Tuesday, May 22, 2012

Nazmi Faiz Sah Bermain di Portugal

Nazmi Faiz, pemain bola sepak kebangsaan yang baru berumur 17 tahun telah disahkan mengikat kontrak dengan kelab dari Protugal, SC Beira-Mar. Tahniah buat Nazmi kerana menjadi pemain Malaysia dan pemain Asia Tenggara yang pertama bermain di bumi Portugal.

Nazmi yang telah terbang ke sana untuk sesi ujian pemilihan minggu lepas telah melepasi setiap ujian yang dijalankan dengan baik sehingga berjaya menambat hati pengurusan kelas untuk menawarkan kontrak kepada beliau.
“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini. Bermain di Eropah telah lama menjadi impian saya. Trial bersama Beira Mar adalah peluang terbaik saya dan saya telahpun berjaya laksanakannya. Saya sangat gembira serta teruja dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan baru ini”  Ujar beliau.


Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire

Menurut laman rasmi kelab tersebut, Nazmi Faiz sudah lakukan yang terbaik untuk mendapatkan kontrak sehingga Jun 2015 itu. Nazmi seterusnya akan menjadi pemain rasmi kelab tersebut pada bulan Ogos ini apabila usianya mencecah 18 tahun.

Ini adalah satu berita yang menggembirakan bagi seluruh peminat bola sepak tanah air dan rakyat Malaysia. Selepas Safee Sali berjaya di Indonesia, Nazmi pula membawa nama Malaysia ke bumi Portugal. 

TAHNIAH NAZMI!! 

>> Teknik Promosi KILLER dgn Facebook <<

Monday, May 21, 2012

Demam Sukan Tahun 2012

Salam sejahtera buat semua,

Demam sukan kembali lagi. Setelah AI menyepi beberapa bulan, baru sekarang dapat kembali berblog di sini. Post kali ni berkisar kepada dua event besar sukan antarabangsa yang akan berlaku di dunia. Kurang lebih 18 hari lagi, dunia akan digemparkan dengan UEFA Euro 2012 yang akan berlangsung pada 8 Jun 2012. Kemudian, pada 27 Julai 2012 kita akan beralih arah ke London untuk menyaksikan Olimpik 2012.