Sunday, September 22, 2013

Minyak oh Minyak (Edisi Penjimatan)


Salam sejahtera buat semua.

Masih lagi berkisarkan mengenai kenaikan harga minyak Ron95, Ron97 dan diesel. Takde apa lagi yang boleh rakyat jelata macam aku buat. Harga minyak dah pun naik. Bagi aku, daripada kita dok mengeluh dan salahkan orang lebih baik la kita fikir macam nak atasi masalah peningkatan jumlah perbelanjaan ni.

Kenaikan harga minyak bukan saja meningkatkan perbelanjaan minyak kenderaan tapi juga kemungkinan kenaikan harga barang yang juga memberi kesan pada perbelanjaan kita.

Aku dah mula merangka beberapa tindakan untuk mengurangkan perbelajaan rumah bagi mengimbangi kesan langsung kenaikan harga minyak ni.( pergh, ayat apa aku pakai ni).

1. Amalan penjimatan elektrik dan air. Sebelum ni dah memang jimat tapi rasanya boleh dijimatkan lagi. Nasib baik aku tak pakai penghawa dingin. Kalau tak lagi byk la bil letrik aku.

2. Aku akan mula belajar senggara sendiri kereta aku. Sekurang-kurangnya dapatla jimat duit upah service di kedai. Dapat minor services pun dah kira ok la untuk permulaan.

3. Amalkan pemanduan yang berhemah. Cthnya, bawak dengan kelajuan tetap dan bawah 100kmj untuk jimatkan petrol.

4. Pastikan ada simpanan kecemasan sekurang-kurangnya 20%-30% daripada gaji. Kalau harga minyak naik lagi seleps ni takde la aku terkejut sangat sebab dah ada backup duit simpanan kecemasan ni.

5. Mula melabur untuk gandakan duit yang ada. Tapi bukan pelaburan haram ye. Boleh tengok entry aku pasal emas dan perak. Aku memang tgh mengkaji potensi pelaburan emas dan perak ni.

Aku rasa tu je tindakan penjimatan yang aku boleh buat untuk mengatasi isu kenaikan harga minyak dan kemungkinan  harga barang. Kalau ada yg lain nanti aku update list ni. Sama-samalah kita berjimat cermat.

p/s: Senyap je sekarang ni pasal kenaikan harga minyak. Semua dah dapat terima hakikat rasanya.

Tuesday, September 10, 2013

Friday, September 6, 2013

Minyak oh Minyak (Edisi Minyak Naik Harga)

Bila orang kecoh pasal harga petrol Ron95, Ron97 dan diesel naik..tiba-tiba aku teringat lagu ni. Jom layan.

Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan

Wajah kita sama
Beza pada gaya
Itu pilihan masing-masing yang empunya
Mungkin pada usia
Rasa yang berbeza
Yang penting kita saling hormat menghormati
Panduan

Kita tak dapat bersama
Namun kita juga manusia
Kita punya rasa cinta
Masing-masing punya harga

Mahu apa lagi
Akan aku korbankan
Selagi ada hayatku di kandung badan
Oh terima kasih
Kerana balasan
Semoga sejahteralah hidup semua


Wednesday, September 4, 2013

Sunday, September 1, 2013

Kisah Emas dan Perak


Salam Sejahtera buat semua.

Dua tiga hari ni aku jadi berminat pulak nak mendalami ilmu pelaburan emas dan perak. Dah lama dah nak tahu lebih lanjut pasal pelaburan emas dan perak ni tapi baru dua tiga hari ni je ada masa senggang membaca dengan lebih lanjut.

Untung ke buat pelaburan dalam emas dan perak ni? Pada aku sama saja dengan mana-mana pelaburan yang ada. Setiap pelaburan mesti ada risiko untung rugi (hanya ASB je yang menjamin pelaburan tanpa risiko). Itu lah asas utama dalam pelaburan. Cuma dalam konteks emas dan perak ni, sebagai umat Islam kita kena lebih berhati-hati. Tersilap cara pelaburan yang halal boleh jadi haram. Jadi sebelum melabur, aku nasihatkan buat la kajian dan sedikit rujukan bab hukum hakam membeli dan melabur dalam emas dan perak. Secara peribadi, aku suka merujuk dengan Ustaz Zaharuddin untuk perkara melibatkan muamalat ni sebab dia memang pakar dalam bidang ni.


Bercakap pasal pelaburan emas dan perak ni, aku yakin ramai yang akan lebih cenderung kepada pelaburan emas. Aku pun dulu lebih berminat dengan pelaburan emas. Memang tak dinafikan pelaburan emas boleh memberi keuntungan kepada kita kalau kita tahu teknik yang betul dalam pelaburan. Tetapi rupa-rupanya pelaburan perak juga mempunyai potensi yang sama dengan emas. Paling menarik minat aku ialah, harga perak adalah jauh lebih murah berbanding harga emas. Sejauh mana? Hampir 50 kali ganda lebih murah. Pergh, jauh tu. Maknanya kalau harga emas RM1,500, harga perak ialah RM30 (nilai hanyalah sebagai contoh). Dari segi pulangan pulak, kenaikan harga emas dan perak hampir sama. Malah, kadang-kadang kenaikan harga perak adalah lebih tinggi berbanding emas. Bagi aku, inilah peluang untuk aku melabur dengan modal yang sedikit.

Sebagai contoh semasa pos ini ditulis, harga 100gm emas ialah RM15,743.00 manakala harga 100gm perak ialah RM310.00. Aku takde duit sebanyak RM15 ribu tapi rasa aku mampu untuk beli dengan nilai RM318.00 tu. Boleh rujuk harga emas dan perak di sini. http://www.kitco.com/

Baru-baru ni aku terjumpa satu ebook yang ditulis oleh pelabur perak ‘underground’. Underground sebab 3 tahun lepas dia melabur dalam perak secara diam-diam semasa orang lain melabur dalam emas. Hasilnya sangat mengejutkan. Dia terkejut, orang lain lagi la terkejut. Tak sangka pelaburan perak boleh memberi pulangan yang lumayan. Beliau ialah saudara Ikram Adi.

Di dalam ebook Panduan Pelaburan Silver, beliau ada menceritakan teknik yang betul, selamat dan menguntungkan dengan risiko yang paling minima. Tak dinafikan sekarang ni tak ramai yang boleh bercerita teknik pelaburan perak. Mungkin sebab tak ramai yang fokus dalam perak kot, hehe. Jadi, memang bagusla saudara Ikram Adi sudi berkongsi rahsia yang beliau gunakan. Walaupun ebook yang beliau tulis ni perlu dibeli, pada aku inilah harga untk mendapat satu ilmu. Mana boleh nak dapat free je, betul tak? Aku rasa tak rugi melabur sedikit duit untuk dapatkan rahsia dan ilmu daripada otai yang dah berjaya menjana keuntungan. Kalau korang berminat, boleh beli ebook Panduan Pelaburan Silver beliau. Selain ebook, beliau juga mengadakan seminar khas untuk sesiapa yang berminat. Aku berhajat nak pergi seminar tu satu hari nanti. InsyaAllah.