Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

KRU Studios akhirnya telah mengeluarkan filem terbaru. Aku cukup respek 3 beradik ni dalam usaha diaorg memartabatkan filem Malaysia. Hikayat Merong Mahawangsa dilihat adalah usaha yg cukup baik untuk memajukan industri filem tempatan. Filem epik yg di ambik dari hikayat lama ni menjadi taruhan KRU. Tgk pelakon dia pun best2 jgk ni. Mesti ada di kalangan kita yang tak penah dgr pasal hikayat ni kan??? Kalau nak tau lebih lanjut...boleh baca kat SINI.

Sedikit sinopsis cerita Hikayat Merong Mahawangsa.

Merong Mahawangsa adalah keturunan Alexander the Great, seorang nakhoda tentera laut terkenal dan pengembara yang datang ke Asia beberapa ratus tahun yang lalu. Empayar Rom pada masa pemerintahan Hadrianus dan China, Dinasti Han berada pada zaman kegemilangan pemerintahan dan kedua empayar ini bersatu melalui perkahwinan putera Rom dengan puteri China dari Dinasti Han.

Mereka akan dikahwini di titik tengah antara timur dan barat, neutral ground la kiranya. Merong Mahawangsa ditugaskan untuk mengawal putera Rom dalam perjalanan mereka ke Asia Tenggara.

Seorang lanun yang jahat pd masa tu, telah menculik puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam perjalanan ke Selat Melaka, Armada Merong Mahawangsa telah diserang tentera Geruda semasa berhenti di pulau kecil untuk mengisi bekalan. Penamat ceritanya....korang kene tgk sendiri kat pawagam berdekatan k. :-) Jom layan trailer cerita ni.


0 comments:

Post a Comment