Monday, May 21, 2012

Demam Sukan Tahun 2012

Salam sejahtera buat semua,

Demam sukan kembali lagi. Setelah AI menyepi beberapa bulan, baru sekarang dapat kembali berblog di sini. Post kali ni berkisar kepada dua event besar sukan antarabangsa yang akan berlaku di dunia. Kurang lebih 18 hari lagi, dunia akan digemparkan dengan UEFA Euro 2012 yang akan berlangsung pada 8 Jun 2012. Kemudian, pada 27 Julai 2012 kita akan beralih arah ke London untuk menyaksikan Olimpik 2012.


Bagi pemain bola sepak Eropah, Euro 2012 adalah satu pertandingan yang amat penting. Sama pentingnya seperti perlawanan Piala Dunia. Di Malaysia, bola sepak bukan lagi sukan yang asing. Satu-satunya sukan yg memberi kesan paling mendalam kepada kehidupan rakyat Malaysia sampaikan kalau menang boleh dapat cuti umum. :) Tahun 2008, pasukan Sepanyol menjadi johan Euro 2008. Tahun ni, banyak pasukan telah pun meningkat naik. Tumpuan semestinya kepada pasukan England yang glamer jer lebih dgn pemain-pemain handalan mereka. Tak lupa juga pasukan Perancis yang ingin mengembalikan kegemilangan pasukan mereka suatu ketika dulu. Lain-lain pasukan yang dijangka memberi saingan mengikut firasat AI ialah Portugal, Jerman, Belanda dan Itali. Jadual penuh perlawanan boleh tgk di SINI. Boleh set awal-awal bila nak MC atau mintak cuti. :)

Olimpik 2012 pula diadakan di kota London. Kalau cerita pasal sukan olimpik, AI paling minat 100 meter la. Nak tengok jugak mamat Jamaica tu boleh pecah rekod dia sendiri ke tak. Mamat mana? Pak Hussein Usain Bolt tu la. Dia kan jaguh pecut dunia sekarang ni. Olimpik kali juga menyaksikan beberapa atlet Malaysia telah layak bertanding. Antaranya ialah Dato LCW (korang mesti kenal punya), Azizul Hasni - lumba basikal dan penerjun kita (AI lupa la nama dia). Setakat hari ni, 26 atlet daripada acara badminton, terjun, basikal, memanah, menembak, lawan pedang dan angkat berat telah layak untuk bertanding di Sukan Olimpik 2012. Jumlah itu lebih kecil berbanding penyertaan kontinjen negara ke Olimpik Beijing pada 2008 iaitu seramai 33 atlet. 
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Malaysia mempunyai peluang untuk meraih lebih banyak pingat kali ini dan harapan tidak lagi hanya disandarkan pada sukan badminton semata-mata.
   
"Apa yang penting adalah kualiti atlet-atlet Malaysia yang bertanding ke sana nanti, bukannya kuantiti.
   
"Mungkin kita akan nampak kontinjen Malaysia kecil semasa perbarisan kerana bilangan atlet yang sedikit, tetapi setelah bersaing kita akan nampak kebolehan pasukan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen Road to London 100Plus dan Majlis Sukan Negara (MSN) Untuk Menyokong Pasukan Malaysia 2012. - Sinarharian 10 Mei
Harap atlet negara dapat mempamirkan satu aksi kung fu yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Kalau dapat pingat lagi bagus. Confirm dapat gelaran Dato'. :)

Teknik Pengiklanan Terbaik >> SINI

.
.

Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire

0 comments:

Post a Comment