Friday, June 1, 2012

Golongan Yang Mendapat Doa Para Malaikat

Salam Sejahtera Buat Semua,

Alangkah beruntungnya kita kalau kita didoakan oleh para Malaikat. Ada 11 golongan manusia yang akan didoakan oleh para Malaikat. AI dapat masa pergi kuliah agama di masjid berdekatan rumah AI. Jadi hari ni AI kongsikan dengan semua.

1.  Orang yang menunggu solat dalam keaadaan bersuci di masjid.
2.  Orang yang berada di saf hadapan ketika solat berjamaah.
3.  Orang yang menyambungkan saf.
4.  Orang yang mengucapkan 'Amin' ketika imam selesai membaca Al-Fatihah.
Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia akan di ampuni dosanya yang masa lalu" (Hadis Riwayat Bukhari  dari Abu Hurairah r.a., Sahih Bukhari no. 782)
5.  Orang yang duduk di tempar solat setelah melakukan solat.
6.  Orang yang solat Subuh dan Asar berjemaah.
7.  Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
8.  Orang yang membelanjakan hartanya  ke jalan Allah (infak).
9.  Orang yang sedang makan sahur.
10. Orang yang menziarahi orang yang sakit.
11. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Ada penjelasan terhadap setiap golongan ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, tanyalah uztaz atau alim ulama berdekatan rumah anda. :)

0 comments:

Post a Comment