Thursday, January 20, 2011

Haram Hukumnya

MENGAMBIL DUIT SYILING YANG BERTERABUR
Petikan daripada Utusan Malaysia:-
Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harrussani Zakaria menegaskan, duit tersebut haram diambil serta digunakan kerana ia mempunyai pemilik dan ia wajib dikembalikan semula.

''Sepatutnya sebagai umat Islam, kita perlu menunjukkan kebaikan kita dengan membantu mengutip duit tersebut dan kemudian menyerahkannya kepada pemilik atau syarikat terbabit.

''Kita tidak boleh mencari rezeki secara haram kerana jelas duit itu bukan hak mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan orang ramai yang sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput di Kilometer 243 susur keluar Pedas semalam.

Sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik setelah dirempuh kereta BMW.

Katanya, meskipun kebiasaannya wang yang dibawa melalui kenderaan oleh mana-mana syarikat telah sedia diinsurankan, itu bukan bermakna orang ramai bebas mengambilnya apabila berlaku sesuatu kemalangan.

''Tidak kira ada insurans atau tidak, ia tetap haram diambil tanpa kebenaran pemiliknya," jelas beliau.

Dalam hal ini, Harussani berkata, hukum mengambil barangan yang bertaburan akibat kemalangan jalan raya tidak boleh disamakan dengan hukum 'luqatah' atau barangan tercicir kerana pihak berkenaan mengetahui siapa pemiliknya.

''Luqatah adalah barangan yang kita tidak tahu siapa pemiliknya, malah kalau berjumpa barangan luqatah sekali pun kita mesti berusaha mencari pemiliknya terlebih dahulu," katanya.

Dalam pada itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut (gambar) ketika dihubungi berkata, orang ramai hendaklah membantu kemalangan tersebut dan memulangkan kembali wang syiling bukannya mengambil kesempatan daripada insiden tersebut.

"Dalam negara Islam, perkara tersebut sepatutnya tidak berlaku dan ia adalah memalukan. Umpama kita tidak ada hukum," katanya.


Tak paham la dgn manusia sekarang ni..rakyat Malaysia mcm dah hilang rasa tanggungjawab sosial (social responsibilty)..patutnya org yg kemalangan tu dibantu dulu..tp sebaliknya,duit yg berterabur tu pulak yg dikejar. Mungkin ni lah tandanya ekonomi rakyat Malaysia dah makin teruk. Pantang nampak peluang dapat duit, terus sapu, Halal haram, belakang cerita.

Kepada yang terambil, terkutip tu pulangkanlah kpd pemiliknya. Bak kata mufti kita, haram hukumnya bagi umat Islam menggunakan duit tu. Amal Makruf Nahi Mungkar. Wallahualam.


Bermasalah hutang kad kredit??Ketahui teknik efektif guna kad kredit
di sini >> KAD KREDIT

0 comments:

Post a Comment