Monday, December 19, 2011

Stesen Radio Yang Korang Dengar



Salam sejahtera buat semua,


Hari ni AI nak sembang-sembang berkenaan stesen radio yang ada kat Malaysia. Khusus kepada siaran radio berbahasa Melayu. Dulu tak banyak stesen radio swasta, jadi kebanyakan orang dengar stesen radio negeri masing-masing.

AI ingat lagi dulu AI selalu dengat stesen Radio Muzik. Slot yang paling best, slot malam pukul 9. Slot Pilihan Bersama Radio Muzik. Pilihan pendengar lagu-lagu yang best masa zaman tu. Yang menariknya, senarai lagu dah ada dlm surat khabar. Jadi kalau nak dengar lagu tu boleh set la masa bila nak dengar. Kalau nak rakam, standby mp3/ipod radio kaset [zaman dolu-dolu la katakan].

Lepas tu, AI beralih ke THR sebab ada deejay marang merapu kepundem parang sekeper Isma Halil Hamzah [kalau tak silap AI la].Dengar celoteh dia sambil stadi malam-malam, perghhhh memang layan la.
Habis zaman THR, barulah AI start layan Era fm. Masa mula-mula Era keluar dulu memang best layan. Lagu pun banyak yag best2. Tapi bila Era dah makin populat, rasa macam tak best pulak dgr Era [sori pd peminat Era fm]. Banyak sangat iklan, lagu pun ulang2 sampai 4 -5 kali dgr lagu yang sama satu hari. Jadi AI beralih pulak kpd Hot fm. Lama jgk la AI layan Hot fm ni sampai la Hot fm pun dah jadi glamer dan mula ada iras2 Era jgk. Disebabkan Hot fm pun banak ulang2 lagu dan kadang-kadang lagu Negara ‘luar’ lagi banyak daripada lagu sendiri, AI beralih ke stesen yang mengimbau zaman kanak-kanak n remaja dulu [chewah] iaitu radio Sinar fm. Memang laying la dgr lagu lama-lama kat Sinar nih. 

Sekarang, AI dgr ikut suka hati. Sebab dah banyak pilihan, AI tukar-tukar la siaran tu. Zaman digital ni senang, tekan je butang tu. Jadi sekarang ni yang masih dalam list AI ialah Hot fm., Sinar fm, IKIM fm, KL fm, Best 104 dan yg terbaru sekali X fm. X fm ni best sebab lagu tak henti-henti. Dalam satu jam 50 minit utk lagu je. Barulah best layan sambil memandu.

AI bukan la nak pomot atau nak kondem mana-mana stesen radio. Cuma ni pendapat AI sebagai pendengar. Pendengar lah yang berhak memilih stesen radio mana yang dia nak dgr. So, kalau stesen radio nak naikkan rating, dengar la cakap pendengar. ;-)

0 comments:

Post a Comment