Tuesday, July 30, 2013

Tips Shopping Online

Sekarang ni ramai yang suka shopping online sebab ianya lebih mudah. Tak perlu nak membuang masa naik kereta, sangkut dalam traffic jem, nak cari parking dan sebagainya.

Tapi kita harus berhati-hati bila shopping online ni. Tak semua penjual online jujur dan amanah. Ada juga sebilangan kecilnya yang berniat hendak menipu dan mengaut keuntungan dengan cara menipu. Untuk korang yang baru nak mula bershopping online, di sini aku sediakan beberapa tips supaya selamat duit korang dari tertipu. 

1. Pertama-tama sekali pastikan penjual tersebut mempunyai no pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tak kisah la sama ada korang beli di website, blog atau facebook, penjual yang berdaftar dengan SSM menunjukkan kredibilitinya sebagai penjual yang serius untuk menjual. Kalau berlaku penipuan sekalipun, kita boleh dapatkan rekod penjual tersebut dan laporkan kepada Tribunal Pengguna. Kalau dia takda SSM tak semestinya dia nak menipu, Cuma korang kena lebih berhati-hati dengan penjual yang tak berdaftar dengan SSM.

 

2. Baca dengan teliti sebarang polisi oleh penjual. Sesetengah penjual meletakkan polisi tertentu untuk proses pembayaran, refund dan cara penghantaran barang.

 

3. Tentukan harga yang tertera adalah harga barang termasuk kos penghantaran atau hanya harga barang. Kos penghantarana akan dimasukkan kemudian. Pengguna mungkin boleh tertipu dengan harga barang yang murah berbanding harga pasaran tetapi perlu membayar harga kos penghantaran yang tinggi.

 

4. Pastikan korang tahu barang yang korang nak beli tu. Kalau tak pasti, email/call/sms/whatsapp penjual dan tanya sampai korang puas hati. Kadang-kadang ada penjual yang menjual barang Gred AAA, ada yang jual barang reject kilang dan lain-lain.

 

5. Kalau barang tu tersangat murah berbanding harga pasaran, siasat dulu kenapa ianya murah. Jangan cepat teruja dengan harga yang murah. Mungkin penjual sengaja letak harga murah untuk memancing pembeli. Bila dah bayar, habuk pun tarak. Selalu kes ni terjadi pada pembeli gajet elektronik seperti smartphone, tablet, mp3 dan lain-lain.

 

6. Confirmkan dengan penjual harga barang termasuk kos penghantaran dan barang yang korang nak tu betul. Ada juga kes pembeli online mendapat barang yang tidak sama seperti diminta. Kadang-kadang terdapat penjual yang meletakkan polisi “kami berhak menukarkan barang yang lain tetapi pada harga yang sama jika barang yang di minta tiada dalam stok”. Jadi, penting untuk korang confirm betul-betul dengan penjual (dan jangan lupa baca polisi seperti yang dinyatakan di para 2).

 

7. Pastikan korang simpan semua rekod pembelian dan pembayaran. Kalau korang bayar melalui mesin deposit, simpan slip deposit tu. Kalau melaui online, print atau save as bukti pembayaran yang telah korang buat. Ini penting untuk rujukan dan bahan bukti jika berlaku sebarang masalah kemudian hari.

 

Sepanjang aku bergiat dalam bidang membeli barang di internet ni, inilah antara langkah-langkah yang aku buat. Orang nak menipu ni ada banyak cara. No SSM tu pun boleh dipalsukan (pakai photoshop pun dah ok dah). Jadi berhati-hatilah semasa bershopping online.