Friday, March 28, 2014

Kembara ke negara orang Bah 3 - Minggu Orientasi

MINGGU PENGENALAN (FAMILIARISATION WEEK)

Minggu pengenalan aku bermula seawal pagi Isnin 14 Jan 13. Selepas sarapan, kami bergerak ke bilik taklimat dan disambut oleh staf di sana. Taklimat pertama yang kami terima ialah taklimat keselamatan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya. Kemudian kami di bawa melihat di sekitar kawasan tu. Tak besar pun..ada dua bangunan 2 tingkat je. Kemudian kembali ke bilik taklimat untuk sesi tadah telinga seterusnya. He he.

Sesi taklimat hari pertama selesai jam 4.15 petang. Aku terus balik ke bilik penginapan dan tido. Rasa macam melayang-layang lagi badan aku ni. Kawan-kawan aku yang lain pun ada yang tido, ada yang menonton tv. Tak biasa lagi aku tengok tv di Australia ni. Rasa lain pulak. Mungkin dah biasa tengok Astro kot. Malam tu takde aktiviti lain selain online dan buat sedikit revision. Sebab esoknya kami ada ujian bahasa inggeris. Wajib lulus ooo, kalau tak kena hantar balik. Pengsan! 


Ujian bahasa inggeris diadakan pada waktu pagi. Sebenar sebelum datang dulu aku dah lulus ujian ni. Sekadar prosedur biasa diaorg akan test sekali selepas dah sampai sini. Ujian terbahagi kepada 4 jenis iaitu mendengar, menulis, membaca dan bercakap. Macam ujian lisan kat sekolah pulak. Ujian di sini pada pendapat aku lebih susah dan lebij tricky berbanding di Malaysia. Alhamdulillah, aku lulus semua ujian. Di sebelah petang selepas makan tengah hari, kami diberi beberapa taklimat pengenalan mengenai negara Australia.  So, dikesempatan ni, biar aku cerita sikit mengenai negara Australia.

Perbandingan keluasan negara Australia dan Malaysia

Negara Australia mempunyai keluasan hampir 7.7 juta km persegi. Kalau angkat negara Australia ni letak kat Malaysia, tanah Australia ni akan tutup Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Kemboja, Burma, Filipina dan Singapura. Tulah keluasan negara Australia. Besar tak? Tetapi populasi penduduk Austalia hampir sama (atau mungkin kurang) dengan Malaysia iaitu hanya lebih kurang 24 juta penduduk. Negara Australia mempunyai 6 negeri dan 2 wilayah persekutuan. Negeri-negerinya ialah Victoria (VIC), New South Wales (NSW), Queensland (QLD), South Australia (SA), Tasmania (TAS) dan Western Australia (WA). Manakala dua wilayah ialah Australian Capital Territory (ACT) dan Northern Territory (NT). Ibu negeri pula ialah Melbourne (VIC), Sydney (NSW), Brisbane (QLD), Perth (SA), Hobart (TAS), Adelaide (WA), Canberra (ACT dan Darwin (NT). Mesti korang pening kan? Hahaha, aku pun pening jugak dulu. Mati-mati aku ingat Melbourne tu negeri. Rupanya ibu negeri. Buta geografi betul la aku ni.

Banyak jugak info yang aku dapat daripada taklimat ni. Sepanjang minggu ni taklimat banyak berkisar kepada negara Australia terutama sejarah dan budaya hidup masyarakat di sini. Tujuannya untuk kami memahami budaya masyarakat setempat dan memudahkan kami bergaul dengan mereka nanti. Yalah, cara hidup diaorang lain dengan kita. Rupanya keadaan cuaca di Australia berbeza dari satu negeri dengan satu negeri yang lain. Tempat paling sejuk ialah VIC (khususnya Melbourne) dan TAS. Tak kira musim, cuaca di Melbourne boleh menurun jadi sejuk. Mungkin sebab lokasinya agak ke selatan kot. Negeri di sebelah utara seperti QLD dan NT mempunyai cuaca yang panas dan kering, hampir menyamai cuaca di Malaysia. Aku pernah berjumpa dengan seorang staf yang lahir dan membesar di Darwin. Dia pun tak tahan dan tak suka cuaca sejuk Melbourne terutama bila musim sejuk. Ingat orang Malaysia je tak tahan sejuk. J

Kami berpisah pada pagi Isnin, 21 Jan 13 dan menuju ke tempat kerja masing-masing menaiki kenderaan syarikat. Merasa aku naik MPV Mercedes. Ntah model apa ntah. Ala-ala Alphard besarnya. Aku yang paling dekat. Hanya 30km dari situ. Paling jauh, beribu kilometer jauhnya sampai kena naik kapal terbang. Bersambung kisah hari pertama aku di tempat kerja....

1 comments:

Unknown said...

wohaaa...bestnya dpt kembara negara org.....

Post a Comment