam) Engkau tak akan disembah lagi  dimuka bumi ini. Ya Allah penuhilah janjimu kepadaku. Ya Allah, berikanlah pertolonganmu”.

Kesudahannya cerita rasanya semua orang dah tahu. Tentera Islam mendapat kemenangan pertama di dalam pertempuran pertama mereka. Selain daripada kebijaksanaan Rasulullah SAW dalam taktik peperangan, keimanan dan ketakwaan tentera Islam yang tidak gentar dengan jumlah tentera kafir yang ramai telah membantu dalam kemenangan ini. Disebabakn keimanan mereka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah member bantuan kepada tentera Islam. Wahyu diturunkan ketika peperangan hendak bermula: ”Hai, Nabi! Kerahkanlah orang-orang Mu’min itu bertempur! Dua puluh orang Mu’min yang sabar, akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh dan seratus orang (Mu’min yang sabar) akan dapat mengalahkan seribu orang-orang kafir, kerana orang-orang kafir itu tidak mempunyai dasar yang teguh.”
Semoga kita mendapat pengajaran dan iktibar di bulan Ramadhan ini.


Monday, July 15, 2013

No Pendaftaran Baru Kuala Lumpur

Sapa-sapa yang masih belum tahu, JPJ dah pun keluarkan kenyataan media bulan Mei yang lepas berkenaan no pendaftaran kenderaan yang baru bagi Wilayah Kuala Lumpur.

Ni lah senarai no pendaftaran kenderaan yang baru. Nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web rasmi JPJ.



Sunday, July 14, 2013

Harga Murah Proton Saga SV

Betul ke harga murah Proton Saga SV ni?
Harga tawaran RM33,438 otr untuk sebuah sedan 1.3L memang menarik. Tag line Proton pulak kata bayaran serendah RM250.00 sebulan, tapi macam tak logik pulak harga bayaran tu.Harga Murah Proton Saga SV
Rupanya bayaran tu cuma untuk tahun pertama je. Lepas setahun bayaran bulanan dah jadi harga lain. Tujuan Proton memperkenalkan konsep bayaran macam ni adalah untuk menjadikan harga murah Proton Saga SV sebuah kereta yang mampu milik.
Jadi tepuk dada tanya poket berbaloi ke tak nak beli. Kalau korang rasa harga murah kereta Proton Saga SV berbaloi dan sesuai untuk korang, bolehlah ke Proton Edar berdekatan untuk test drive. Jangan lupa test drive pulak.

p/s: Kalau nak beli, carilah loan Islamik. Jauhilah diri daripada riba.

Tuesday, July 9, 2013

Ibadah Puasa Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia.

Kejutan Oh! Media

Ntah macam mana la geng Oh! Media ni boleh jumpa blog aku yang lama ni. Aku sendiri pun dah tak ingat aku ada blog wordpress. Haha.

Tips beli kereta tu dah lama aku tulis. Tulis pun berdasarkan pengalaman aku beli kereta.

Terima kasih kepada Oh! Media sebab telah mempopularkan blog aku tu. Terus kawan-kawan tahu aku ada blog.