Wednesday, June 13, 2012

Juara Euro 2012 Milik Sepanyol?

Euro 2012 telah pun bermula dengan perlawanan pertama melibatkan pasukan Poland menetang pasukan Greece. Setelah beberapa hari, AI tengok banyak keputusan upset dan diluar jangkaan. Paling mengejutkan AI bila pasukan Denmark menang 1-0 dengan Belanda. Siapa sangka Denmark akan menang.
Untuk Euro 2012, AI pilih pasukan Harimau Muda A Sepanyol sebagai pasukan pilihan untuk menjadi johan. Walaupun Sepanyol seri pada perlawanan pertama menentang Itali, AI yakin Spain akan memang perlawanan seterusnya. Kenapa pilih Span? Sebab AI suka cara permainan pasukan Spain. Hantaran pendek yang tepat serta pergerakan lincah di kawasan hadapan petak penalti pasukan lawan memang menarik untuk ditonton. Kadang-kadang tu rasa macam pasukan Barcelona pulak yang main, hehe. AI memang peminat Barcelona (selain Man Utd utl BPL).
Senarai pemain Sepanyol untuk kempen Euro 2012 adalah seperti berikut:
Penjaga Gol : Iker Casillas (Real Madrid), Victor Valdes (Barcelona), Pepe Reina (Liverpool);

Pertahanan: Jordi Alba (Valencia), Raul Albiol, Alvaro Arbeloa, Sergio Ramos (Real Madrid), Juanfran (Atletico Madrid), Gerard Pique (Barcelona), Javi Martinez (Athletic Bilbao);

Tengah: Xavi, Andres Iniesta, Sergio Busquets, Cesc Fabregas (Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), David Silva (Manchester City), Santi Cazorla (Villarreal), Jesus Navas (Sevilla), Juan Mata (Chelsea);

Penyerang: Fernando Llorente (Athletic Bilbao), Fernando Torres (Chelsea), Alvaro Negredo (Sevilla), Pedro (Barcelona)
p/s: Bila la Fernando Torres nak dpt balik sentuhan dia?? Kena mandi bunga mamat ni.. 

Post ni adalah sebahagian daripada entri untuk contest Juara Euro 2012 Pilihan Lelaki Kacak anjuran Denaihati. Selain utk memeriahkan kehangatan Euro 2012, manelah tahu kot2 boleh menag hadiah. :)


Wednesday, June 6, 2012

Tuesday, June 5, 2012

Shinji Kagawa Milik Manchester United

Manchester United telah bersetuju dalam perjanjian untuk menandatangani Shinji Kagawa dari Borussia Dortmund dengan kontrak bernilai 17 juta pound. Kagawa akan menjadi pemain pertama yang menandatangani kontrak sebagai pemain Manchester Uniter bagi musim panas tahun ini oleh Sir Alex Ferguson dalam usaha untuk menyaingi saingan jiran mereka. Rio Ferdinand dalam laman sosial twitter berkata: 
'Welcome to Shinji Kagawa for his transfer to Man Utd. Heres to a succesful time here bro!'
Perjanjian itu adalah tertakluk kepada laporan perubatan pemain serta permit kerja UK. Syarat-syarat ini dijangka dapat diselesaikan menjelang akhir bulan Jun. Maklumat lanjut akan diumumkan oleh pihak pengurusan Manchester United dalam masa terdekat.

Sedikit mengenai latar belakang Kagawa. Beliau mula bermain bola sepak sejak sekolah rendah. Beliau menyertai Kelab Bolasepak Kobe NK dari 1999 hingga 2001 dan Miyagi FC Barcelona di Sendai dari 2001 hingga 2005.  Kelab Cerezo Osaka telah mengesan bakat beliau dan telah menandatangani kontrak ketika beliau berusia 17 tahun. Beliau merupakan pemain pertama di Jepun yang menandatangani kontrak profesional sebelum menamatkan pengajian sekolah tinggi. Pada tahun 2007, beliau menjadi pemain tetap bagi pasukan tersebut tetapi kelab itu terlepas peluang untuk naik ke Divisyen 1 Liga J. Menjelang pertengahan 2010, seorang pemain yang telah bersara iaitu Thomas Kroth telah melihat bakat Kagawa dan akhirnya mengendalikan pemindahan beliau ke Borussia Dortmund.

Selepas Park Ji Sung dari Korea Selatan, pemain dari Jepun pulak telah berjaya menjadi pemain Manchester United. Mungkin ada yang menganggap ini satu pelaburan perniagaan dari segi komersial, tapi AI percaya pelaburan Sir Alex pasti tidak menghampakan seperti mana yang ditunjukkan oleh Park JS. Kita tengok saja lah nanti kelibat Kagawa di Old Trafford. Agak2 apela no jersi Kagawa ni ye?? Hhhmmmm...

P/s: Kalau Denaihati cerita pasal Arsenal, AI plak nak cerita pasal Man Utd, boleh kan? :)

http://www.manutd.com
http://www.dailymail.co.uk
http://en.wikipedia.org

ahmadijat.blogspot.com @ copyright 2012 | shinji kagawa

Friday, June 1, 2012

Golongan Yang Mendapat Doa Para Malaikat

Salam Sejahtera Buat Semua,

Alangkah beruntungnya kita kalau kita didoakan oleh para Malaikat. Ada 11 golongan manusia yang akan didoakan oleh para Malaikat. AI dapat masa pergi kuliah agama di masjid berdekatan rumah AI. Jadi hari ni AI kongsikan dengan semua.

1.  Orang yang menunggu solat dalam keaadaan bersuci di masjid.
2.  Orang yang berada di saf hadapan ketika solat berjamaah.
3.  Orang yang menyambungkan saf.
4.  Orang yang mengucapkan 'Amin' ketika imam selesai membaca Al-Fatihah.
Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia akan di ampuni dosanya yang masa lalu" (Hadis Riwayat Bukhari  dari Abu Hurairah r.a., Sahih Bukhari no. 782)
5.  Orang yang duduk di tempar solat setelah melakukan solat.
6.  Orang yang solat Subuh dan Asar berjemaah.
7.  Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
8.  Orang yang membelanjakan hartanya  ke jalan Allah (infak).
9.  Orang yang sedang makan sahur.
10. Orang yang menziarahi orang yang sakit.
11. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Ada penjelasan terhadap setiap golongan ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, tanyalah uztaz atau alim ulama berdekatan rumah anda. :)