Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Dana Kecemasan


Salam sejahtera buat semua..

"Sikit-skit,lama-lama jadi bukit"
Ingat tak lagi pepatah dulu-dulu pasal berjimat cermat @ menabung ni?? AI ada membaca buku-buku atau artikel berkenaan menabung untuk simpanan dan kecemasan. Kebanyakan penulis meletakkan dana kecemasan sebanyak 3 ke 6 bulan jumlah gaji korang. Dana kecemasan ni kita guna bila ada kecemasan macam kereta rosak yang nak kena repair yang banyak, anak/isteri masuk wad atau lain-lain lagi. Apa maksud 3 ke 6 bulan?? Maknanya kalau gaji korang RM3,000 sebulan, dana kecemasan korang sekurang-kurang berjumlah RM18,000 iaitu RM3k x 6 bulan. Kalau korang berjaya simpan RM18k, korang bolehla tarik nafas lega. Jadi apa-apa hal, at least ada dana kecemasan nak cover. Kalau takde, menggagau jugak nak carik duit, kan??