Nazmi Faiz, pemain bola sepak kebangsaan yang baru berumur 17 tahun telah disahkan mengikat kontrak dengan kelab dari Protugal, SC Beira-Mar. Tahniah buat Nazmi kerana menjadi pemain Malaysia dan pemain Asia Tenggara yang pertama bermain di bumi Portugal.
Nazmi yang telah terbang ke sana untuk sesi ujian pemilihan minggu lepas telah melepasi setiap ujian yang dijalankan dengan baik sehingga berjaya menambat hati pengurusan kelas untuk menawarkan kontrak kepada beliau.
“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini. Bermain di Eropah telah lama menjadi impian saya. Trial bersama Beira Mar adalah peluang terbaik saya dan saya telahpun berjaya laksanakannya. Saya sangat gembira serta teruja dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan baru ini” Ujar beliau.