Thursday, September 23, 2010

Nicol David Lakar Sejarah

Nicol bersama piala Kejohanan Dunia. Kemenangan ke-5 beliau.

Ratu Skuasy negara dan pemain no 1 dunia, Nicol David telah melakar kejayaan bersejarah dengan menyamai rekod Sarah Fitz-Gerald untuk menjuarai Kejohanan Dunia sebanyak 5 kali. Nicol telah mengalahkan pilihan keempat, Omneya Abdel Kawy dalam straight game 11-5, 11-8, 11-6 dalam final yang berlangsung di Sharm El Sheikh, Mesir.

Kejayaan Nicol secara tak langsung mengharumkan nama Malaysia di serata dunia. Warga Malaysia khususnya atlet sukan negara kita perlu manjadikan kejayaan Nicol sebagai inspirasi untuk memajukan diri. Bukan senang nak jadi pemain no 1 dunia, apatah lagi nak cipta sejarah menang 5 kali dalam Kejohanan Dunia. Nampak macam best je tgk Nicol menang setiap kejohanan, tp penat lelah dan pengorbanan dia dalam latihan hanya dia dan jurulatihnya saja yang tahu. Tahniah buat Datuk Nicol Ann David kerana kejayaan bergelar juara dunia 5 kali.

Berita daripada laman rasmi World Squash.


Malaysia’s Nicol David captured her fifth World Open title with another commanding performance as she beat local favourite Omneya Abdel Kawy in straight games in the final.

The petite Malaysian superstar coninued the form she has shown throughout the tournament, looking supremly calm and confident, stroking the ball to all four corners and accelerating when necessary.

Kawy couldn’t get a foothold in the match until the second game which she led 3-0 and 6-3, but David was unruffled, and didn’t so much step it up as tighten it up – it was still the same controlled, unhurried game, but she looked less and less likely to lose a point.

The third was soon effectively decided with David taking leads of 3-1 and 7-2 before closing out the match.

So after 30 minutes David takes a record-equalling fifth World Open title, cruised through the tournament without dropping a game, and looks even more dominant than she has been for the last four year – worrying indeed for the rest, but what a gift she is for Malaysia.

“My focus was strong throughout the tournament, ” she said after the match. “I really wanted this. I didn’t want to let it slip.”


Sumber:

http://www.sohosquareworldopen.com/2010/?p=1530


Friday, September 17, 2010

High Definition Multimedia Interface - HDMI


Hari ni aku nak cerita sikit pasal High Definition Multimedia Interface (HDMI). Apa benda HDMI ni? Kalau nak tahu, HDMI ni satu antaramuka (interface) atau penyambung yang banyak diguna di tv baru (LCD,LED atau plasma). Kalau tv lama yang kotak besar tu, susah la nak jumpa port HDMI ni sebab benda ni adalah dalam format digital. Macam gambar kat bawah ni.

nampak tak port HDMI tu?

Kalau korang nak tahu, pengasas kepada HDMI ni ialah Hitachi, Matsushita Electric Industrial (Panasonic/National/Quasar), Philips, Silicon Image, Sony, Thomson (RCA) dan Toshiba. Pembangunan teknologi HDMI ni bermula pada tahun 2002 lagi. Tujuannya adalah untuk menghasilkan penyambung AV (AV connector) yang compatible dengan antaramuka DVI (Digital Video Interface). Dulu mula-mulanya tv yang canggih-canggih ni atau dikenali sebagai High Definition TV (HDTV) pakai format DVI-HDCP dan DVI-HDTV. HDMI ni dicipta untuk meningkatkan keupayaan yang ada pada DVI-HDTV dengan penyambung (connector) yang lebih kecil dan berkeupayaan lebih tinggi. Pada tahun 2004, HDMI telah mula dijual dan digunakan dengan meluas di seluruh dunia dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga PC Magazine telah menganugerahkan HDMI anugerah “Technical Excellence Award” dalam kategori Home Theater. Selebihnya korang baca la sendiri kat bawah ni. Tapi bahasa tu tak dapat nak dialihkan. Susah nak alih bahasa teknologi ni. Lagi pening nak baca. Selamat membaca ye..

HDMI (High-Definition Multimedia Interface) is a compact audio/video interface for transmitting uncompressed digital data. It represents a digital alternative to consumer analog standards, such as radio frequency (RF) coaxial cable, composite video, S-Video, SCART, component video, D-Terminal, or VGA. HDMI connects digital audio/video sources—such as set-top boxes, upconvert DVD players, HD DVD players, Blu-ray Disc players, AVCHD camcorders, personal computers (PCs), video game consoles such as the PlayStation 3, Xbox 360, and AV receivers—to compatible digital audio devices, computer monitors, and digital televisions.


HDMI has quickly become the standard for connecting consumer electronic devices together and was pioneered by a group of companies including Sony, Philips, Hitachi and Matsushita. HDMI supports standard, enhanced, or high-definition video as well as multi-channel digital audio on a single industry standard cable. HDMI is capable of carrying any type of compressed audio data such as Dolby or DTS. HDMI can transmit all HDTV standards and supports 8 channel digital audio and up to 5Gbps (Giga bits per second ) bandwidth.


What video types does HDMI support?

The HDMI standard can support exisiting high definition video formats of 720p, 1080i and 1080p.
It also has the potential to support enhanced definition formats such as 480p as well as the more common formats such as PAL and NTSC.


What video formats are supported?

720p is the resolution of 1280x720 pixels. The p stands for progressive format.

1080i is the resolution of 1920x1080 pixels. The i stands for interlaced format.

1080p is the resolution of 1920x1080 pixels.

480p is the resolution of 640x480 pixels with an aspect ratio of 4:3.


What cables does HDMI support?

A standard Type-A HDMI connector has 19 pins. A Type-B definition also exists which has 29 pins and is targeted at carrying expanded digital signals for video resolutions greater than 1080p.


Is HDMI backwardly compatible with DVI?

Importantly the Type A HDMI connector is backwardly compatible with the existing DVI video input that is used on most modern PC video cards.





Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/HDMI
http://www.whatishdmi.com/

Wednesday, September 15, 2010

Hari Ulangtahun Angkatan Tentera Malaysia


SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE 77
KEPADA SELURUH WARGA
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA.

TENTERA BENTENG
PERTAHANAN NEGARA!!!




Hari Malaysia


16 September telah pun diisytiharkan sebagai Hari Malaysia. Banyak sebab kenapa tarikh ini dipilih. Antaranya ialah tarikh tersebut iaitu pada 16 September 1963 adalah tarikh Malaysia ditubuhkan (dahulu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu) dan juga kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura (menarik diri pada tahun 1965) menjadi sebuah negara bernama Malaysia. Penggabungan tersebut menyebabkan penduduk Malaysia menjadi penduduk berbilang bangsa iaitu Melayu, Cina, India serta penduduk Sabah dan Sarawak. Jadi, sempena Hari Malaysia ni aku nak cerita sikit pasal keunikan yang ada antara kita berbilang kaum. Paling mendapat perhatian (selain macam2 jenis makanan) pastinya pakaian serta tarian setiap kaum. Di sini aku senaraikan serba sedikit pakaian tradisional dan tarian kaum2 yang ada di Malaysia. Kalau ada yang tersilap fakta tu...harap dimaafkan ye.


PAKAIAN


Melayu
Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang. Walau bagaimanapun, setiap negeri mempunyai keunikan dan perbezaan dalam pakaiannya.


Cina

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak.


India

Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata. Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.


Sarawak

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak “Bumi Kenyalang” ini terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pada pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian tradisional bagi lelaki Melayu. baju ini dipadankan dengan samping songket tenunan Sarawak. Wanita Melayu pula memakai Baju Kurung dan kain sarung songket serta tudung kerengkam. Lelaki Melanau pula memakai baju satin hitam yang digandingkan dengan samping broked dan hiasan kepala kopiah Jawa. Wanitanya memakai Bajau Baban lengan lebar berwarna hitam dan kain songket Sarawak serta hiasan diri dari emas dan perak juga.


Sabah

Busana tradisional “negeri di bawah bayu” ini menggambarkan kekayaan hasil tangan seperti tenunan bersulam ‘linangkit’ dan kreativiti manik dan labuci serta pelbagai hiasan seperti hiasan kepala ‘sarempak’, hiasan leher ‘mandapun’, penutup kuku ‘keku’, tali pinggang berserta pending ‘ingkot pangkat’ juga selendang. Bagaimanapun, suku kaum berbeza yang tinggal di kawasan yang berdekatan lazimnya memakai pakaian tradisional yang serupa. Antara perhiasan yang paling menarik termasuklah topi anyaman wanita Kadazan-Dusun, dastar kaum Bajau, dan tengkolok suku kaum Lotud yang menandakan jumlah isteri lelaki yang memakainya. Kemahiran menghias pakaian dan cara berpakaian yang kemas dan cantik menjadikan koleksi pakaian negeri Sabah hebat, unik dan amat menarik perhatian.


Baba Nyonya

Pendatang Cina yang berkahwin dengan penduduk Melayu selalunya memakai pakaian kebaya yang anggun. Baju buatan tangan ini memerlukan kepakaran bagi menyulam corak-corak yang kelihatan seakan-akan renda yang halus. Hiasan utama baju kebaya adalah sulaman tebuk lubang di mana garisan corak motif bunga di jahit manakala bahagian tengah dasar kain yang tidak terjahit pula ditebuk. Ini menghasilkan hiasan yang seakan-akan renda yang halus, yang dikenakan pada bahagian leher, lengan, hujung blaus serta dua bucu segitiga di bahagian depan baju yang dikenali sebagai lapik.


TARIAN


Zapin
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.


Tarian Dabus

Tarian ini berasal dari negeri Perak dan dipercayai mula dimainkan di negeri Perak sejak 300 tahun yang lalu. Ada beberapa pendapat yang mempertikaikan kemasukkan senitari dabus ke bumi Perak. Satu pendapat mengatakan dabus dipercayai dibawa masuk terus ke Perak oleh Ahmad Mahyuddin yang berasal dari Parsi (Baghdad) sekitar tahun 1785. Pendapat kedua mengatakan permainan dabus telah di bawa ke Indonesia melalui Pasai di Aceh sebelum dikembangkan ke Pasir Panjang, Perak oleh Nakhoda Lembang yang berguru daripada saudagar Fakir Muhammad dari India. Satu lagi pendapat mengatakan Ahmad Mahyuddin telah bertemu dengan Nakhoda Lembang pada tahun 1785 dan telah bersama-sama memperkembangkan kesenia dabus ke Perak di Pasir Panjang seawal tahun 1700.Tarian ini mula berkembang di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Lumut, dan juga di Sungai Nipah Baroh serta Sungai Balai Baroh, Teluk Intan, Perak.


Mak Yong Melayu

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.


Kuda Kepang

Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.


Joget
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.


Tarian Lilin

Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan.


Tarian Singa

Tarian Singa (bahasa Cina: pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian – sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.


Tarian Naga

Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi mempertunjukkan persembahan yang penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat.


India Bharata Natyam

Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.


Bhangra
Banghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya Banghra adalah sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini ianya memainkan peranan dalam pelbagai sambutan kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan dan sambutan Tahun Baru. Tarian ini lazimnya adalah berdasarkan tema-tema romantis, di mana nyanyian serta tarian yang diiringi paluan dholo, iaitu sejenis gendang bermuka dua, menjadikan tarian Banghra sangat menghiburkan.


Sumazau
Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlalan serta pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang terbang.


Ngajat
Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.


Datun Julud

Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di Sarawak. Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran. Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai. Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh seorang penari wanita, menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan sayap burung suci tersebut.


Tarian Buluh

Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali. Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas. Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa tersepit.


Orang Asli

Tarian Orang Asli Semenanjung Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan kerohanian mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh pawang dalam upacara menghubungi dunia roh. Tarian tersebut termasuklah tarian Genggulang kaum Mah Meri, tarian Berjerom kaum Jah-Hut, serta Sewang oleh kaum Semai dan Temiar.


Farapeira
Farapeira adalah sebuah tarian masyarakat Portugis yang pantas dan seringkali diiringi alat muzik seperti gitar dan tamborin. Tarian ini persembahkan oleh pasangan penari yang memakai pakaian tradisional Portugis.


Branyo
Tarian Branyo, yang lebih perlahan dan bersopan daripada tarian Farapeira, lebih diminati warga Portugis yang sudah berumur. Penari lelaki yang berpakaian ala koboi dan penari perempuan yang berpakaian baju kebaya tradisional dengan sarong batik, menari dengan perlahan mengikut rentak gendang serta biola.



Memang Malaysia penuh warna-warni dan ceria. Sama-samalah kita berdoa agar negara kita terus maju dalam keadaan aman dan damai. Amin.

Sumber:

http://kebudayaan.kpkk.gov.my

http://www.tourism.gov.my

http://www.arkib.gov.my

http://ms.wikipedia.org/wiki


Tuesday, September 14, 2010

Cara memotong kuku mengikut Sunnah

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Jadi kepada semua umat Islam, hendaklah kita mengikut hari2 yang disarankan ketika hendak memotong kuku. Tertib memotong kuku seperti yang disunnahkan adalah seperti gambarajah di bawah:



New Waja Replacement

The right pic is believed to be the new Proton car that is going to replace Waja. This elusive “Waja Lancer” soon to be launched was spotted near Masjid Kapitan Keling in Penang. The left pic is the Mitsubishi Lancer 2.0 GT. Proton is going to make a Mitsubishi-like design (re-badge of a Mitsubishi Lancer) in the new Waja but with smaller engine. It is believed that Proton will go for 1.8 litre engine for more competetive prices and will use local vendors for the internal components.

Hope that this new so called "Waja Lancer" will give a better image for Proton and give more confidence to the buyer. The cooperation between Proton and Mitsubishi Motor Corporation (MMC) surely will produce a better sedan model and will be able to compete with other vehicle sedan in the market.

Source:
http://paultan.org
http://www.automagazined.com

Monday, September 13, 2010

Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

Polis hari ini mengesahkan empat daripada lapan suspek yang ditahan berhubung kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mengaku memukul keempat-empat mangsa sehingga mati.

Malah, suspek terbabit turut mengaku telah menahan, membunuh dan membuang abu mayat kesemua mangsa ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Morib dekat sini.

Sehingga kini, polis juga percaya senjata yang digunakan oleh pembunuh kejam terbabit turut dimusnahkan sehingga menjadi abu bagi menghapuskan bukti. - Utusan Malaysia 13 Sep.

Millionaire businesswoman Datuk Sosilawati Lawiya and her three male companions were held at a poultry farm, beaten and murdered and their remains
burnt to ashes.

This was the startling revelation by police yesterday who have given up hope of finding the four missing victims alive after a search which took almost two weeks.

There are no remains to recover as the victims’ ashes were scattered in a river in Sungai Gadong, near Tanjung Sepat here, although police forensic teams are combing the poultry farm looking for bones for DNA identification. NST, 13th Sep 10

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgx3uoV_OXTbNNvdgCCNM6fHw-2GCGPU3MOjvbNT2gqpDVLlf6UveDOW5T1yUVZmV7rQ8fj66H1yiHs3jI1LgTR5jViaV5FFpofnzUc_HlUGL40QANXSm_LP27c0e7wqPgGaIQwMdp-MTlD/s400/s.jpg

Pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 lagi amat mengejutkan semua rakyat Malaysia. Bukan sahaja kerana mangsa seorang yang dikenali tetapi juga kerana cara pembunuhan yang kejam. Kejadian pembunuhan ini pastinya mengingatkan kita pada pembunuhan kejam yang pernah berlaku sebelum-sebelum ini. Tp tak confirm lagi abu mayat yg polis jumpa tu.Masih tunggu keputusan ujian DNA.

Makin maju negara, makin banyak jenayah berat yang berlaku. Pelik la. Mungkin ini la yang dikatakan kesan pembangunan...mempengaruhi psikologi @ kepala hotak manusia (saper2 yang ada ilmu pasal psikologi/mental boleh la kongsi2). Dah mcm negara maju pulak. Di negara maju, stiap minit ada je kes bunuh, rompak @ jenayah berat yg berlaku. Harap negara kita tak la sampai tahap jadi mcm tu. Biarlah tak berapa maju (bukan tak maju k)..tapi aman damai. Nak pegi mana2 pon tak risau. Semoga roh mangsa dicucuri rahmat-Nya. Amin.