Salam sejahtera buat semua,
Lee Chong Wei kalah lagi. Kali ke berapa aku pun tak pasti. Tapi seingat aku sepanjang aku menyokong LCW tak penah lagi dia menang lawan Lin Dan.
Aku tak nak sentuh bab aircond stadium ditutup dan jadual perlawanan yang memenatkn LCW. Yang aku peliknya, macam mana Lin Dan yang dah setahun tak aktif bermain (sampai rankingnya jatuh ke nombor 286) masih boleh menyaingi LCW yang sentiasa aktif bertanding di peringkat antarabangsa.
Mugkin ada sesuatu rahsia teknik latihan kem Badminton China yang kita tak tahu. Lin Dan pernah berhenti bermain sebelum ni untuk menyertai latihan tentera. Tapi tahap dan mutu permainannya masih kekal malah rasanya makin hebat.
Bukan sahaja Lin Dan, tetapi China mempunyai ramai pemain bertaraf dunia baik pemain lelaki, wanita mahupun beregu. Kita boleh nampak pasukan China sentiasa mempunyai. pelapis bagi menggantikan Lin Dan. Berbeza dengan Malaysia, kita masih mengharap kudrat LCW manakala pemain muda masih belum menyerlah di peringkat antarabangsa.
Aku tak tahu di mana silapnya perancangan jangka masa panjang BAM dalam mencari pelapis. Bukan sahaja pelapis kepada LCW tetapi juga setiap acara yang dipertandingkan.
Piala Thomas, salah satu kejohanan badminton yang berprestij adalah acara berpasukan. Untuk menang. kita perlu ada pemain yang kuat bukan sahaja pemain perseorangan tetapi juga pemain beregu. Kali terakhir kita menang kalau tak silap aku tahun 1992. Kita menewaskan pasukan Indonesia di Stadium Negara. Pada zaman tu kita ada beberapa pemain perseorangan dan beregu yang hebat dan boleh bersaing dengan pemain daripada China dan Indonesia. Nama-nama seperti Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Razif/Jailani Sidek dan Cheah Soon Kit/Soo Beng Kiang akan kekal dalam sejarah badminton negara.
Perkembangan badminton sekarang agak mengecewakan. Kita cuma ada LCW manakala yang lain masih terkial-kial mencari rentak. Aku harap dengan adanya kelab badminton selain BAM seperti Nusa Mahsuri, KLRC dan lain-lain, lebih ramai pemain muda yang berbakat dapat dicungkil dan diketengahkan sejak usia muda.
Semoga sukan badminton negara kembali ke zaman kegemilangannya.
http://m.youtube.com/watch?v=bou4tcOJ2go
Sumber gambar dan video: internet