URUSAN PENTADBIRAN DIRI
Semasa minggu kedua aku di
bumi kangaru ni, aku dalam
proses mendapatkan rumah sewa. Aku bernasib baik pihak syarikat sudah
menguruskan berkenaan sewa rumah. Apa yang aku tahu, agak sukar untuk memohon
rumah sewa di sini. Ada banyak syarat-syarat ketat yang perlu dipatuhi ditambah
dengan borang permohonan yang berhelai-helai. Aku mendapat panggilan daripada
pihak ejen rumah memaklumkan alamat rumah aku. Keesokkan harinya aku bertemu
dengan pihak ejen di rumah tersebut untuk melihat dan membuat pemeriksaan. Jika
aku berpuas hati dengan rumah tersebut, rumah tu akan jadi rumah sewa aku
selama aku berada di sini. Sejujurnya, aku ni bukanlah jenis yang cerewet
sangat. Tambahan pulak, rumah di sini dah memang cantik dan bersih sebelum
penyewa baru masuk. Itulah guna ejen rumah tu.
Rumah yang aku dapat ialah rumah teres dalam satu kawasan perumahan yang
agak tenang. Laluan depan rumah pun tak sibuk sebab jalan mati di hujung. Ok
la, takde banyak kereta lalu lalang. Sambil meninjau dalam rumah, ejen tersebut
memberi penerangan mengenai syarat-syarat dan macam-macam hal berkenaan rumah.
Waktu untuk buang sampah (ada tiga tong sampah untuk sampah yang berbeza),
penggunaan heater, elektrik dan gas, pemotongan rumput (tak boleh biar
panjang), siram/basahkan rumput yang kering ketika musim panas (untuk
mengelakkan kebakaran) dan lain-lain hal lagi.
Pemeriksaan oleh ejen rumah akan dibuat setahun sekali untuk memastikan
keadaan rumah adalah baik dan seperti sedia ada.
|
Laluan masuk ke kawasan rumah. Gambar masa musim luruh. |